KLIK KLIK

23.3.20

Review Filem : Sid & Aya

Bismillahirahmanirrahim ..... Assalamualaikum w.b.t......

Cuti sempena COVID19 hari ke-5.


Well, bagus juga cuti lama ni, rajin sikit nak taip entry walau pun sehali sekali. Memadai. Kali ni nak share salah satu movie yang aku tengok untuk memanfaatkan masa di rumah. Kali ni, oleh kerana IFLIX kasi tengok cerita-cerita free, makanya apalah salah untuk kita download app IFLIX kot-kot ada cerita-cerita yang berkenan untuk ditonton.. ye dak? Sempat lagi kalau uols nak download tu. Klik je sini : IFLIX , keluar laa website-nya. Tak yah susah-susah nak search dah.. heheh 

Godek punya godek nak sesuaikan dengan mood aku, akhirnya aku decide untuk tengok satu cerita Filipina. Katanya Not A Love Story, jadi apa??? Menarik minat aku untuk explore. 


Sid dan Aya ni adalah nama watak dalam filem ni. Sebuah cerita ditulis dan arahan Irene Villamor.
Hero : Dingdong Dantes sebagai Sid
Heroin : Anne Curtis sebagai Aya.
Nak je aku ucapkan tahniah kepada penulis, pengarah dan pelakon cerita ni. Sebuah cerita tentang kehidupan. Wujud je cerita macam ni dalam realiti kita sebenarnya.


Well, aku suka cerita ni. Lain dari yang lain. Sukar dimengertikan. Walaupun katanya Not A Love Story, tapi bagi aku tetap menonjolkan sebuah cinta. Tapi, bukanlah cinta dari dua pencinta dan saling memiliki keduanya. Err...tak faham erk... ok, dengan kata mudah : 
"Cinta, bukan untuk dimiliki walaupun saling cinta"
Bunyinya, seperti sedikit pedih, bukan?
Ceritanya lebih berfokus kepada sebuah kebahagiaan dalam suatu masa bersama seseorang yang istimewa. Cerita ni seperti membuktikan wujud hubungan yang tidak sempurna. Apa yang kita jangka, tidak selalunya tepat. Sesuatu yang kita fikir kita berhak, tapi perkara itu tidak berlaku. Bila kita menerima kenyataan ini walaupun pahit, percayalah bahawa saat itu, hidup kita telah menawarkan sesuatu yang lebih baik berbanding cinta, iaitu...
"KEBEBASAN"
Well, aku akan mula menaip SPOILER cerita ini. Jika korang tak berniat nak tengok movie ni, teruskan membaca. Up to you...

Aku juga suka pengakhiran cerita ini yang masih happy-ending walau terkesan rasa pahit & manisnya. 
Pahit kerana tidak memiliki cinta itu secara mutlak tetapi cukup membuatkan kita bersedia menerima kenyataan bahawa cinta itu tidak bersatu. Mereka bebas dari fitrah rasa cinta. Kebahagiaan tidak bermakna memiliki seseorang dalam sebuah perhubungan. Kebahagiaan boleh jadi melalui sebuah perpisahan. Pasti bersebab, kan?

Salah seorang mesti membuat keputusan untuk kebaikan bersama. Keputusan perlu waras, bukan bersandarkan emosi dan nafsu. 

Sid, lelaki yang perlu melawan penyakit kemurungan dan inmsonia disebabkan oleh gaya hidup yang tidak stabil. Aya pula wanita yang berdikari dan menanggung beban untuk menyara adik-adiknya serta mempunyai masalah keluarga. Perhubungan mereka tidak akan berhasil jika diteruskan malah akan bertambah rumit bila masing-masing hilang fokus dari tujuan hidup mereka. Mereka ditakdirkan jumpa dan jatuh cinta tanpa sengaja. Cinta mereka hanya persinggahan. 

Semua orang ingin hidup bahagia dalam rasa cinta, tapi sebuah perhubungan itu bukanlah penyelesaian kepada semua masalah yang ada. Aya mempunyai kecekalan hati, bijak dan realistik dalam membuat keputusan untuk kelangsungan hidup mereka.

Beberapa tahun selepas mereka berpisah, mereka bertemu kembali. Kali ini mereka kelihatan lebih optimis berbanding sebelumnya. Sid, lebih simple dan tenang manakala Aya, lebih ceria dan bersemangat. Mereka menikmati saat pertemuan itu dengan lebih positif dan berkeyakinan tentang siapa mereka sekarang.

Cinta?
It's not a love story but...
Hanya mereka yang memahami waktu dan hikmahnya.




"Just move on. 
Percayalah! Semuanya akan berakhir dengan baik"

2 comments:

  1. Menarik untuk ditonton.. yup.. cinta tak semestinya memiliki atau dimiliki..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sudi singgah dan komen. Free2 boleh laa tengok.. >__<

    ReplyDelete

Klik Sekali