Skip to main content

Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......

Entahlah apa nasib SS hari ni. Ni kali ke-4 SS taip entri ni. Entri mula-mula SS taip, bukan main panjang lagi. Waktu itulah idea datang mencurah-curah. Kemudian, bila SS publish, tiba-tiba entri hilang. Yang ada tajuk entri sahaja. Ok, Mungkin SS terpadam.

Kemudian SS buat entri ke-2, pun masih panjang. Pun, lepas publish, entri hilang. Tak tahu apa masalah. Mungkin salah tekan setting, tapi tak ada pula tekan apa yang pelik-pelik. Atau ada gangguan internet?. Masa ni dah rasa frust. Hampir tunjuk perasaan tak nak masak dah. Ok, ini melampau. Rasa nak marah akibat kecuaian sendiri. Tapi nak marah pun tak bersebab juga. Tak tahu apa punca.

Taip pulak entri ke-3, tapi dah tak sepanjang tadi. Dah cun, taip pun dengan senyuman, SS pun tarik nafas dan klik publish. Aiiihhh.. tak ada juga. Kat saving post pun tak ada entri. Ada tajuk sahaja. Waktu ni mula terdetik, adakah SS je yang tak nampak entri sendiri? Tapi, macam mustahil pulak?. Rasa kecewa sangat dah ni, sebab jari dah penat menaip benda yang sama. Dalam masa yang sama tak tahu nak nangis ke nak gelak. Makanya SS berhuhuhu saja lah.

Sekarang ini adalah entri ke-4 SS menaip untuk Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela. Harap-harap tak ada apa masalah dah. Kalau hilang entri ni juga, makanya SS akan pasrah dan redha.

Memandangkan hari ini adalah hari last segmen tu, tak apa lah, tanda sokongan dan memeriahkan blog Cik Miela, SS perlu positif dan semangat. Yeaaahhhh!!! 


Cantikkan, banner segment? SS suka juga warna lembut macam ni.

Yang nak sertai segment ni, klik sahaja banner cantik di atas.
Jom kita terjah blog Cik Miela.

TERIMA KASIH SEMUA YANG SINGGAH BLOG INI.
"Jangan cepat rasa putus asa."


Jap..jap... fobia pula SS nak klik publish tu. 
Fuuhhh.... Bismillahirrahmanirrahim....

Comments

  1. Selamat bersegmen
    Mudah2an masalah publish tak berulang

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...berjaya jugak publish tu...hiihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.