Skip to main content

Ucapan Hari Guru, Bikin Ku Terharu

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Semalam, 16 Mei 2020 merupakan Hari Guru. Aku mendapat banyak ucapan daripada pelajar aku. Rasa terharu. Sebenarnya aku bukanlah seorang pensyarah. Tapi aku cuma seorang pegawai yang bertanggungjawab menyemarakkan dan membentuk mahasiswa melalui kebudayaan & kesenian. Tugasan ini memang mencabar. Lebih-lebih lagi bila bekerja di sebuah universiti teknikal. Cuma,  apabila pelajar menggelarkan aku sebagai seorang guru, aku rasa itu satu penghargaan yang sangat tinggi yang mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Aku bekerja di Pusat Kebudayaan UMP. Staf kami cuma 6 orang sahaja dalam universiti yang terdiri daripada seorang pengarah, seorang ketua pegawai dan 4 pegawai kebudayaan. Bertambah mencabar, bukan?

Tapi aku bersyukur kerana dengan pekerjaan aku ini telah menjadikan aku rapat dengan mahasiswa. Pendek kata, akulah tenaga pengajar, akulah kakak, akulah ibu, akulah penasihat, akulah rakan.. kerana peranan-peranan inilah mendekatkan aku dengan mereka. Aku faham kerana mereka yang tinggal di sini, jauh dari keluarga. Jadi siapa lagi yang lebih dekat kalau tidak aku yang sama-sama membawa mereka, dan mewujudkan suasana kekeluargaan di sini. 

Dikesempatan ini, aku ingin mengabadikan beberapa tanda penghargaan dan ucapan daripada mereka dalam blog aku ini, sebagai kenangan. Sebenarnya banyak ucapan yang aku terima, nak je aku muatturunkan semua ucapan itu, tetapi tersangatlah banyak tak mampu aku nak edit kesemuanya. Tapi aku tetap balas setiap ucapan daripada mereka. Dalam banyak ucapan itu, aku memilih ucapan yang berjaya bikin ku terharu untuk dimuatturun di sini. Aku sangat menghargai effort mereka yang menaip tulus dari hati dan meluangkan masa dan ini yang menjadikan mereka lain dari yang lain.


Rasanya ada kesalahan di situ, 'warga staff UMP'. Cukup sekadar ucapan 'Selamat Hari Guru untuk semua staff UMP' atau 'Selamat Hari Guru untuk warga UMP'. Agaknya teruja sangat mereka ni, sampai tak nampak kesalahan tatabahasa di situ. Namun, aku tetap menghargai effort mereka kerana menyediakan poster ucapan ini untuk kami. 

SKK UMP itu, bermaksud Sekretariat Kebudayaan & Kesenian (SKK) Universiti Malaysia Pahang (UMP). Ia merupakan sebuah badan pelajar yang mengelola kumpulan-kumpulan kebudayaan & kesenian dalam UMP. Terdapat lebih daripada 10 buah kumpulan yang bernaung dibawah SKK UMP. Nak tahu apa aktiviti kami? Boleh klik Instagram @skk_ump atau Facebook Page @skkump. Dan aku merupakan penasihat mereka.


Ini antara hasil kreativiti mereka. Terima kasih dan aku hargai sangat-sangat.





Ini semua antara gambar-gambar kenangan ketika bertugas. Pandai betul mereka godek-godek album gambar sampai jumpa semua kenangan ni. Bila tengok gambar-gambar ni, secara tak langsung telah menaikkan semangat aku untuk terus menyumbang kepada pelajar. Menjadi inspirasi untuk diri sendiri. Hasil karya mereka edit gambar-gambar ini, sangat aku hargai.

Dan, ini pula antara ucapan-ucapan yang menyentuh hati.

Ucapan ni nampak biasa kan? Tapi ini adalah ucapan yang pertama aku terima. Tapi bukan dari seorang pelajar, tapi daripada seorang kawan baik aku. Dia adalah kawan baik aku sejak kami di sekolah rendah lagi. Lama kan? Yang penting ukhwah itu dijaga dan diteruskan.

Dan di bawah ini, barulah ucapan-ucapan dari pelajar aku yang bikin ku terharu.
Zaharah ni, pelajar tahun 3 yang sangat menghormati aku. Dalam keluarga, dia merupakan seorang anak yang sangat rapat dengan mak ayah dan adik-beradiknya. Jadi di universiti, siapa lagi yang dia ada selain kawan-kawan?. Kadang-kadang, aku tak sempat makan sebab terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan, Zaharah akan datang pejabat aku, bawakkan makanan. Sweet bukan? Tahniah laa kepada mak ayah Zaharah yang mampu mendidik seorang anak menjadi sebaik ini.

Kamlesh. Seorang pelajar berbangsa India yang tidak janggal bergaul dengan bangsa lain. Aku kagum dengan dia. Tapi aku tak banyak tahu pasal dia, sebab kami baru saja berkenalan. Dia pelajar tahun 1. Tapi, setakat ni, dia tak pernah terlupa untuk sampaikan ucapan sempena hari-hari penting untuk aku.

Ayu Sazirah. Pelajar tahun akhir. Tapi tak sampai setahun kami baru kenal. Agak terlewat, tapi kerana kematangannya, kami agak selesa berbicara tentang apa saja serta bertukar-tukar pendapat dan idea.

