Skip to main content

Petua Ubati Sakit Sendiri

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Tahun ni ketara sangat aku kerap sakit-sakit yang kadang-kadang aku sendiri tak boleh terima. Ye lah, yang sebenarnya aku ni dah meningkat usia.. Dah tua. Sebab tu badan dah bagi signal suruh rehat tu. Bila dipaksa-paksa kerja siang malam itu lah jadinya.

Google

So, kat sini aku nak share sikit beberapa petua yang aku dapat dari kawan aku. Ye laa, petua ni kan amalan orang-orang tua dulu-dulu. Tak ada doktor. Bahan untuk rawat diri pun ada disekeliling. Lagipun aku tengok bahan-bahannya mudah dapat dan memang biasa guna dalam masakan dan minuman. Tak ada laa petua pelik-pelik ye.

Ni antara sakit-sakit yang kerap juga aku rasa sejak akhir-akhir ini.

Badan kebas & kejang urat
Petanda : Tanda awal angin ahmar
Petua : Minum air kelapa 3 hari berturut untuk lembutkan urat.

Bangun pagi rasa nak pitam.
Petanda : Darah beku dalam kepala
Petua : Amalkan makan buah masam-masam untuk cairkan darah

Sakit dada ketika tarik nafas
Petanda : Urat nafas menjadi tegang
Petua : Perlu berurut dan amal minum rebusan air buah pala 3 biji.

Pedih ulu hati
Petanda : Gastrik / Paru-paru / Urat jantung bengkak
Petua : Makan gamat kering dengan sireh pinang 3 hari sekali.

Bisa tulang rusuk/belikat
Petanda : Urat masuk angin
Petua : Makan bawang putih.


Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

"Setiap penyakit itu ada penawarnya, tinggal usaha kita sahaja".

Comments

  1. petua no 1 tu memang nak kena buat juga.. badan rasa tak sedap..

    ReplyDelete
  2. Husband Mrs. A pedih ulu hati.
    Kat mana nak beli gamat kering tu sireh pinang tu daun sireh ke

    ReplyDelete
  3. alamak seram pula bila baca yang petanda2 tu..
    huurm.. nikmat sihat ni memang pinjaman bebila boleh ditarik.

    saya pun makin berusia ni macam2 laaa hurmm T.T

    ReplyDelete
  4. Terima kasih untuk petua-petuanya.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas petua2 ..
    sy follow ya

    ReplyDelete
  6. Wak Lat : Terima kasih laa mai hinggap tang ni. Jangan bawak penyakit sudah laa ye.. heheh

    Mia Liana : Mana yang bagus, dikongsi bersama aghittheww...

    Sha Mohamed : Ya, ya... badan ni memang perlukan rawatan. Tak melalui perubatan moden (ubatan) boleh try rawatan tradisional (sumber alam).

    Mrs. A : SS pernah jumpa kat kedai-kedai jamu atau kedai2 yang jual herba-herba. Kalau duk Langkawi lagi senang boleh dapat stok gamat kering tu. Ye, sireh pinang tu daun sireh. Pilih sireh yang biasanya dibuat makan dengan buah pinang tu.

    Siti Yang Menaip : Itulah, kita ni makin hari makin meningkat usia. Risau jugak.

    Tengku Sofia : Sama-sama, apa yang baik tu, kena la kongsi.

    Nurulatika Yunus : Sama-sama. Terima kasih sudi follow. Nanti kite jalan2 kat blog awak ye.

    ReplyDelete
  7. nice sharing sis, kadang umur dah lanjut ni kalau salah makan pun merana badan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda