Skip to main content

Hikmah Kluster Tabligh COVID19

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ni, jadual tidur SS memang ke laut, susah betul nak tidur malam-malam. Tak boleh jadi ni. Nanti dah kerja, takut jadi kebiasaan pula tidur lewat. Asalnya tadi, SS tak berhajat nak blogging. Cadang nak rest je. Tapi mata ni tak mau lelap. Nak tengok TV, tak ada mood lagi. Makanya berhuhu laa.. Taip laa entri kejap memandangkan dalam kepala ni tak boleh rehat lagi dari memikirkan isu COVID19 ni. Adakah SS overthinking?.

Google

SS teringat pada awal-awal isu COVID19 dalam negara kita hari tu. Kecoh pasal kluster tabligh ni. Membangkitkan kemarahan netizen bila kluster tabligh ni masih ramai yang enggan tampil untuk check-up. Waktu tu, kedai-kedai belum dihadkan operasi sehingga jam 7.00 petang sahaja. Nak dijadikan cerita, seorang kawan SS bernama Haziq (bukan nama sebenar) menceritakan perbualan dua orang pakcik di sebuah warung berhampiran rumah dia untuk dinner. Owner kedai tu merupakan salah seorang yang menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling tu. Waktu dia sampai tu, ada seorang pakcik tua tengah bersembang dengan owner kedai. Pakcik tu santai-santai sambil minum secawan air, kopi barangkali. Owner kedai pula tengah siapkan permintaan pelanggan yang lain. Jadi jarak mereka besembang tu, memang satu warunglah boleh dengar. Sebelum Haziq membuat pesanan malam tu, sempat la dia dengar perbualan antara pakcik pelanggan dan owner kedai. Pakcik tu kelihatan memujuk owner kedai untuk sama-sama pergi buat check-up COVID19. Tapi jawapan yang diberi oleh owner kedai mengejutkan Haziq. Lebih kurang beginilah bunyinya : 
"...kalau dah ditakdirkan kena, kena-lah juga. Kalau dah ditakdirkan mati, matilah juga." 
Mendengar ucapan sebegitu, makanya Haziq tak cakap banyak, terus bangun dan pergi drive-thru McD. 

Pada pendapat SS, takdir tu diusahakan oleh kita disusuli dengan bertawakal kepada Allah. Contohnya, kita sedang melintas jalan. Usaha kita adalah untuk pastikan tiada kereta sewaktu kita hendak melintas jalan. Bila dah pasti tiada kereta, barulah kita melintas. Sewaktu melintas itu, barulah kita bertawakal kepada Allah supaya kita selamat melintas. Kalau nak diibaratkan dengan kata-kata owner kedai tu, sama seperti kita tak pandang kiri kanan, malah kita terus saja melintas jalan. Sebab kalau takdir kita kena langgar, kenalah! Kalau nasib kita terselamat, selamatlah. Mudahnya. Tapi di mana usaha dan tawakal kita? Bukankah diri ini adalah salah satu amanah dari Allah untuk kita jaga sebaiknya?. 

Dalam situasi pakcik pelanggan dan owner warung tu, SS faham, bukan senang nak ubah mindset dan mentaliti orang. Tak semua orang sama fikiran macam kita. Tak semua orang boleh bertindak seperti kita. Cara hidup dan berfikir juga berbeza. Tapi, disebabkan ada orang yang berfikiran macam owner warung itulah yang memberi ancaman kepada orang-orang sekeliling. Tapi, cerita tentang kluster tabligh ni akhirnya beransur pulih bila ramai telah tampil untuk check up. Alhamdulillah.

Lagi satu cerita, terjadi kat student SS sendiri. Student ni SS gelarkan dengan nama Badli (bukan nama sebenar). Badli ni salah seorang pelajar yang turut terlibat dalam perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Badli telah disahkan positif COVID19. Makanya pihak universiti dengan kerjasama staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil inisiatif untuk kuarantinkan Badli dan rakan-rakan kontek rapat beliau dalam sebuah asrama di luar kampus. 2 hari selepas Badli dan rakan-rakannya dikuarantinkan, tibalah giliran SS untuk bertugas di bilik gerakan COVID19 dalam kampus. Waktu tu, dah mula PKP dah. Apa yang SS terkilan sangat dengan kes Badli ni, kami diberitahu bahawa Badli secara senyap-senyap telah pulang ke rumahnya. SS lupa negeri mana. Kecoh la kami yang bertugas ni call pihak polis dan buat soal jawab dengan rakan-rakan Badli melalui telefon. Dan pada hari itu juga, kami dapat panggilan daripada ayah Badli yang mengatakan Badli telah selamat sampai di rumahnya. Lebih menyedihkan apabila ayah Badli marah-marah staff sebab kuarantinkan Badli. Ayahnya tidak percaya bahawa anaknya positif COVID19. Ayah Badli menuduh pihak kami memandai-mandai mengatakan anaknya positif COVID19. Allahu, tak terkata kami dibuatnya. Akhirnya apa yang SS dapat tahu, pihak polis dan staf KKM telah ke rumah Badli dan seisi keluarganya dibawa ke hospital. 

