KLIK KLIK

18.3.20

PANIC COVID19

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t......

Sumber : Google

COVID19. Tak tahu laa macam mana nak gambarkan lagi keadaan dan situasi nya sekarang. Boleh je Google pasal ni, banyak info-info yang kita dapat. 

Setenang-tenang aku, aku sangat terasa akan semua orang punya aura panic tu. Aku bekerja di sebuah Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Kerja aku terlalu dekat dengan mahasiswa. Dorang yang aku anggap macam adik-adik aku dah. 

Semalam arahan untuk mahasiswa balik. Cuti semester yang sepatutnya awal April, diawalkan bermula esok. Biasanya cuti semester mahasiswa akan balik kampung masing-masing. Jadi bila diumumkan esok adalah cuti. Aku dapat rasakan panic-nya students ni. Mana nak cari tiket, nak cari transport. Bukankah kat luar itu lebih tinggi risikonya? Allahu.

Tiba-tiba keluar pula arahan perlu dapatkan borang dari pejabat polis terdekat sekiranya ingin pulang merentas negeri/daerah. Allahu. Sampainya students aku kat balai polis, barisan dah panjang. Allahu. Kenapa borang tidak disediakan secara online saja? Bukankah itu lebih mudah?. Tapi aku fikir, agaknya PDRM mahupun kerajaan tidak jangka perkara jadi seserius ini. Masing-masing memang punya hasrat yang sama. Ikhtiar untuk kita semua selamat dari virus Corona ini.


"Teguran dari Allah untuk kita semua hambanya"


No comments:

Post a Comment

Klik Sekali