Skip to main content

Anding Ayangan by RAM

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 



SS memang suka membaca. Cuma sejak bekerja susah sangat nak cari masa untuk diri sendiri dengan membaca. Ada saja kerja yang lebih penting minta dibuat selain membaca. Zaman muda remaja dulu, memang banyak novel SS akan baca. Bila masa dah mula terhad, nampaknya SS kena hadkan juga buku-buku dan novel yang hendak di baca. Jadi, karya Ramlee Awang Musyid (RAM) adalah salah satu kegemaran SS. 

Novel Anding Ayangan ni SS beli tahun 2017. Tapi rezeki Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, akhirnya selesai juga SS baca novel ni. Anding Ayangan merupakan sebuah karya yang menakjubkan. Cerita kali ini adalah pasal dogenganan. Apa pun, karya RAM masih mampu manipulasi pemikiran SS seperti sebuah cerita dogeng yang mampu terbawa ke alam realiti. 

Walaupun masih terasa rindu pada Saifudin Jalis iaitu watak dalam novel-novel RAM pasal Laksamana Sunan, tapi dalam Anding Ayangan ini mampu membuatkan SS move on. Furqan Ayyubi adalah hero dalam novel kali ini. Not Bad. Novel ni, sesuai dibaca oleh lelaki jua.

Salah satu faktor kenapa SS suka karya RAM ini adalah kerana setiap chapter, penulis sentiasa membawa kita dekat dengan Yang Maha Pencipta. Apa pun, bila membaca Anding Ayang ni, memang kena fokus betul-betul, dan tak boleh skip. Nanti tak faham jalan cerita. 

Dalam Anding Ayangan ni mengandungi :
30% Sedih,
40% Aksi, 
50% Ngeri 
70% Konflik. 
SS memang suka genre yang begini. 

 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

"Dongeng atau realiti, mana yang baik jadikan panduan."

Comments

  1. Bagus jika pembacaan membawa kita mngingati Allah...tak pernah baca karya RAM..maybe nk try jg one fine day..

    #sampai 190%..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, so, tak de laa lagha sgt rasa. Majoriti karya beliau mengajar tawakal kepada Allah.

      Delete
  2. Samalah tak pernah baca lagi karya RAM. Semua cakap tulisan dia seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kalau peminat cerita thriller. Suka sbb dia boleh manipulate pemikiran. Kadang-kadang tu yang kita jangka berlaku, akan berlaku sebaliknya. Tak seperti apa yang kita fikir. Kadang2 mencabar minda. Saya suka mcm tu.

      Delete
  3. NOVEL MENARIK KARYA PENULIS HEBAT

    ReplyDelete
  4. Kenapa konflik menjadi salah satu isi yang utama dalam kebanyakan novel ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya konflik tu adalah rencah utama. sama seperti hidup kita. Cerita tanpa konflik akan hambar.

      Delete
  5. Karya RAM memang terbaik. Tapi dah lama tak follow up novel RAM. Sempat follow yang laksamana sunan je. Terbaik cerita dia. Bukan jenis novel yang jiwang. Rasa macam tak terbuang masa baca. Tapi sekarang dah tak sempat nak baca novel tebal-tebal. Haha. Done follow back. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita Sunan tu paling laris. Ada peminat yang memang hanya minat cerita tu. Novel pasal tu pun ada banyak. Saya sendiri ada 3 novel pasal sunan tu yang tak baca lagi. heheheh

      Delete
  6. haa novel ni kita ada..tapi tak ingat dah habis baca ke belum...hahahah

    ReplyDelete
  7. Hai.. bilalah nak mula membaca anding ayangan nie.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.