Skip to main content

Kesempatan Ramadhan

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Sumber : Google

Macam mana Ramadhan kalian di muzim PKP ni? SS doakan moga semuanya berjalan dengan lancar dan penuh hikmah. Alhamdulillah. Ramadhan kali ini menjadi sejarah dalam hidup kita. 

Ramadhan adalah anugerah dan tanda kasih sayang Allah S.W.T untuk hambanya. Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai manusia. Walaupun sebagai manusia kita memang ada khilafnya, namun keampunan Allah adalah untuk seisi alam kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Memakbulkan doa. 

Manusia mana tidak pernah membuat silap? Kita tidak maksum seperti Nabi Muhammad s.a.w, sebaik-baik manusia. Rasulullah adalah qudwah hasanah (tauladan/model kehidupan) untuk setiap manusia.Sering kita berkali-kali membuat silap, namun kita tetap diberi nafas hingga ke hari ini.  Tetap diberikan rezeki. Makanya menunggu hidayah dari Allah itu bila-bila masa saja akan Allah makbulkan. Tapi sebagai manusia yang berakal, teruslah berusaha mendapatkan hidayah dari Allah. 

"Apabila Ramadhan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, dan syaitan pun dibelenggu." (HR. Al Bukhari & Muslim) 
Ramadhan adalah bulan yang terbaik membentuk peribadi dan memperbaiki kesilapan diri. Semoga Ramadhan juga menjadikan kita istiqomah dalam mempergiatkan ibadah selagi masih muda dan punya kudrat. Ingat diwaktu sihat sebelum sakit. Ingat diwaktu lapang sebelum sempit. Kita masih punya waktu itu. Jadi, jangan abaikan.

Ramadhan, bulan untuk mengukur keupayan diri. Bukan mudah untuk berubah. Tapi kadang-kadang kita perlu paksa diri sedikit demi sedikit untuk mencipta keterbiasaan itu. Harga syurga itu memang mahal dan dunia ini adalah ladangnya. Jika tidak diusahakan semuanya, cukuplah dengan setakat kemampuan diri. Jangan disia-siakan Ramadhan anugerah Ilahi untuk kita ini.

Jika kita kerap membaca buku hiburan, 
Apalah salah Ramadhan ini diganti dengan Al-Quran.

Jika kita sering mendengar radio hiburan, 
Apalah salah Ramadhan ini diganti dengan segmen ketuhanan.

Jika kita sering menonton drama hiburan,
Apalah salah Ramadhan ini diganti dengan kuliah keagamaan.

Jika kita sering membaca Al-Quran sehari sekali, 
Apalah salah Ramadhan ini ditambah lima kali sehari.

Jika kita sering solat sendirian, 
Apalah salah Ramadhan ini solat berteman.

Inilah yang SS maksudkan dengan menghidupkan pesta ibadah sempena Ramadhan.
Amatlah rugi jika Ramadhan ini tiada beza dengan bulan-bulan yang lain.
Amatlah rugi jika tidak memanfaatkan Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya.

"Sekiranya umatku mengetahui kebaikan di dalam bulan Ramadhan nescaya mereka akan menginginkan sepanjang tahun semuanya menjadi Ramadhan" (Al Hadis)
Selagi punya kesempatan ini, janganlah disia-siakan.
Maafkan kekhilafan diri ini.
Salam Ramadhan untuk semua.


Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Saling ingat mengingati tanda kasih sayang manusiawi".

Comments

  1. Perkongsian yang menarik. Semoga Ramadan kali ini membawa seribu satu makna dan keberkatan kepada kita semua. Btw, saya singgah dan follow blog ni ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Amiin. Saling berkongsi. Terima kasih follow.

      Delete
  2. Cubavuga nak tingkatkan amal ibadah lepas tu istiqamah buat. Masa lapang banyak untuk saya. Alhamdulillah.

    P.S: Dah follow balik #490.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita usahakan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

      Delete
  3. Alhamdulilah, ramadhan okay aje, cuma sunyi laaa, sebab semua hanya dirumah, takde nak keluar pi bazar ke, rumah mak ke, kalau tak meriah juga berbuka ramai-ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS faham tu, rindu suasana meriah waktu berkumpul, sama2 masak, sama2 hidang, sama2 makan... Buat masa sekarang perlu tahan dan tabahkan hati.

      Delete
  4. Ramadhan kali ni sangat berbeza tapi nikmatnya masih terasa. Alhamdulillah for everything. Good sharing ss

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..Ramadhan kali ni sangat berbeza dan buatkan kita lebih menginsafi diri dan sentiasa bersyukur.Cuma sedih tak dapat balik kampung berbuka dengan family. Apapun, Selamat berpuasa dan jaga diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang majoriti yang kita rasa. Cuma, keadaan ini membuatkan kita memahami mcm mana perasaan mereka yang tidak punya keluarga... atau keluarga yang telah lama tiada. rindu yang tiada berpenghujung.

      Delete
  6. terima kasih perkongsian sangat bermanfaat ni. moga hidayah yang tak ternilai menyapa kita semua di ramadhan kali ini~~

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas peringatan...saya follow :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama saling mengingatkan. TErima kasih follow.

      Delete
  8. INDAH GURINDAM RAMADAN SS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, apa saja yang lahir dari hati.

      Delete
  9. Alhamdulillah Ramadhan kali ini di sambut dengan tenang dan sederhana. Tak misah oun kalau tak ada bazar ramadhan. Lebih fikir buat amal ibadat.

    Done follow #494

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi ada kesempatan Ramadhan, sama2 lah kita manfaat sebaiknya. In Shaa Allah, Aaminn.

      Delete
  10. Semoga diberi kekuatan utk meningkatkan ibadah di bulan penuh berkat & bulan2 seterusnya..rebut big offer bln Ramadan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin Yaa Allah. Ye, betul tu. Big offer bulan Ramadhan.

      Delete
  11. Salam Ramadan SS...terima kasih atas ingatan dan perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ingatan untuk diri sendiri jugak ni.

      Delete
  12. betul tu, masa ni la nak tambah amal untuk kejar pahala...salam Ramadhan SS!

    ReplyDelete
  13. W'salam SS.
    Alhamdulillah syukur atas nikmat dariNya.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, Ramadan yang sangat berbeza tahun ni.

    ReplyDelete
  15. salam Ramadhan.. semoga tahun ni diberi nikmat sebenar-benrnya berpuasa

    ReplyDelete
  16. Salam Ramadan SS..
    semoga kita lebih menghayati Ramadan kali ini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda