Skip to main content

Notis Terakhir Untuk Perokok

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 



Jeng jeng jeng... biasanya perokok tak berapa gemar artikel sebegini. Hehehe. Suami SS pun pernah jadi perokok tegar. Saja je beli buku ni waktu pameran buku Big Bad Wolf. RM3 je, apa salahnya beli, kan?. Tambah juga ilmu pengetahuan sikit sebanyak. Sejak baca buku ni, suami jeling-jeling je. Alaaa, bukan SS suruh dia baca pun.. Tapi ye lah, comfirm dia baca cover kan? Sebab tu menjeling-menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang.... eh!. Seperti biasa, SS senyum-senyum aje. Peringatan dalam diam je. Hik hik hik.

Buku ni menceritakan tentang pengalaman penulis yang berjaya berhenti merokok selama 12 tahun. Banyak tips yang dikongsikan untuk mereka yang berazam berhenti merokok sehingga ke kaedah hipnoterapi. Masyaa Allah. Kalaulah dah berniat di hati, kena kuatkan semangat untuk ikut segala tips yang diberi. Struggle is real. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? SS doakan rakan-rakan yang berniat nak berhenti merokok tu, semoga Allah permudahkan urusan kalian. Berkat bulan Ramadhan, adalah usaha terbaik untuk melatih diri berhenti merokok. Semoga berjaya! 



 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Mulakan dengan niat. In Shaa Allah, 
ditunjukkan jalan dan dipermudahkan."


Comments

  1. Memang susah nak berhenti. Adik saya yang H alhamdulillah dapat berhenti juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tahniah utk adik NA.. Semoga semakin sihat dan cergas. Aamiinn..

      Delete
  2. Semoga berjaya...fighting!!

    ReplyDelete
  3. KEMAHUAN MENGATASI SEGALA KAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Kak Paridah, sekali dah terjebak, susah nak dibendung. Hati kena cekal.

      Delete
  4. kesiannya anak2 lelaki sekarang
    masih awal remaja dah ramai yang merokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wak, Tapi apakan daya. Susah juga nak kawal mereka.

      Delete
  5. Nasiblah suami tak merokok kalau tidak puaslah kot ngadap bau nafas suami hihi....

    ReplyDelete
  6. sesuai untuk perokok tegar nak stop merokok ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.