Skip to main content

Quality Rest

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 


Google

Hari ni Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) kita yang ke berapa ek? SS dah lost count. Hehehe... Last kerja hari tu 17 Mac 2020. 5 hari lagi genap sebulan SS Stay At Home. Dulu-dulu selalu tertanya-tanya pada diri, bila laa dapat cuti free lama-lama sikit untuk SS betul-betul cukup rehat. Kerja SS ni, kebanyakkannya dari pagi sampai ke malam. Kebiasaannya jam 10.00 atau 11.00 malam baru selesai tugas. Kadang-kadang jam 2.00 pagi baru balik. Jarang-jarang sekali memang tak sempat balik, dan stay back kat pejabat saja. Pendek kata, macam tak ada life dah. Balik rumah, siap-siapkan kerja rumah sikit sebanyak, dan terus tidur sebab otak dah penat. Bila otak penat, badan bertambah laa penat.

Tapi sejak 2020 ni, SS sebenarnya dah berazam untuk balik paling lewat jam 7.00 malam. Kalau dapat check out kerja jam 5.00 petang memang SS excited sangat laa.... Tahun ni memang azam nak lebihkan rehat untuk bagi ruang dan spend time bersama diri sendiri dan family

Agaknya termakbul doa SS nak rehat lama-lama kat rumah sejak Coronavirus mula menyerang Malaysia. Bukanlah kerana wabak ini yang SS harapkan, tapi setiap yang berlaku itu SS percaya pasti ada hikmah dari Allah. Jadi, semenjak PKP dilaksanakan sehingga ke hari ini belum ada istilah jemu atau bosan dalam hidup SS. Alhamdulillah. Boleh baca entri ni :Hikmah Kuarantin.

COVID19 bukan calang-calang wabak. Virus yang tak nampak dengan mata kasar. Kalau nampak dia berkeliaran, senang kita nak lari. Dah laa tak nampak, boleh membawa maut. Allahu. SS terbaca satu status di aplikasi Whatsapp kawan SS. "Dulunya dapat tahu Coronavirus di negara China, sekarang dah sampai kepada jiran belakang rumah." Allahu, SS pun tak tahu nak komen macam mana. 

Pada mulanya Covid19 hanya menyerang golongan berusia 50 tahun ke atas, atas faktor kelemahan sistem imunisasi tubuh. Tapi akhirnya ni berita yang kita terima, kanak-kanak pun terkena. Juga atas faktor kelemahan sistem imun. 

SS mendoakan rakan-rakan SS sekeluarga semuanya dilindungi dari wabak Covid19. Amiin Yaa Rabb. Wabak ini tidak akan menular tanpa izin dari Allah, bersangka baiklah kepada Allah. Rahmatnya meliputi seluruh alam. Sesungguhnya Allah sebaik-baik Pencipta & Perancang. 

Stay safe at home.
#kitajagakita

Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

"Amalkan makan vitamin C dan makan berkhasiat supaya kekal sihat.
Paling penting, kerap cuci tangan dengan sabun di rumah".

Comments

  1. stay safe ya sis! betul, wabak ni ada juga bagi hikmah and also negative side. InsyaAllah it wont last forever! Happy RMO too! Take care ye!! <3

    ReplyDelete
  2. Jaga diri baik2 ye as Jaga kesihatan 👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  3. Senyum saya membacanya,,...PKP hingga ke 28/4 ya tuan SS

    ReplyDelete
  4. hari ini dah hari ke 27 kita berkurung dalam rumah..
    Take care SS.. manfaatkan peluang untuk berehat sebaiknya..
    Semoga wabak covid 19 ini berlalu pergi dengan cepat.. Aamiin..

    ReplyDelete
  5. Setuju SS. Saya pun seronok je duduk rumah sebab di office letih dah menghadap perangai manusia yang beraneka ragam (baca politik pejabat). Jadi di rumah ni happy je walaupun penat juga la memasak hari-hari (saya tak gemar memasak sangat, hehe). Apa pun semuanya memang ada hikmah. Salam kenal.

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah! Kita sama2 memutuskan rantaian covid19 agar kita boleh bebas kembali ke sana ke sini (•‿•)

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan, SA singgah sini melawat rumah....SA pun WFH...adakala takde apa task nak kena buat pun..adakala banyak task sampai x sempat nak masak...nasib parent faham..nasib gak sempat balik umah ni..kalau tak sempat hari tu sure dah mereput kat rumah sewa...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah setakat ni ada ja aktiviti2 yang boleh saya buat dirumah..kalau tak ada bosan jugak hihi:)

    ReplyDelete
  9. ye SS.. kakak pun dapat rehat time PKP ni lah.. kalau tak ke sana, ke sini.. hee~ apa pun kena sentiasa positif supaya tak tertekan dengan new routine.. kan.. semoga SS baik baik saja..

    ReplyDelete
  10. Mudah2an wabak ini cepat berlalu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda