Skip to main content

Kicap Kollagen

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Dah hujung-hujung Ramadhan ni, kadang-kadang tak tahu nak masak apa dah. Tekak ni nak makan menu ringkas-ringkas je. Kali ni SS nak kongsi menu pilihan suami SS iaitu Kaki Ayam Masak Kicap atau SS namakan Kicap Kollagen. Kenapa namanya sebegitu rupa? Ini kerana, kaki ayam merupakan sumber kolagen asli. Jadi, sesiapa yang perlukan kolagen, cukup sekadar makan kaki ayam. Sebenarnya ramai je kawan-kawan SS tak selera nak makan kaki ayam. SS dulu pun tak makan, tapi bila semakin tua ni, rasa macam suka pula makan kaki ayam, terutama yang buat sup. Kaki ayam perlu dibersihkan betul-betul. Bahagian kuku dan tapak perlu dipotong.

Cuma kali ni, istimewa sikit sebab suami SS yang jadi chefnya. Oleh kerana ini adalah menu pilihan suami, makanya dia sendiri sukarela untuk menjadi chef dan SS semestinya menjadi pembantu setia. Sebenarnya SS tak pernah pun makan kaki ayam masak kicap macam ni. Jadi SS tak tahu suami SS nak yang macam mana. Kalau SS masak, nanti lain yang dia bayangkan, lain pula terhasil. Kata suami, dia teringat pernah makan masakan begini di sebuah hotel dengan menu Chinese Style.


Bahan-bahannya :

  1. Bawang merah 
  2. Bawang putih 
  3. Halia 
  4. Kaki Ayam yang dibasuh bersih. 
  5. Lada sulah 
  6. Lada hitam 
  7. Garam 
  8. Gula 
  9. Maggie Secukup rasa 
  10. Sos tiram
  11. Kicap pekat
  12. Kicap lemak manis
  13. Air

Cara membuatnya :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia (ditumbuk semuanya) sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan kaki ayam dan gaul.
  3. Boleh laa campakkan bahan-bahan lain seperti sos tiram dan gaul sebati.
  4. Kemudian hitamkan dengan kicap. Ikutlah tahap kehitaman yang macam mana kita nak dan gaul sebati.
  5. Kalau kelihatan kering sangat, boleh masukkan air sikit demi sedikit. Perlu berhati-hati kerana kaki ayam ini akan menghasilkan letup-letup kecil. Boleh terkejut-terkejut juga waktu masak tu.
  6. Akhir sekali, perasakan dengan lada hitam, lada sulah, garam, gula, dan Maggie Secukup Rasa.
Bila dibiarkan sejuk, menu ini akan menjadi semakin likat dan pekat. Jadi perlu dipanaskan setiap kali nak makan. Mungkin perlu ditambah dengan sedikit air. Kaki ayam akan menghasilkan lemak tersendiri yang akan menambahkan lagi kepekatan menu. Jadi jangan pelik bila juadah ini bagai digam-gam.

Untuk kali pertama SS merasa makan kaki ayam masak kicap macam ni, ok.. not bad, satu keluarga menambah-nambah. Tapi menu ini tidak menjadi kegemaran SS. Tapi apa yang penting adalah, dapat berkumpul dan masak sama-sama itu dah membuatkan SS bahagia. Makan sambil senyum-senyum simpul. Boleh bayangkan tak? hehehe.

 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Makanan yang enak biasanya cukup dengan perencah kasih sayang."

Comments

  1. Replies
    1. Kan... saya dah tua2 ni baru nak nak berjinak2 dengan kaki ayam

      Delete
  2. Amboi nama entry, dh agk dah kaki ayam..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... kalau taip kaki ayam biasa sangat kan.. hehe

      Delete
  3. kita tak makan kaki ayam, dari kecik sampai sekarang..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Saya pun banyak je jenis2 makanan yang tak makan...

      Delete
  4. Tak reti nak kerkoh kaki ayam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... takpe, banyak lagi bahagian ayam yang lain boleh kerkoh. hehehe

      Delete
  5. Kaki ayam memang banyak kolagen.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda