Skip to main content

Kerana stress...

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 



Simptom depresi daripada Medical News Today.

Dah hampir seminggu tak jenguk blog. Minggu ni jiwa raga SS tak berapa sihat. Biasalah, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Apatah lagi kita sebagai manusia kan? Baru ni SS ada terima satu berita yang menggugat perasan sikit, rasa stress sangat. Nak keluar tak boleh, musim PKP. Nanti kena tangkap masuk lokap, no, no, no!. Maka bertabahlah di rumah. 

Kemudian, dua hari tu SS kena migrane. Allahu. Dah lama juga SS tak kena migrane sebenarnya. Tapi kali ni dia punya sakit mencabar betul. Migrane kali ni rasa yang paling teruk di dunia pernah SS alami. Rasa macam nak pecah kepala SS dibuatnya. Apa lagi? Terpaksa la SS berehat saja di rumah. Laptop dan handphone memang tak boleh nak hirau sangat. Makan ubat dan rest. 

Esok, lusa, tulat, kepala dah ok. Cuma emosi saja yang belum stabil. Makanya SS pun melancarkan aktiviti mengemas rumah. Tiga hari SS mengemas. Dan rasanya aktiviti mengemas ni akan diteruskan pada minggu ini. 

~Mengimbau kenangan lalu,
Ini memang salah satu tabiat SS sejak remaja lagi. Bila stress, atau rasa serabut tak tau sebab apa maka SS akan mengemas rumah. Contohnya bila gaduh dengan kawan ke, kena marah dengan mak ke, subjek tak score ke, SS akan balik rumah dan terperap dalam bilik sambil mengenang nasib diri sampai dah rasa blank, waktu itulah semangat nak mengemas tu datang. Tapi, tengok mood SS laa juga, ada masa kemas dapur, ada masa kemas bilik, ada masa kemas ruang tamu. Paling banyak kemas bilik sendiri dan ruang tamu je. Aktiviti kemas-mengemas ni, bukan setakat sapu-sapu, lap-lap je tau! Aktiviti ni paling puas hati bila dapat ubah susun atur dalam rumah. Makanya suasana rumah SS akan sentiasa berubah-ubah terutamanya bilik SS. Bila difikir-fikir balik, entah macam mana SS dulu boleh alihkan almari yang berat-berat tu sendiri. Kuatnya kudrat dulu-dulu. Bilik SS wajib sebulan sekali akan bertukar kedudukan perabut dan segala apa yang ada. Kadang-kadang menambah hasil-hasil seni di dinding seperti kata-kata motivasi untuk muhasabah diri. Dulu, SS rajin melukis. Jadi setiap bulan, mesti ada kata-kata motivasi yang akan tampal kat dinding. 

Sekarang? 
Sekarang dah kurang buat kerja-kerja berat sejak dah ada suami. Dia sajalah yang buat kalau SS nak alihkan apa-apa. Cuma memandangkan PKP ini SS di rumah mertua, makanya kami seisi keluarga mengemas segenap ruang yang ada. Sambil-sambil tu, diselitkan dengan aktiviti masak memasak dan makan-makan sambil mengeratkan bonding sesama ahli keluarga.

SS pernah terbaca bahawa mengemas rumah dapat hilangkan stress. Dan SS akui perkara itu. Terbukti berkesan. Stress sebegini akan memberi kebaikan kepada kita dan orang-orang sekeliling. Mengalihkan tumpuan dan memberi ruang supaya otak kita dapat berfikir dengan stabil. Tak salah kalau kita nak berduka lara. Sebagai manusia, kita memang akan lalui detik sedih berulang-ulang kali dalam hidup. Itu adalah perkara normal. Cuma, apa yang membezakan adalah mindset kita. Sampai bila kita nak hidup bersedih, murung dan terkurung? Tak bagus untuk diri sendiri. Jadi, lakukan sesuatu yang lebih memberi manfaat pada kita. 


 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Stress ini ada dua jalan iaitu yang memudaratkan dan memberi kebaikan.
Jadi, jalan mana yang mahu dipilih?"

Comments

  1. setuju juga sebab lepas mengemas nampak semuanya tersusun terus rasa stress tu macam hilang gitu je dan terus ada mood/idea baru :)

    ReplyDelete
  2. Setuju...saya kalau lepas tengok pokok2 bunga mesti rasa tenang sahaja..

    ReplyDelete
  3. TERLUPA STRES KALAU ADA JE KERJA YG DIBUAT

    ReplyDelete
  4. sama dengan housemate kita, kalo dia stress, nanti habis satu rumah dia kemas...hahahahh

    ReplyDelete
  5. Kirimkan doa dari jauh..semoga urusan dipermudahkan...bagus shift minda utk control stress..semoga semuanya kembali normal..

    ReplyDelete
  6. SS punya suami siapa? Kerengge?

    Ok uncle berseloroh ye.... hehehe

    ReplyDelete
  7. Sayavdah bosan memang mengemas tapi takdelah alih-alih perabot. Puas hati kalau takde habuk, barang tersusun.

    ReplyDelete
  8. semoga semuanya baik2 belaka buat SS , aamiin

    ReplyDelete
  9. Officemate CP pun ada sorang yang perangai macam ni. Kalau dia stress atau marah, balik rumah mesti dia akan kemas rumah untuk hilangkan stress atau hilangkan rasa marah dia :)

    ReplyDelete
  10. Salam Semut Senyum. Saya dah jawab soalan SS di post terbaru. Link kat bawah 😊

    https://theninjablogging.blogspot.com/2020/04/tutorial-boleh-pilih-untuk-reply-di.html

    ReplyDelete
  11. Sha kirimkan doa dari jauh..
    Semoga urusan SS dipermudahkan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.