Skip to main content

Air Detox

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t


Kalau dah bulan puasa, kadang-kadang air satu jag memang tak cukup untuk iftar. Lebih-lebih lagi kalau keluarga besar. Si ayah nak ais. Si ibu nak air panas. Anak-anak pula nak air buah... Uish, macam-macam jenis air buat. Kadang-kadang sebulat suara ahli keluarga nak Lai Chi Kang. Ada masa tekak rasa nak air masam-masam, buat la air oren, air sunquick, air teh o limau. Ada masa cukup simple dengan sirap sahaja. Esok pula sirap lagi, special sikit ada laa buah laici dalam sirap. Nak lagi special, add on daun pandan dan selasih.  Tengok juga pada kerajinan pembuat dan mood nak minum air apa. Lusa pula permintaan sirap lagi, tapi masuk susu sikit, jadilah air bandung. Ada masa cukup air kosong saja. Macam-macam ragam kan?. Itu lah warna warni keluarga bila dapat berkumpul waktu berbuka puasa. 

Kenangan SS waktu bersama keluarga masa bujang dulu, antara air wajib adalah Sarsaparila (Sarsi + Vanila). Ada masa beli air Rutbeer A&W tu, letak pula ais krim, feeling sangat dapat minum float. Kenangan terindah dapat kumpul macam tu. 

Kali ni SS nak share air yang first time SS buat untuk iftar iaitu kononnya air detox. Rupanya seperti gambar di bawah. Kenapa konon-konon je? SS akan terangkan kenapa konon itu... 


Ini SS buat 1 bekas air ni je. Family mertua tak minum. Husband pun macam tak berminat, jadi tekak SS yang teringin ni, buat untuk diri sendiri saja lah. Dah jadi air kegemaran dah ni. Inspirasi buat air ni ialah SS pernah minum di sebuah hotel. Dah lupa hotel mana. Dorang buat 1 balang ais tanpa gula. Tapi resepi yang SS buat ni tanpa timun sbb SS tak suka rasa air timun.

Antara bahan-bahannya adalah :

1. Serai 2 batang
2. Daun pudina 3-4 helai 
3. Daun pandan sehelai
4. Lemon separuh biji
5. Biji selasih 1 sudu

Cara membuatnya :

1. Rendam biji selasih dalam air panas dan ketepikan.
2. Sementara rendam biji selasih tu, kita ketuk daun serai, ramas-ramas daun pudina dihujung jari kasi keluar bau dia, kemudian rebus sekejap serai, daun pandan & daun pudina bagi sebati rasa. Setengah orang tak rebus pun. Rendam je. Tapi SS nak ada rasa yang kaw sikit sebab tu SS rebus.
3. Biarkan suam. Kalau panas-panas, tak elok masuk dalam bekas minuman.
4. Kemudian, masukkan air dan bahan rebusan dalam bekas minuman.
5. Lastly, cedok biji selasih yang direndam tu, masuk dalam bekas minuman.
Dah siaaaapppp!!!. Kalau suka minum ais, boleh letak ais. Kalau suka minum sejuk, letak je dalam peti ais, nanti nak berbuka puasa, baru ambil. Kalau nak minum panas pun tak ada masalah. 

Jadi, cara-cara itu adalah secara detox sebab guna bahan-bahan semulajadi tanpa gula.

Yang kononnya tu, adalah bila ada bahan tambahan iaitu  air soda dan asam boi. Tak ada maknanya nak detox sangat. Air soda tu dah berapa banyak gula dah. Asamboi pula tinggi garam dan asid. (Cuma tak ada laa rasa bersalah sangat sebab masih guna bahan semulajadi tu, hehehhe). Kalau diet ni, ni adalah menu derhaka. 

Korang nak cuba? Tak ada masalah sama ada nak detox atau konon-konon detox. Hehehee... try lah! Why not?.


 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
Saidatina Aisyah r.a menyatakan :
"Minuman paling disukai Rasulullah adalah minuman manis yang sejuk"
(Direkodkan oleh At-Tirmizi)
Adapun sejuk yang dimaksudkan itu bukanlah ais, tapi air yang disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
Hadis bermaksud Baginda s.a.w menggemari minuman manis dan sejuk iaitu sama ada 
campuran madu  atau 'nabiz' (rendaman buah tamar).

Comments

  1. Memang air untuk buang toksin. Pernah buat tapi air dengan lemon je. Hehe. Waktu puasa susah nak minum air mineral 1.5 liter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh laa try air detox ni. Banyak manfaatnya.

      Delete
  2. Alhamdulillah
    dah beberapa kali ngadap air konon2 detox ni untuk berbuka puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan, air konon-konon detox ni. hehehhe

      Delete
  3. Replies
    1. Betul, ikot suka kita nak buat berapa jag, nak letak bahan apa.

      Delete
  4. Campur air soda & asam boi bertambah sedap..hehe..

    Yg ori takde gula ok jg..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Saya sendiri pun tak puas minum. RAsa nak buat lagi.

      Delete
  6. Sedap nampak airnya.. berbaloi nie kalau nak buat cuma daun pudina je tak ada.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tak pe tak tak de. Asalkan bahan utama serai n lemon ada.

      Delete
  7. Sedap. ini baru detox sebab tak dicampurkan soda tu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul, jga dicampur soda, baru laa detox.

      Delete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.