Ucapan ringkas, tapi yang istimewa sebab aku boleh buat permintaan lagu untuk dia nyanyikan. Firdaus, pelajar tahun 3. Kami tak rapat, tapi dia antara pelajar yang sangat sopan dan mudah menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan. Yang baru aku tahu, dia selalu lewat datang latihan sebab mengajar seorang kawan yang ingin mengenali Al-Quran. Subhanallah. Sejuk perut ibu mu mengandungkan mu, Firdaus.


Kom - Pelajar yang aku kenal sejak tahun pertama diploma, sehingga sekarang tahun 2 Ijazah. Ucapan dari dia saja ada 3. Personal, Group Whatsapp and Instagram. Dia dah anggap aku macam kakak dia. Dia antara pelajar yang boleh berkongsi cerita dan masalah dia dengan aku. Dia antara pelajar yang patuh dan mendengar nasihat, rajin, positif dan sangat profesional. Aku sebenarnya lebih kagum dengan mak dan arwah ayahnya kerana berjaa mendidik Kom menjadi seorang pelajar yang begitu sempurna bagi aku.

Jaa, pelajar tahun 1. Kami baru kenal. Jadi aku tak banyak tahu pasal Jaa, baru nak rapat-rapat. Tapi setakat ni, Jaa antara pelajar yang cepat matang, ceria dan mudah faham. 

Oh, ini ucapan daripada Majlis Tertinggi SKKUMP.

Ika, tak sampai setahun bergelar alumni, dan sekarang merupakan seorang jurutera. Namun, aku tetap bersyukur, walaupun dah bergelar alumni, Ika masih mengingati dan menghargai aku. Selama 4 tahun di universiti, banyak pengalaman pahit manis telah kami lalui bersama. Ika pun baru saja menamatkan zaman bujang sebelum waktu PKP. 


Sebenarnya, pelajar aku tak tahu pun aku ada blog. Aku macam segan sikit nak kongsi dengan mereka. Yang tahu pun, aku rasa tak lebih dari 5 orang. Itu pun sebab mereka tahu tanpa sengaja. Godek-godek Google sampai boleh terjah ke blog aku. Ada juga yang aku bagitahu. Tapi aku tak rasa mereka rajin nak baca blog aku. Hehehe...

 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Banyak perkara yang membuatkan kita bersyukur dan mendekatkan diri dengan Yang Esa.
Salah satunya adalah ukhwah."


Comments

  1. Selamat Hari Guru, pengorbananmu tak terbalas..semua student sayangkan cikgu mereka ni, mesti cikgu kesayangan di U ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Alhamdulillah. Tak semua boleh terima cara kita. Tapi syukur masih ada yang sayang.

      Delete
  2. Seronok kan bila dihargai macam ni?
    Selamat Hari Guru Semut Senyum 🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Aah, seronok. Rasa berbunga-bunga dalam hati. heheheh

      Delete
  3. Selamat Hari Guru SS. Pasti seronok bila dapat ucapan dari student. Rasa dihargai ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Aah, seronok sgt. Betul tu,rasa dihargai. kadang2 terlupa nak hargai diri sendiri.

      Delete
  4. Wah, seronoknya! Selamat hari guru ya SS. Semoga terus gigih menyumbang bakti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. In Shaa Allah, aamiin.. mudah-mudahan menjadi semangat diri.

      Delete
  5. Selamat hari guru SS..semoga terus berkhidmat dgn cemerlang..

    ReplyDelete
  6. Selamat hari guru juga buat SS..teruskan menabur bakti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cikgu. Selamat Hari Guru jua. In shaa Allah, sama kekal semangat!

      Delete
  7. alahai sweetnya anak murid. bagus2..apa2 pun selamat hari guru. done follow sini balik

    ReplyDelete
  8. Hepi belated tc day's SS, hihi..maafla agak terlambat mengucapkannya, almaklum akk ni bukan jenis membuka blog hari2, ada harinya malas betul.
    Semoga terus menjadi pendidik yg berdedikasi ye SS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. tak apa kak.. terima kasih juga untuk doa dari akak. Saya pun sama, tak buka blog hari-hari. Bila ada lapang je.. apa pun, jgn tinggal terus. hehehe

      Delete
  9. SELAMAT HARI GURU BAKTI DIHARGAI

    ReplyDelete
  10. if aku pun, aku terharu. nak ucap juga lah, selamat hari guru 😃

    ReplyDelete
  11. Selamat hari guru SS. Moga terus ddikasi mendidik anak bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak amie, In shaa Allah, akan teruskan semangat ini.

      Delete
  12. Selamat hari guru
    Jasa yang baik tetap dikenang

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Guru! So sweet la your students 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Alhamdulillah, kali ni dapat ramai students yang sweet2.

      Delete
  14. Wah! Ramainya yang sayang...! Auummmm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, salah satu nikmat ni, uncle

      Delete
  15. Meriahnya ucapan HARI GURU dia. Selamat hari guru juga SS. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Silah Hassy. itu lah, kali ni rezeki dapat ucapan meriah,

      Delete
  16. Selamat hari guru!! Teacher r the best!! <3

    ReplyDelete
  17. wah...baca pun dah rasa berbunga hati. Sweet semuanya!
    rezeki dari Allah bila dikurniakan insan2 baik disekeliling kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Ujie Othman, itu lah... rezeki.

      Delete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.