KLIK KLIK

13.4.20

HAURA by RAM

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Macam mana life terperap dalam rumah hari ni? Mana yang bosan tu, pasti makan-tidur, makan-tidur kan? Ada juga yang bermalasan, ada juga yang malas tapi terpaksa jadi rajin untuk mengelak kebosanan. Rugi jika tidak manfaatkan sebaiknya masa yang berkualiti di rumah. SS percaya rakan-rakan SS semuanya kreatif-kreatif bila terperap dalam rumah kan?.

SS baru tamatkan sebuah novel daripada penulis kegemaran SS iaitu Tuan Ramle Awang Mursyid (RAM). SS memang kagum dengan penghayatan beliau sehingga boleh memanipulasi fikiran pembaca melalui karyanya. Mitos pun, kita boleh rasa benda tu benar-benar berlaku. Sejarah walau direka, seperti ia benar-benar wujud.  Beliau merupakan Novelis Thriller No. 1 Malaysia. Setiap karya beliau pasti ada aksi yang real dalam imaginasi pembaca seperti situasi tu berlaku di depan mata dan melibatkan pembaca sekali dalam dunia maya itu. Biasanya apa yang pembaca teka tidak akan menjadi kenyataan. Itu lah anugerah dalam setiap karyanya.


Ini adalah karya terbaru Ramlee Awang Murshid. Haura. Novel kali ini bersifat santai dan sangat berbeza dengan novel-novel thriller beliau yang lain walaupun elemen aksi tetap diterapkan dalam novel ini. Walaubagaimana pun, SS sedikit terkecewa bila novel kali ini tidak mencabar minda SS seperti selalu. Tapi tak mengapa. SS tetap setia dan terus menyokong karya beliau. Cuma SS faham bahawa novel kali ini adalah lebih santai. Terkecewa tu, sebab SS memang suka karya yang penuh aksi dan tak tercapai akal untuk SS berfikir. Tapi, kalau SS nak complaint, lebih baik SS buat novel sendiri, ye dak? Ingat senang nak menulis? Ingat senang nak hasilkan sedebuk naskah sebegini? Ingat senang nak puaskan hati semua orang? Tapi karya RAM tetap di hati SS.

Lagipun, kat kulit novel (belakang) dah maklum yang novel ini mengandungi :
50% : Cinta
20% : Jenayah
20% : Konflik
10% : Perisikan & Politik
Sebab tu tak memenuhi citarasa SS. SS lebih tertarik dengan cerita yang 50% tu dari konflik & jenayah. 

Sama seperti masakan, kalau banyak complaint itu ini, baik masak sendiri. Kalau suka pedas, biar masakan kita :
50% : Pedas
20% : Manis
20% : Masin
10% : Masam
Macam nak buat tomyam kelapa pula. Heh heh heh. Begitulah, terpulang macam mana citarasa kita, kita adjust-lah sendiri, kan? Baru tahu berpeluh ke tidaaakkk...(baca seperti intonasi Diva AA) Ini asyik Cash On Delivery (COD) je, tak tahu susah payah orang tu nak prepare bagi kita kenyang. Bila tak puas hati, complaint! No, No, No.. bukan itu caranya. Berterima kasih kan lebih bagus. Hmm, nak masak apa jap gi eekkk? Dilema seorang wanita terus membelenggu... hehehhe.

Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

"Bersyukur adalah sebaik-baik perkara."




22 comments:

  1. makan tidur mandi dan solat., hehehe

    ReplyDelete
  2. Iyee laaa ingat senang nak menulis...nak menulis blog ni pun ada masa ada idea hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah. belum plus dengan bukak blog, tetiba blank hehehe.. apatah lagi nak tulis novel beratus muka surat tu...

      Delete
  3. Lama dah tak baca karya RAM walaupun masih meminati tulisan beliau. Jarang baca novel dah sekarang sebenarnya. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAM memang ramai peminat. Sekarang ni banyak komitmen.

      Delete
  4. Tengah PKP ni elok baca buku kan? ngehehe nice review kakak! ;)
    .
    Oh ya, salam kenal-kenal!! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. AAh.. memang salah satu hobi yang semakin menjadi2 di musim PKP ni. maklumlah dah lama simpan dendam nak baca selama ni... hehhehe.

      Delete
  5. Triller novel Sang Puteri dia pun tak habis lagi baca....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish.. lama sangat tu... sambungan dia pun dah bernovel-novel dah selepas Bagaikan Puteri tu,

      Delete
  6. Buku yg best mmg puas membacanya..tak terasa masa berlalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalau penuh penghayatan lagi lah. SS siap kena set alarm bila dah start baca novel heheh... takot tak sedar hari dah berganti hari. hehehe

      Delete
  7. Akak ada beli novel ni tapi belum baca.

    Kalau nak tanya apa-apa pasal menulis boleh emel akak.

    alfidah83@gmail.com

    https://apen-idariana.blogspot.com/
    https://www.fyda-adim.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok. Terima kasih kak Fyda. Nanti kite email kat akak ye. Selamat membaca!

      Delete
  8. kak ana singgah malam ke sini dan follow 479 , dah lama sungguh kak ana tak baca novel ni SS :)

    ReplyDelete
    Replies

    1. terima kasih kak ana sudi follow.. apa lagi kak ana, time PKP ni lah nak mula membaca balik. heheh

      Delete
  9. Mrs. A pun suka karya RAM.
    Tapi tulah semenjak bertukar kerja ke Seremban membaca novel telah lama dilupakan huhuhu...

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Haura ini masih dalam waiting list.. InsyaAllah akan dapatkannya..

    ReplyDelete

Klik Sekali