Skip to main content

Tuna Wrap Garing

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t......


Sekali lagi aku bagitau, memasak bukan kepakaran aku, tapi sis try... huhuhu... terimalah seadanya ye... Just untuk penuhkan masa, update entry dan simpan sebagai dokumentasi sendiri dalam blog ini... agihtteewww. Kali ini, mempersembahkan, Tuna Wrap.



Pejam mata pun boleh buat ni. Salah satu menu sihat ni kalau nak cuba. 

Bahan-bahan :

  1. Wrap beli yang sedia ada.
  2. Tuna Chuck in water 1 tin
  3. Bawang merah dicincang untuk tumis
  4. Sos Hot & Spicy Kewpie
  5. Minyak zaitun
  6. Lada sulah
Cara membuatnya inti wrap:
  1. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak zaitun.
  2. Masukkan bawang dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan tuna. Gaul-gaul.
  4. Tabur lada sulah. Goreng-goreng dalam seminit dua sahaja.
  5. So, last, letakkan atas wrap dan tuang sos Kewpie hot & spicy.

Dah siap intinyaaa..


Wrap tu, kalau siapa yang boleh makan macam tu, ok je.. Macam aku, aku lebih suka panaskan atas kuali kasi garing-garing sikit. Cuma, biasanya kalau garing sangat, wrap akan jadi rapuh. So kena pandai-pandai. 

Sos tu pun, terpulang laa korang suka makan sos apa. Taruk je tanpa rasa stress...Senang bukan?

Ini aku google gambar-gambar bahan yang aku biasa guna untuk buat tuna wrap ni. Masa tengah buat tak terfikir pula nak snap. Aku ni tak proper sangat pun bab ni. Sorry. Huhuuu... Tapi alang-alang nak share ni. Share je semua. Bukan rugi pun... iye dak?

Google
Ini antara tuna kegemaran aku. Sebab tuna cincang dalam air ni, tak ada garam katanya. So bagus laa untuk kesihatan. Untuk buat wrap ni pun aku memang tak letak garam dan gula. Sihat laa sikit, makan pun tak laa rasa menyesal kemudian hari. Agitheeww...

Google
Well, ini pun antara wrap kegemaran. Jenama Mission ni ada 5 jenis. Original, Wholegrain, Grain, Potato, Onion & Chives . Boleh tengok kat link ni Mission Food.

Google

Kewpie dressing ni first time aku beli. Kononnya nak laa rasa hot & spicy tu. Tapi sos ni tak pedas pun.. hehehe, tapi ok laa. Buat rasa-rasa, tak de laa boring sangat rasa Tuna Wrap Garing aku tu. Kihihkihhh...



Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

"Makan untuk hidup. Hidup perlu sihat. 
Jadi makanlah untuk hidup yang sihat".

Comments

  1. Wrap ni bohla inti apa mesti jdi sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu. boleh la pelbagaikan inti, janji wrap

      Delete
  2. Suka juga guna tuna Cap Ayam. Wraps Mission 5 tu pun popular.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boring, tukar wrap lain pulak.. hehe

      Delete
  3. Assalam...ok satu idea utk buat makan2 untuk keluarga selain ambil nasi...done follow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. happy wraping! heheh senang je kan.

      Delete
  4. sedap..baru 2 hari lepas buat wrap jenama Mission ni..mmg ada dalam stok jer sbb mudah dan cepat..

    ReplyDelete
  5. sedap nih.,.healthy meal..kalau bakar pun ok jg kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AAh.. saya suka yg bakar sikit.. ada garing2 sikit. krup krap krup krap.

      Delete
  6. Hai semut senyum🌹🌹🐜

    ReplyDelete
  7. sama menu ummi bfast pagi ni wrap jugak tapi dalam isi ayam and scamble egg. heheh. musim pkp ni kadang oshan jugak makanan same jek.. mula la mereka2 kan.heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul.. banyak betul eksperimen time PKP ni.. nasib baik semua eksperimen tu boleh makan.

      Delete
  8. wrap brand ni saya pernah beli tapi yang warna putih tu, terlajak lama atas dapur dia jadi keras.. tak syiok nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul. tak boleh lama2 atas dapur. mmg kena fokus kasi dia just nice githewww

      Delete
  9. Time PKP semua rasa sedap... perut asyik rasa lapar saja hahaaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.asyik lapar je. ni nasib baik puasa. banyak rest je lah siang2..

      Delete
  10. Ala.. semalam dah nak amik dah tuna tu.. Ish.. kalau tak boleh buat wrap juga.. Sha tak pernah cuba jenama Mission nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh laa cuba. tapi sekrang ada juga wrap jenama Gardenia. Lebih lembut. Tapi saya tetap suka yg Mission punya. just nice...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.