Skip to main content

Anding Ayangan II by RAM

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 





Kalau dah minat tu, memang tak boleh nak cakap apa la. Tambahan pula musim terperap dalam rumah sekarang ni. Makin menjadi-jadi aktiviti membaca novel ni. Novel ni adalah sambungan dari karya Anding Ayangan.  

SS rasa, ini antara novel yang paling tebal kot. Atau mungkin, jenis kertas yang digunakan itu menyebabkan dia menjadi tebal. Boleh tahan juga la rasa tangan SS nak tampung berat buku tu. Sampai tergeliat pergelangan tangan. SS tak salahkan novel, sebenarnya cara SS yang membaca ni yang tak betul. Terbaring lah, tertiarap la, terngiring lah, macam mana tak terpeleot tangan tu. Tapi novel ni memang antara yang berat. Tangan SS pula insan yang lemah. 

Walaupun tebal & berat, pengembaraan ini haruslah diterokai sehingga akhirnya. Cerita memang best. Dongengan yang memanipulasi fikiran seolah-olah ia wujud di bumi nyata. Macam biasa, membaca novel karya Ramlee Awang Mursyid ni perlu fokus dan AMARAN jangan skip. Nanti buruk padahnya. Agittheew. 

Maka, selesailah 308 muka surat jalan cerita dalam Anding Ayangan II ini. Bila sampai pengakhiran cerita yang bernoktah, SS terkejut "Eh, habis macam tu je ke? Tergantung?" Pertama kali baca novel seakan tiada penghujungnya. Rupanya baru tamat Episod Pertama. Hahahaa.... Memang surprise! Dongeng apa lagi ni?.

Apa yang best dalam Anding Ayangan II ni? :
30% : Cinta
80% : Konflik
60% : Suspen
40% : Aksi
50% : Keluarga

Apa pun, SS tak sabar nak tunggu sambungan berikutnya Anding Ayangan. Dah mula rindukan Furqan Ayubbi. Eh!

 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Manfaatkan masa selagi punya kesempatan".

Comments

  1. Cikbunga pon baca balik novel 7 hari menyintaimu😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time PKP ni lah kalau nak repeat pun kan. hehehe

      Delete
  2. Ramlee awang murshid mmg penulis berbakat..karyanya unik

    ReplyDelete
  3. aduuu ada sambungan lagi ek???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Baca Anding Ayangan 2, katanya baru tamat episod pertama. Ntah laa berapa episod lagi. Adakah Anding Ayangan pun bakal menghantui mcm cerita Sunan?

      Delete
  4. berseni betul tandatangan penulis. =)

    ReplyDelete
  5. Yang firs pun Sha tak baca lagi.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena baca tu. nanti nak keluar yang baru pula. Sempat la kejar.

      Delete
  6. Replies
    1. Aah,tebal. krem jugak jari jemari ni. heheh

      Delete
  7. ramai peminat novelis ni..novelnya laris dijual n ada sambungan kisahnya pada terbitan baru

    ReplyDelete
  8. Minta pinjam episod 1 nak baca.

    ReplyDelete
  9. Tahniah! Membaca jambatan ilmu, membaca juga menjadikan daya imaginasi kita semakin tajam. Kakak pun sama, kalau dah mula baca novel memang tak berkalih tempat, sampai lenguh2 tangan pegang buku terutama yang tebal2 tu hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih-lebih lagi musim PKP ni kak.. tepu sikit laa kepala ni terperap dalam rumah, tu yang kena asah otak n imaginasi, supaya kekal kreatif. hehe

      Delete
  10. Replies
    1. Boleh dah start baca Cik Pia.. Yang nipis2 pun tak pe...

      Delete
  11. dah lama stop beli novel, last buku RAM pun beli few years back. rindu betul penulisan RAM. plot twist menarik, paling ada ilmu yang boleh dipelajari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEtuju!! Plot twist memang menarik.. itu sebab suka baca karya RAM disamping dapat ilmu2 baru.

      Delete
  12. confirm novel ni best
    ramlee awang mursyid pula

    ReplyDelete
  13. Tak pernah baca buku ni. Kurang sikit baca novel, prefer komik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komik pun SS suka baca.. santai2... suka!

      Delete
  14. Oh. Ada novel baru ke RAM? Lama dah tak follow karya beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. sentiasa ada yang baru. TAk lama lagi keluar yang baru pulak. Sementara tak keluar yang baru lagi, itu lah saya pulun habiskan novel2 RAM yang belum dibaca. ada laa 3,4 buah lagi. hehehe

      Delete
  15. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda terpilih sebagai pemenang Segmen Blog List Abam Kie. Untuk keterangan lanjut dan cara menuntut hadiah sila klik link di bawah. Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2020/05/keputusan-segmen-pertukaran-bloglist.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Terima kasih Abam Kie... SS dah respon kat whatsapp Abam Kie.

      Delete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.