Skip to main content

Terima kasih Ninja Blogging !!!

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Google



Entri kali ini merupakan pos penghargaan kepada The Ninja Blogging atas kesudian menjawab persoalan yang asyik bermain di minda SS sewaktu nak reply komen rakan-rakan blogger. SS sekadar bertanya macam mana nak reply comment setiap orang kat blog SS macam blog Ninja Blogging. Kemudian Ninja Blogging membalas di komen entri SS. Rupanya Ninja Blogging dah buat satu entri tutorial khas untuk tujuan itu. Sebenarnya simple je, tapi maklumlah SS ni bukan pandai sangat nak godek-godek setting, takut salah godek nanti ternganga SS. Apa pun, terima kasih sekali lagi Ninja Blogging kerana telah permudahkan urusan SS dalam berblog ini sekaligus menceriakan hidup SS. Terus lompat bintang 45kali. Heh heh heh...

Terima kasih sekali lagi, The Ninja Blogging! 



Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Kita permudahkan urusan orang lain, In Shaa Allah,
Allah akan permudahkan urusan kita pula. Aamiin."


Comments

  1. Waalaikumussalam... berkongsi itu mengasihi, yang mengasihi akan sanggup berkongsi. Bagus Ninja Blogging ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Dalam alam maya ni pun boleh buat kawan.

      Delete
  2. Terima kasih atas penghargaan SS 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih yang tidak terhingga. Allah saja mampu membalasnya.

      Delete
  3. Senang kan ada buttok reply..tak yah taip balas di ruangan komen baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis Lin. ss ni pulak tak de laa pandai sangat nak berblog ni. Banyak lagi nak kena belajar.

      Delete
  4. oic. sebelum ni kat blog SS ni lain ye?
    tak perasan Aida. sebab blog Aida memang ada button "reply" tu.
    aida plak memang suka reply semua komen blogger.
    tak kisah la diorang baca balik ke tak :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Sebelum ni tak de button reply, jadi sebb tu kena komen sendiri n reply nama semua eheh...

      Delete
  5. RAJIN BERTANYA MENAMBAH TAHU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan. Malu bertanya nanti sesat jalan. heheh

      Delete
  6. Saya pun ...silap godek habis blog kena virus.menyesal tak sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah baca entry kawan2 yang jadi mcm tu. Sbb tu tak berani nak godek2 sembarangan.

      Delete
  7. biasanya abe kie jrg reply komen yg ditulis. apa yg abe kie buat ialah BW ke blog mrka n tuliskan komen di entri terbaharu mrka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni Ss buat mcm tu juga. cuma bila ada info2 yang org tanya kita, senang kita nak reply. Lagi pulak, bagi SS ia mencerminkan adab n keaktifan kita waktu nak reply tu.

      Delete
  8. congrats ninja blogging!! Selamat berpuasa yaa!! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah. Selamat berpuasa juga Izzati

      Delete
  9. berkongsi ilmu berkongsi pahala kan hehehe

    ReplyDelete
  10. Oh, first time dengar nama ninja blogging. Haha..nampak sangat saya dah lama tak pi BW blog lain. Stail saya, peram dulu semua komen lepastu bila ada masa balas balik komen sekaligus sambil terus BW blog mereka dan tinggalkan komen. Sambil tu terus klik iklan yang ada kat blog mereka. Ha, ni saya tengah balas balik komen awakla ni..kehkeh. Sorry lambat :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. hehehe.. Sebelum ni SS pun buat macam tu. Cuma bila tak reply satu2 tu rasa tak puas. SS ni kalau boleh nak laa reply sorang2 tanda kita hargai setiap orang yang sudi singgah n komen kt blog kite... hehehe

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Wah.. Patut lah dah lain..
    Sha suka macam nie.. lebih mudah meninggalkan komen..
    Bagus Ninja Blogging nie..

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.