KLIK KLIK

3.3.20

Politik Negara

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.....

Aku bukanlah seorang yang fanatik dengan cerita-cerita ahli politik negara mahupun luar negara. Cukup sekadar ambil tahu. Apa yang lalu lalang di media sosial mengenai ahli-ahli politik negara, aku kurang berminat. Aku tak kenal mereka directly in person. So aku tak boleh nak kata ahli politik ni begini, ahli politik itu begitu. 

Bila berborak dengan kawan-kawan, masing-masing utarakan pandangan masing-masing mengenai apa yang berlaku dengan kerajaan dan ahli politik. Aku juga tidak terkecuali menyatakan pandangan aku. Cuma setakat itu sahaja. Tapi rata-rata yang aku dengar, yang aku baca kebanyakkannya adalah bicara perkara-perkara negatif tentang parti, kerajaan dan individu ahli politik. Sebenarnya aku kurang berminat untuk mendengar perkara yang negatif. Jadi aku lebih suka mendiamkan diri dan tadah telinga sahaja. Itu lebih baik.

Tapi dalam banyak-banyak kawan di media sosial aku cuma jumpa 2 orang sahaja sahabatku di facebook yang menaip tentang sesuatu yang positif mengenai individu ahli politik tertentu. Itu membuatkan aku rasa lega. Masih ada yang mahu berfikir positif diwaktu majoriti masyarakat lebih selesa membuat troll dan memberi pendapat negatif. Boleh jadi 50:2.

Doaku cuma satu. Malaysia terus aman.
Harapanku cuma satu. Nasib rakyat dibela.

Tahniah Perdana Menteri Malaysia ke-8. 



"Bersyukur atas nikmat kesenangan yang jauh lebih baik berbanding negara lain. 
Doa berterusan kerana doa adalah senjata mukmin"

No comments:

Post a Comment

Klik Sekali