KLIK KLIK

7.4.20

TTC's Story #2: Period Ting Tong II

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t......

Entri kali ni bersambung dari cerita Period Ting Tong.

2010 - (26 tahun) period aku start ting tong (tidak konsisten). Pattern ting tong adalah 2,3 bulan sekali baru period. Mungkin kerana perubahan hormon akibat pertukaran kerja, kurang rehat dan stress. Aku ada scan dan doktor bagitau rahim aku tak ada masalah. Doktor pun tak sarankan aku makan ubat kerana takut memberi kesan sampingan yang lain.

2012 - (28 tahun) 6 bulan sebelum aku kahwin, period dah tukar pattern menjadi sebulan lebih 7 hari.  Tapi masih tak lebih 15 hari. Aku beranggapan kerana faktor perubahan hormon dan stress. 


Ini adalah pattern period aku pada tahun 2012 


Tengok!. Korang sendiri pun akan pening bila tengok kan? Apa tah lagi nak kira. Dan masa tu aku baru nak hadap benda-benda berkaitan masalah hormon ni. Bila sembang dengan kawan-kawan pasal perkara ni, ramai juga yang share pasal simptom seperti ini yang terjadi pada orang-orang yang terdekat dengan mereka.  Makcik dorang la, kakak dorang laa, jiran sebelah rumah lagi, kawan kepada mak dorang la... bla bla bla. Kebanyakkan mereka sarankan aku untuk buat check up. 

2012 : (28 tahun) 6 bulan selepas aku kahwin, masalah period makin menjadi-jadi. Period aku dah berani keluar melebihi 15 hari. Aku mula emosi, serabut setiap kali darah period keluar lebih dari 7 hari. Aku punya stress makin menjadi-jadi bila period lebih dari 15 hari. Aku semakin stress sebab tak dapat nak bezakan mana satu haid, mana satu istihadhah? Nak marah kat siapa? Kat period? Bukan ada hati dan perasaan pun. Nak marah diri sendiri? Bukan salah diri yang bagi keluar macam tu. Nak salahkan takdir? Then full stop. Tak pernah salahkan takdir sebab dari dulu sampai sekarang, aku percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Biasa laa, bila ingat Tuhan hati akan menjadi tenang. Istigfar dan terima kenyataan.


Selain tempoh haid yang terlalu panjang, aku mengalami satu situasi yang aku gelar 'bebenang merah'. Perasaan yang hadir sama seperti ketika sedang haid, sedangkan ianya belum tentu haid. Simptomnya jerawat tumbuh, sengal-sengal pinggang dan kejang di kawasan ari2 macam senggugut.  Tapi darah haid tak mengalir,mungkin bukan haid. Cuma yang keluar adalah bebenang merah sahaja, selepas hadas kecil dan check, ada cecair jernih yang keluar. Biasanya cecair jernih ini dikatakan waktu subur, tetapi air jernih itu keluar sekali dengan bebenang merah, warna seperti darah, tapi terlalu sedikit ibarat secalit darah. Tapi panjang seperti benang. Mungkin juga haid dalam tempoh yang paling singkat?. Waktu ini lah aku jadi stress sebab, hadirnya haid terlalu panjang dan terlalu pendek sehingga nak solat pun jadi was-was. Stress kerana haid tak keluar betul-betul secara normal, kadang-kadang bebenang merah hadir waktu hampir bermula haid ataupun setelah habis tempoh haid. Ini menjadikan aku betul-betul pening, mana satu haid, mana satu istihadah. Banyak kelas-kelas agama aku sertai, soalan yang sama juga aku utarakan kepada panel, tapi situasi seperti aku, masih buat aku buntu.

Sebenarnya aku takut. Setiap kali sembang dengan kawan-kawan, dorang selalu akan cerita pengalaman orang-orang terdekat dengan mereka yang ada masalah sama seperti aku. Bila check rupanya ada fibroid, ada cyst, ada kanser rahim.. nauzubillahimin dzhalik. Aku enggan mengulas setiap kali mereka bercerita pasal tu.

Walaupun aku takut, tapi aku bersyukur sebab aku masih mampu memotivasikan diri sendiri. Apa yang aku selalu pesan pada diri sendiri :


"Kalau tak pergi check, sampai bila-bila pun kita tak akan tahu apa masalah kita. Sekiranya betul kita ada masalah sekurangnya kita tahu apa sebenarnya masalah itu dan kita tidak membazir waktu malah boleh fokus pada rawatan."

Maka, dengan kata-kata itu aku kembali bersemangat dan berani.

 Akan bersambung... 
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.


"Berfikiran positif akan membantu menyelesaikan banyak perkara."

7 comments:

  1. Sha masih lagi tak normal.. tapi alhamdulillah tak ada masalah serius..

    Sha doakan semoga awakpun tak menghadapi apa apa masalah.. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Semoga kesihatan puan akan kembali sembuh spt sediakala. Aamiin.
    Abam Kie dah follow blog puan, ye? Thanks. www.zukidin.com

    ReplyDelete
  3. Sha Mohamed : Amiinn... Terima kasih atas doa.

    ReplyDelete
  4. Abam Kie : Amiinn terima kasih abg kie.

    ReplyDelete
  5. Fiza pun pernah alami period mcm nie selama 3 tahun lps kahwin, mungkin sbb hormon dah berubah. Pemakanan mmg kene jaga dan kalau kesihatan kita okey insya allah semuanya akan normal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kata2 nasihat dan semangat ni.

      Delete
    2. Terima kasih atas nasihat dan kata2 semangat.

      Delete

Klik Sekali