KLIK KLIK

5.3.20

Sakit Dada Jam 3 Pagi

Bismillahirahmanirrahim 
 Assalamualaikum w.b.t......

Aku ni spesis burung hantu. Berjaga malam. Tapi nak kata tidur siang hari tak juga sebab siang hari memang sibuk urusan di tempat kerja. Tapi malam hari tidak pula aku ni jenis tidur awal. Kata mak memang dari kecil aku ni spesis berjaga malam. Ok fine.

Bukan tak pernah tidur awal, pernah je tidur awal seumur hidup ni. Banyak kali tidur awal. Cuma kadang-kadang.Kebiasaannya memang tidur jam 2.00 pagi atau lebih. Bergantung pada keadaan.

Semalam adalah keadaan yang jarang-jarang itu. Jam 11.00 malam dah mengantuk. Badan dah terasa penat. Tapi jam 3.00 pagi aku terjaga. Dada kiri aku sakit. Terasa sampai ke belakang badan. Nafas, seperti biasa cuma agak tidak selesa. Tangan kiri kanan terasa sedikit kebas. Aku mula rasa risau. Makin risau makin terasa sesak. 

Aku cuba tenangkan diri. Change mindset, tidak ada apa yang berlaku. Mungkin terlalu lama tidur mengiring. Aku sedapkan hati. Kemudian aku sambung tidur bila sakit dada dah reda sikit demi sikit.

Sampai di tempat kerja, aku terus ke Pusat Kesihatan untuk check up. Ini kali kedua aku sakit dada. Risau laa juga kan. Check tekanan darah. Normal. Kemudian aku diminta untuk buat ECG (electrocardiogram). Lebih baik buat check up. Kalau keputusan normal, alhamdulillah. Kalau ada masalah, boleh fokus ke rawatan selanjutnya. Yang jadi tak best bila tak buat check up. Asyik fikir apa masalah badan sendiri. Bila banyak fikir, mula buat andaian bukan-bukan. Kemudian risau dan bertambah stress, kesannya sakit sedia ada semakin sakit dan semakin mengundang penyakit-penyakit lain. Itu lagi bahaya.

Bacaan tekanan darah, alhamdulillah normal
115/78mmHg

 Alhamdulillah, keputusan ECG juga normal

Jadi kejadian sakit dada tu, mungkin adalah sakit otot akibat angkat barang. Atau mungkin juga kerana stress. Atau kedua-duanya sekali.  

"Sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Allah sedang menguji."

1 comment:

Klik Sekali