Skip to main content

Fakta Sains Berkaitan Wuduk

Hye semua...

Susulan daripada entry Wuduk & Pedicure , jom kita share sikit sebanyak daripada pembacaan aku mengenai kaitan wuduk dan sains.

Sumber : Google
MENCUCI TANGAN
Tapak tangan kita ni, banyak interaksi dengan sekeliling. Kita bersalam-salaman, kita pegang itu ini, sentuh itu ini kaann.... jadi banyaklaa bakteria singgah dan melekat kat tangan kita. Itu yang menyebabkan kuman, bakteria, virus dan sewaktu dengannya merebak dan kita senang dapat penyakit. Selesema laa, resdung la, jerawat laa, Sebab tu nak makan kene cuci tangan bersih-bersih... kan menambah-nambah penyakit. Dalam sektor perubatan, protokol pertama sebelum mula kerja mestilah membasuh tangan. Kalau kita pergi restoran-restoran ke, agensi kerajaan & swasta ke, mesti ada mereka tampal A4 paper cara-cara membasuh tangan dengan betul. Betapa kebersihan tangan amat dititikberatkan. Jadi sebab itu jugalah wuduk dimulakan dengan mencuci kedua belah tapak tangan. Sewaktu cuci tangan tu, berniat dan berdoalah moga-moga Allah ampunkan dosa yang dilakukan oleh kedua-dua tangan kita, sengaja atau tidak. Kita pun tak tahu kan...



Sumber : Google
BERKUMUR
Banyak juga penyakit bermula dari kawasan mulut kita. Bakteria jahat dipermukaan gigi, gusi, lidah, air liur.... semuanya punca penyakit akibat daripada kebersihan mulut yang tidak dijaga. Contohnya macam 'mata ikan' / ulser dikawasan dalam pipi, gusi dan lidah. Tidak mustahil penyakit bawaan bakteria jahat dari mulut ini boleh merebak sampai ke  jantung dan buah pinggang melalui aliran darah. Jadi berkumur ketika berwuduk mampu untuk melindungi mulut, tekak dan gigi daripada sisa makanan dan jangkitan kuman/bakteria jahat ni. Sewaktu berkumur, berdoalah agar Allah ampunkan kejahatan yang dibuat oleh lidah dan mulut kita. Terngumpat dan terbuat orang terasa ke, kan.....



Sumber : Google
ISTINSYAQ
Istilah mudah faham - menghirup air ke dalam hidung. Bila aliran air menyapu bahagian dalam hidung yang ada tumor yang bersembunyi, ia akan meransang pendarahan tumor tu... Jadi, Istinsyaq ni, membantu mengesan tumor awal yang tersembunyi. Contohnya macam penyakit SARS dulu, yang merebak melalui udara ketika bersih atau batuk. Jadi, instinsyaq ni salah satu usaha kita membersihkan selaput dan lendir hidung yang tercemar oleh udara yang kotor. Waktu intinsyaq ni, kita niat dan berdoalah moga-moga hidung kita dapat bau wangi syurga Allah.. 



Sumber : Google

MEMBASUH MUKA
Kenapa perlu membasuh muka? Muka adalah aset utama individu. Daripada muka kita dikenali antara satu sama lain, walaupun kecantikkannya adalah subjektif. Ok, tak de kene mengena... heheheh... semua tahu kan, ramai yang berhabis ribuan ringgit dari kecil sampai besar untuk menjaga kesihatan dan kecantikan muka, kan.... Ye lah, mana taknye, seharian muka kita terdedah dengan alam sekitar, habuk, asap, udara kotor, sinar UV (ultra ungu)... itu semua punca kanser kulit, naik jerawat, ruam, panau, kusam. Ini boleh merosakkan sel-sel kulit muka kita. Muka kita juga berpeluh dan mengelurkan rembesan oleh kalenjar kulit. Jadi, adalah penting untuk kita membersihkan kotoran di muka. Waktu membasuh muka, berdoalah Allah putihkan wajah kita berseri-seri sewaktu mengadap Allah nanti.



Sumber : Google
MEMBASUH  KAKI
Tekanan darah yang dipam dari jantung ke kaki adalah lemah kerana kaki mempunyai titik yang paling jauh dari jantung. Ini menyebabkan saluran darah menyempit dan mengganggu proses sistem pengoksidaan jaringan salur darah ke sekitar kaki. Pembersihan tapak kaki adalah sangat penting untuk mencegah jangkitan kuman. Cuba bayangkan kaki yang berdaki, kuku yang kotor dan berbau busuk, pasti menjadi tempat favourite kaum kuman & bakteria terutamanya celah-celah kuku, celah-celah jari kaki, dilipatan buku lali, dan di tapak kaki khususnya. Ketika membasuh kedua-dua belah kaki tu, berdoalah agar Allah permudahkan kita ketika meniti titian sirat nanti.


"Umatku  (kelak di hari kiamat) akan dipanggil 'putih bersinar' kerana bekas wuduknya (di dunia dahulu)."
-Hadis Riwayat Al-Bukhari



"Bersih itu sebahagian daripada iman"

Comments

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda