KLIK KLIK

10.6.20

Hari Ibu ke-36

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 



Entri ini adalah penghargaan untuk Mak.

Aku sangat berterima kasih kat Mak untuk perjuangan antara hidup dan mati sewaktu melahirkan aku. Aku teringat waktu menemani mak di Hospital Kemaman, Terengganu, 22 tahun lalu sewaktu mak nak lahirkan adik bongsu aku. Aku tengok keadaan mak yang menahan sakit. Mak genggam tangan aku kuat-kuat. Waktu tu, abah ada urusan di kaunter klinik. Jadi memang aku yang diminta untuk temankan mak. Kata mak, "macam ni lah waktu nak lahirkan hang dulu". Mak aku orang Kedah. 

Melihat keadaan mak yang kejap-kejap sakit tu, buat aku turut sama merasa sakit seperti cubit paha kiri, paha kanan juga terasa. Tapi, berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Aku hanya terdiam dan berdoa dalam hati sambil muhasabah diri. Orang kata, sakit yang paling sakit sebelum mati untuk perempuan adalah sakit sewaktu bersalin. Semoga aku dapat merasa nikmat melahirkan zuriat. Aamiin Yaa Rabb.

Sampai ke hari ini, aku tetap menyebut-nyebut nama mak dalam doa aku. Kebahagian mak adalah kebahagiaan aku. Semoga Allah merahmati seluruh kehidupan mak, dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan dunia & akhirat serta sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah & RasulNYA. Allahumma Amiin.

Mak,
Pengorbanan mu sangat tulus untuk ku.
Selamat Hari Ibu ke-36, mak.

Gambar ni, aku dengan mak. Ini pertama kali aku jejak pantai kat Terengganu.


 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Semoga setiap air mata yang mengalir ke pipimu atas kepentingan ku,
menjadi sungai untukmu di syurga nanti."

19 comments:

  1. Sayang emak. Banyak pengorbanan yang emak dah buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tak terkira, tak terbalas segala pengorbanannya.

      Delete
  2. Pengorbanan ibu tak terbalas.. begitu jg bapa...

    #happy birthday..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Betul tu... cuma entri ni penghargaan utk ibu. utk bapa kite buat next time. hehehe bapa tak suka interframe gambar dia.. hehehe

      Delete
  3. bercerita pasal pengorbanan ibu bapa.... terus........ rasa bergenang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaan... org yang lembut hatinya memang akan rasa touching. sebak kan.

      Delete
  4. SANAH HELWAH MAK SS MOGA SHT SJHTERA SELALU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr... birthday saya, tapi appreciate mak saya. =D Terima kasih kak paridah.

      Delete
  5. Aamin..semoga Allah memberikan balasan yang terbaik untuk mak-mak kita semua.

    ReplyDelete
  6. tak terbalas pengorbanan emak menjaga dan membesarkan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul pun, walau dengan kata-kata masih terasa belum yang terindah untuk nya.

      Delete
  7. Gambar yang penuh kenangan, penuh cerita ❤️

    Semoga mak SS dilimpahi kebahagiaan dunia akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn.. Yaa Rabbal Alaamiinn... Terima kasih Ujie Othman. Yea, gambar penuh cerita. Yang pasti saya sndiri tak rasa kenangan ni. Waktu ni saya baru 8 bulan. heheh

      Delete
  8. yg ke 36 tu maksudnya apa? konpius sikit wak nk phmkan.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya menjadi ibu dah 36 tahun.

      Delete
    2. Ye, betul jawapan NA... maksud saya, dah 36 tahun mak saya jadi ibu kepada kami adik beradik...

      Delete
  9. izzati nangis baca entri ni. hanya Allah je tau nak balas jasa dan pengorbanan ibu di dunia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu, lembutnya hati izzati. jangan sedih2 ye.. sentiasa berdoa untuk ibu2 kita ye..

      Delete

Klik Sekali