KLIK KLIK

10.4.20

Strong & Independent

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 


Adakah hidup ini satu pilihan?
Ya, bukan pilihan kita. Tapi pilihan Pencipta.
Maka hiduplah kita yang telah dipilih ini, di bumi ciptaanNYA.

Hidup yang kita tempuh juga ada banyak pilihan.
Setiap pilihan ada jalan ceritanya.
Setiap pilihan ada pahit manisnya.
Setiap pilihan ada cabarannya.
Itulah rencah kehidupan.

Hari-hari yang kita lalui tak selalunya indah.
Setiap ketidakindahan itu sebenarnya terkandung hikmah.
Untuk kita yang sentiasa berfikir dan kepadaNYA kita berserah.

Aku bermuhasabah.
Hidup ini tidak mudah.
Namun mengapa aku masih bertahan?
Ku teliti dan amati jauh ke dalam diri.
Sebenarnya Allah dah cukupkan semangat dalam diri.
Serulah semangat itu agar kita menjadi seorang yang kuat dan tabah.


Lalu aku edit satu gambar aku.
Aku letakkan perkataan :
"Strong & Independent"
Aku perhati.

Ya, selagi mana kita kekal berfikiran positif.
Selagi itu yang hadir dalam hidup kita adalah sesuatu yang positif.
Dan gambar ini mampu menjadi satu sumber inspirasi terhadap diri sendiri.
Menyuntik semangat untuk aku terus kuat dan berdikari dalam hidup.

Korang pun boleh try buat macam ni.
Keep Positive! 
Spread the good vibes!

Kongsilah, apa wording yang menggambarkan diri korang? >___<


Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

"Bermula dari diri kita sendiri, 
maka kebaikan yang ada boleh tersebar seluruh dunia"

6 comments:

  1. gmbr semut yg jeliterr naa.. :p

    ReplyDelete
  2. Wak Lat :Gambar separuh je mampu letak hahahahah

    Warisan Petani : Sesiapa pun boleh jadi sumber inspirasi...

    ReplyDelete
  3. memang nak up story tentang diri tapi dok ding dong jugak la tapi bila tengok gambar sebelah semut ni mmg akak terus rasa nak ambil gambar sebelah gitu gak...hehe

    salam kenal dari www.iamfuzy.com dan terima kasih sebab jengah kat blog tu

    ReplyDelete
  4. I am a dreamer. Satu perkataan tak cukup untuk saya.

    ReplyDelete
  5. Susah nak menggambarkan diri sendiri dalam keadaan sekarang cuma yang boleh sha katakan ialah
    Never Give Up.. Inilah saya..

    ReplyDelete

Klik Sekali