Skip to main content

Jahit Manik

Assalamualaikum...

Apa macam tema baju raya tahun ni? Baru seminggu puasa, dah tanya pasal baju raya kan... Biasa laa orang perempuan, selalu nak buat persiapan awal... tambahan awal2 puasa ni pun banyak kedai jahit dah tak ambil tempahan dah... makannya kene luangkan masa pergi cari yang siap. Lebih kurang je harganya beli siap atau tempah. Tambahan pula keadaan sekarang yang semua benda kena bayar lebih .. mahal.. terasa laa juga. Kita yang jadi Menteri Kewangan kat rumah ni, awal-awal lagi dah kena buat perancangan bajet keluarga supaya dapat buat perbelanjaan dengan penuh hemah. Perlu laa jadi pengguna bijak kan.

Berbalik pada tajuk, ini sebenarnya 'throwback' aku 2 tahun lepas. Aku baru jumpa gambar-gambar tu dalam external hardisk aku. Tapi ilmu yang aku belajar tu kan untuk sepanjang tahun selagi tak nyanyuk laa kan. hehhehe

Aku ada sertai Bengkel Jahitan Manik yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti. Aku ingat Kolej Komuniti ni khas untuk pelajar-pelajar dorang je... rupanya tak. Kolej Komuniti selalu buat bengkel-bengkel terbuka kepada masyarakat setempat / berhampiran. Ilmu tu kan seluas lautan... Tapi aku kagum kelas yang aku hadir itu hari, terdiri dari makcik-makcik dan anak-anak dara lepasan sekolah. Jadi kami dapat bertukar-tukar pendapat daripada pelbagai lapisan peringkat umur. 

Saja aku nak kongsi gambar-gambar manik yang aku belajar dan yang cikgu tu tunjuk. Mana laa tahu kalau-kalau boleh dapat ilham untuk buat manik sendiri kat baju raya tahun ni kan...Sekarang, upah jahit manik pun dah mahal ... berpuluh-puluh ringgit dan ada mencecah ratusan. Bila dah pandai, jahit sendiri laa.. boleh laa melaram ala-ala mak datin kan.... heheheh.

Antara bahan-bahannya...









Ok itu semua bahan-bahan terawal...  ni aku share pulak 3 step simple daripada hasil aku yang merangkak-rangkak ni.
Kene lukis dulu yee..... 

Kemudian, follow the line... =D
TAaaaraaaa....siap! hahaha


Ok, ni antara lain-lain hasil aku. Tak sempat nak snap step sebab duk fokus kat cikgu yang ngajar tu.. 







Ok itu je lah yang sempat belajar dalam masa yang singkat ni. Yang lain-lain ni, aku share karya cikgu aku. Mana laa tahu nanti dah rajin, dah laju menjahit,  boleh laa buat mcm cikgu aku ni kan.. heheh... 









Ok cantik kan... ini antara basic step laa yang cikgu ajar... Kemudian bila dah terer, boleh buat yang lagi mencabar. 
Lagi mencabar, lagi cantik.... 





Ok.. ni antara favourite aku...


Ini pun salah satu favourite... mak-mak datin sikit kan... hehehe

Lepas dah lancar menjahit basic manik ni... try laa pula jahit kat baju kan.. ini semua karya cikgu aku tu juga...










Yang ni pun favourite jugak... walau crowded mcm ni, tapi cantik jugak kan...

Lepas balik dari bengkel tu, aku ada jahit kat baju dan tudung aku jugak. Jahit simple je, aku ni memang suka baju-baju kosong, sesuai laa buat jahit manik kan... masa tu excited laa kan. Tapi kali ni tengok keadaan jugak laa, sebab masa hari ni kian singkat terasa. 

Kalau nak jahit manik ni, kene cekal, kene sabar, kuatkan hati sebab memang memenatkan. Mata pun perlu tajam. Perlu penelitian dan fokus. Lenguh tu toksah cakap laa... sebab tu perlu sabar. Tapi lepas dah siap, seriusly kita akan rasa sangat puas, pastu kawan-kawan pula tegur bila nampak baju kita tu lip lap, lip lap kan... itu sudah cukup buat kita rasa kagum dengan kemampuan diri. Jangan sampai riak pulak ye. Sebab itu semua kan pinjaman dari Allah. 

Mana tahu, lepas orang dah tegur-tegur tu, kita boleh berniaga dengan memberi perkhidmatan bakat kita. Rezeki kita, Allah yang bagi. Kadang-kadang hadir pada waktu yang tak dijangka-jangka. Maka, sentiasalah mensyukuri nikmat Allah. Subhanaallah... 
(peringatan utk diri aku jugak ni).

Odk. Sekian untuk kali ini.
=

Comments

  1. kreatifnye..kalau shida tak terbuat kot..


    saya ada tutorial camne buat cbox tu..ade freebies juga ..
    boleh tgk bahagian TAB MENU saya yer..tq :)

    ReplyDelete
  2. wah bestnya klu kita pun pandai buat y crumble beads y osem tu n 3d tu...
    ajar skit bole x? ehhehe! :P

    ReplyDelete
  3. cantiknya..saya ni minat sgt tgk org memanik ni..tp tak pernah try buat..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Hai, salam kenal...wahhhh best jugak ye jahit manik ni..serius kagum tgk..baru faham sikit2, camtu rupanya nak jahit manik...ada yg kena lukis dulu, best2..boleh lah awak amek upah jahit manik nanti..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.