Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
Entri kali ini merupakan episod dari TTC's Story . Topik ini lebih kurang diari yang ingin aku simpan sebagai sebuah cerita / pengalaman aku dalam hidup.
2010 : Start period Ting Tong
2012 : Berkahwin dan period Ting Tong style lain pulak.
2013 : Usia perkahwian setahun jagung.
Waktu usia perkahwinan masih setahun jagung dan aku masih tak ada berita tentang positif hamil, maka aku pun melancarkan usaha yang lain pula. Ada laa sembang-sembang dengan kawan-kawan, dengan orang-orang yang lebih tua. Ramai yang sarankan aku pergi berurut. Sebelum ni aku memang tak pernah pun fokus untuk berurut bagi tujuan hamil. Jadi bila selidik punya selidik, aku perlu mencari tukang urut yang ada pengalaman dan mematuhi syarak.
Bukan apa, aku pun dah dengar banyak cerita juga pasal tukang urut yang tak patuh syariah. Ada guna perantara jin terutamanya. Jadi mana-mana kawan yang berjaya hamil setelah pergi berurut atau yang cadangkan aku ke tempat-tempat tertentu aku pasti akan bertanya macam mana kaedah rawatannya? Apa ritual mereka? Apa bacaan mereka?. Setelah diselidiki, aku membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan melalui urutan di Permatang Badak, Kuantan. Lebih kurang 45 minit dari rumah aku. Aku pun, set temujanji dengan pakej 3 hari berurut berturut-turut.
Kakak tukang urut tu, lebih kurang pertengahan 40an. Belajar mengurut di sebuah institusi di Indonesia, dan mempunyai sijil tahap diploma dalam bidang perurutan di sana. Pengalaman berurut kakak tu dah berbelas tahun. Jadi aku pun menyakini keupayaan dia dengan izin Allah. Biasanya tangan orang yang biasa berurut ni mereka dapat rasa kehamilan kita melalui teknik-teknik yang mereka pelajari dan pengalaman. Kakak tu bagitau, sehari dia cuma hadkan 3 orang sahaja berurut dengan dia supaya dia dapat menguruskan masa dia untuk keluarga dan ibadah. Tujuan dia mencari ilmu perurutan sampai ke Indonesia tu kerana minat yang mendalam dalam bidang perurutan dan niat untuk membantu orang.
Sebelum berurut kakak tu ingat aku nak buat urutan kehamilan (sedang hamil). Bila aku bagitau aku ikhtiar hamil baru kakak tu faham (walaupun aku dah maklum dalam telefon). Bagi aku, biasalah salah faham bila tak face to face ni. Sewaktu berurut, aku memahami bait-bait mukadimah sehingga selesai berurut, kakak tu banyak selawat dan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Alhamdulillah. Tempoh berurut lebih kurang dalam 3 jam. Apa yang ingin aku highlight adalah sewaktu dia urut bahagian perut / peranakkan aku, dia berhenti sekejap. Kemudian dia urut lagi dan berhenti lagi. Kakak tu kata "kamu ni macam pregnant je ni". Aku speechless. Dia kata, selama berbelas tahun dia berurut memang dia boleh rasa, kalau dalam perut ada baby. Jadi dia sarankan aku pergi buat check-up dulu dan dia tak berani nak usik bahagian perut aku. Aku mula ada sinar harapan. Lepas siap berurut, kakak tu lebih excited bagitau kat suami aku yang aku kemungkinan hamil. Suami aku pun sama, hati dah berbunga-bunga namun masih ragu-ragu. Kami pun ambil keputusan untuk pergi klinik esok hari selepas temujanji berurut kali ke-2.
Akan bersambung...
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
Semoga ada berita gembira ya
ReplyDeleteIn shaa Allah,Amiin. terima kasih mendoakan.
DeleteSemoga ditunaikan segala hajat..Allah Maha Melihat usaha hamba2Nya..
ReplyDeleteAaminn.. amiin Yaa Rabbal Aalaamiin... Terima kasih atas doa.
Deletehopefully there will be the good news!! cant wait for the update!! <3 stay safe. :3
ReplyDeleteIn Shaa Allah, ada kelapangan nanti sis update ye...
DeleteSuspens. Apapun harap berjaya.
ReplyDeleteKena laa suspen sikit, baru dramatik. kihkihkih
Deleteamboi mata dan rambut baby tu sama naik. haha
ReplyDeleteseronok juga baca perjalanan hidup orang ni. moga murah rezeki sis~ tunggu sambungan..
comelkan baby tu. terkejut tu. heheh Amiin... terima kasih sama mendoakan.
Deletela excited dah nak baca ni..mana sambungan hihiihih
ReplyDeleteheheh.. In Shaa Allah, akan bersambung.
DeleteCepat cepat update. Nak tau sambungan dia
ReplyDeletehehee... ok ok. in shaa Allah jap lagi update.
DeleteSemoga ada berita gembira..
ReplyDeleteAminn, Ya Rabb.
Deletewaaahhhh ada sambungan...
ReplyDeletePanjang sangat kan cerita nye. Tak larat jari nak menaip. So, kena laa ada sambungan. hehehe
Deleteseronok pulak baca...dapat bayangkan masa urut tu tukang urut tu terkejut dalam diam, dapat rasa ada baby...
ReplyDeleteAah.. dia sangat sangat meyakinkan saya yang dalam perut saya betul2 ada baby... saya pulak yang takot sbb kakak tu over confident. Ye laa, sebab pengalaman dan kemahiran dia kan. Saya tahu dia excited. eheh lebih dari saya excitednya dia hari tu.
DeleteBiasanya tangan tukang urut bila selalu mengurut memang akan lebih sensitif dan cepat merasa kalau ada sesuatu dalam rahim..
ReplyDeleteBiasanya macam tu lah. itu yang kita pun terkejut, dlm masa yang sama speechless.
Delete