Selepas tu, SS terbaca di media sosial tentang sikap para kluster tabligh sewaktu dalam wad. Mereka sangat-sangat memberi kerjasama yang terbaik kepada staf hospital sepanjang tempoh kuarantin. Sewaktu kita semua disampaikan berita tentang kematian beberapa orang kluster tabligh ini, hati SS tersentuh. Ini bermakna dunia kian menunjukkan tanda-tanda akhir zaman. Perginya orang-orang yang soleh dari dunia ini. SS terbaca status Whatsapp penuh emosi dari seorang kawan yang berbunyi :
"Kenapa virus tu terkena orang-orang tabligh yang baik-baik ni? Kenapa tak kena perompak ke, perogol ke, orang-orang jahat yang lain? Biar mereka yang mati dulu. Biar dunia semakin aman tanpa mereka."
Apa hikmah yang Allah nak bagi ni? Antara apa yang terlintas dalam fikiran SS adalah bila kluster tabligh yang menghuni wad, mereka membawa aura positif yang sentiasa berkiblatkan Allah, Rasul dan Al-Quran dalam setiap tindakan dan pergerakkan mereka bermula dari buka mata sampailah mata terpejam. Aura itu pasti memberi kesan yang positif kepada staf KKM yang bertugas memerangi COVID19. Ada staf yang mengatakan setiap waktu mereka solat berjemaah, kedengaran alunan ayat suci Al-Quran, zikir dan azan di dalam wad. Apa yang dihidangkan untuk mereka, mereka sentiasa bersyukur dan berterima kasih malah bertanya untuk menghulurkan bantuan kepada staf KKM. Allahu, boleh kita bayangkan macam mana keadaan dalam wad yang sebegitu? Pasti ketenangan diraih kepada semua yang ada di wad.  Bayangkan juga sekiranya yang menghuni wad adalah golongan yang buruk akhlaknya. Macam mana dengan semangat, jiwa dan aura frontliner kita agaknya? Wallahualam. Hari ini, alhamdulillah ramai kluster tabligh yang pulih dan dibenarkan pulang. Sekarang, bila pelbagai kluster telah diperkenalkan rata-rata staf KKM merindui kluster tabligh ini. Masyaa Allah.


Panjang pula entri kali ini.
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

"Hikmah adalah untuk orang yang ingin berfikir."

Comments

  1. BIla baca luahan perasan fontliners rasa rindu nak rawat kluster tabligh, nampak betapa bagusnya akhlak golongan tabligh ni kan

    ReplyDelete
  2. Setiap perkara ada pengajaran/hikmah bagi orang yang mahu berfikir.
    Sama ada yang kena Covid-19 atau tidak.

    ReplyDelete
  3. Fadzi Razak : betul, akhlak golongan tabligh ni lah yang makin membuatkan frontliner kita semakin kuat semangat.

    NA : Sbb tu Allah kurniakan otak dan akal, utk manusia berfikir.

    ReplyDelete
  4. ikr. It's hard to change ppl's mentalities. It must be an advantages behind all of this. Just stay safe and do a lot of pray. Stay safe ye sis. <3

    ReplyDelete
  5. ALLAH MENGUJI HAMBA-NYA DENGAN UJIAN BERBEZA MOGA SAUDARA2 KITA MANGSA COVID19 DI SISI ALLAH DI KALANGAN PARA SOLEHIN

    ReplyDelete
  6. Mula-mula Mrs. A pun geram dengan kluster sri petaling tu tapi bila baca banyak komen positif barulah terbuka minda dan muhasabah diri ada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  7. SubhanAllah..siapa yang xtenang bila kalimah Allah sering diulang dan dilaungkan.. =)

    yang pasti setiap perkara yang berlaku Allah dah tentukan.InsyaAllah akan tiba masa masalah virus ni akan selesai. masa yang ada ni kita kena guna sebaiknya. ingat senang nak cuti keje berminggu2 dok umah?? hehe

    Syukur pon ada. lebih banyak masa mendekatkan diri dengan Allah. kan ^_^

    ReplyDelete
  8. Betul tu SS.. kena usaha barulah tawakal kan..
    Kluster Tabligh kluster yang paling dirindui..

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.