Skip to main content

Jangan Berkira

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t...... 



Wang Ringgit.
Pernah aku berkira-kira dengan diri aku. Waktu itu, aku cuma nak tahu berapa perbelanjaan bulanan aku. Apa yang aku dah belanjakan, ke mana duit-duit aku, mungkin aku boleh cut mana yang tak perlu. Niat asal macam tu lah. Beberapa bulan juga aku buat catatan perbelanjaan aku. Lama-lama aku rasa macam tak happy. Rasa macam terkongkong je. Nak belanja itu ini pun macam takut-takut je. Kemudian, aku ambil keputusan untuk tidak membuat kira-kira lagi untuk diri sendiri. Dan aku kembali happy. Rasa bebas sikit dalam hati, tidak terikat. Aku ni bukanlah seorang yang suka shopping. Biasanya aku akan beli apa yang perlu dan bermanfaat untuk aku. Bila berkira dengan diri sendiri, hidup rasa tak gembira.

Makanan.
Ini benda yang paling aku tak berkira dengan diri sendiri. Kadang-kadang nak beli barang lain, aku boleh fikir-fikir lagi sama ada nak beli atau tak? Perlu atau tak? Tapi tidak bab makanan. Biasanya tiada kompromi. Terasa nak makan apa? Terus akan turutkan hati. Memang tak berkira laa dengan perut sendiri. Kalau rasa berat badan dah bertambah, diet lah. Itu pun, makanan sihat pun tak berkira nak makan apa. Janji sihat. Happy tummy!

Mak Abah.
Uiihhh... mak abah laa paling susah aku nak say no. Apa-apa saja permintaan mak abah memang akan usaha untuk tunaikan sebaiknya. Termasuk mak abah mertua sekali. Kalau tak tertunai tu, memang akan rasa down. Ye lah, kita mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Biasanya mak abah akan faham.

Adik-beradik.
Paling aku tak berkira juga. Sampaikan adik beradik aku ni, kalau ada yang pinjam duit memang kami tak mintak ganti. Pendek kata tak minta pinjamlah. Macam bagi terus je. Cuma kalau rasa nak bayar, bagi je. Kadang-kadang aku sesak, roger adik. Kadang-kadang adik sesak, roger kakak. Pusing-pusing macam tu je. Tak pernah laa kami kecoh-kecoh bila nak bayar ke. Bila tanya berapa hutang masing-masing, pakat-pakat jawab :
"Mana ada hutang". 
"Kalau ada pun, kira langsai dah laa". 
"Alaa.. sedekah je semua tu." 
"Tak pe, duit boleh cari, adik-adik tak ada ganti".
Ooouucch. Sis terharu sungguh.
Kami dah minta halal semua dah.
Alhamdulillah dikurniakan adik-beradik  yang begini.
Kalau mak abah tak ada nanti, adik-beradiklah tempat menumpang kasih.

Pinggan Mangkuk.
Bab ni yang ramai orang berkira. Bila kita kat rumah sendiri atau menjadi tetamu di rumah orang lain, jangan berkira untuk membasuh pinggan mangkuk. Sampai sekarang lagi aku masih terngiang-ngiang kata-kata mak. 
"Pergi rumah orang tu, rajin-rajin sikit tolong kat dapur. Apa salahnya tolong ringankan beban tuan rumah. Dia dah penat-penat masak  untuk jamu hangpa semua, apalah salahnya tolong pi cuci pinggan mangkuk tu. Bagi depa rehat sikit."


Berniaga.
Ini sebenarnya bonus untuk orang Islam. Apalah salahnya sedekah sedikit sebanyak hasil jualan. Tak rugi pun. Makin banyak bersedekah, In Shaa Allah, perniagaan lebih diberkati dan lebih bertambah rezeki. Hanya perlu percaya dengan rezeki dari Allah.
Contohnya beli barang dengan harga RM5.20, kemudian casher berkata :
"Lima ringgit dah la."
Jadi, RM0.20 tu dikira sedekah.

Macam tadi, beli kuih di kedai Mak Ndak. Lepas dah bayar, Mak Ndak ambil 1 plastik yang ada RM3.00 kuih neram, diletakkan dalam plastik kuih aku sambil berkata :
"Ambek kueh neram ni, sedap ni... Mak Ndak bagi je kat awak."
Allahu, rezeki jangan ditolak. Lagi pula kecil hati orang tua tu kalau ditolak, kan?. Muka Mak Ndak nampak gembira bila dapat sedekahkan kuih neram. Dia happy, aku pun happy. 

Apa yang aku boleh simpulkan, untuk tidak berkira dengan sesiapa pun, sangatlah memerlukan 'common sense' walaupun sedikit. 

Segala nikmat hari ini adalah kerana Allah tak berkira dengan kita hambanya,
walaupun kita hamba yang penuh dosa.


Screenshot dari status whatsapp pelajar aku dan aku bersetuju.


 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Anggap saja setiap yang yang diberikan itu adalah sedekah.
Jadilah seperti pohon yang berbuah, dibaling kayu, dibalas buah".

Comments

  1. Betul tu. Fikir Allah akan ganti atau beri lebih lagi.

    ReplyDelete
  2. setuju tuh, kalau kita terlalu berkira bab belanja nak berjimat sangat pun kita rasa tak seronok, kita dah penat kerja lepas tu bila dapat gaji kita rasa nak spend duit untuk diri sendiri tapi kita berkira... memang jadi tak happy

    bab dengan mak abah, adik badik pun sama, selalu kalau balik kampung atau masih kat bandar ni kalau mak call kata teringin itu ini akan usahakan untuk dapat, kalau adik- adik kata nak suruh masak apa-apa, kakak nya ni on je

    ReplyDelete
  3. Hi menarik ini :) bw here done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Memang rasa sesak je bila terlalu berkira-kira.. huhuhu..
    Bagus perkongsian nie..

    ReplyDelete
  5. Dalam rezeki kita sebenarnya ada rezeki orang lain ;)

    ReplyDelete
  6. x berkira sgt sbb kalau abis duit hari ini mungkin esok lusa adalah tu rezeki yg masuk.

    ReplyDelete
  7. TIDAK BERKIRA BOLEH BERTOLAK ANSUR SIFAT TERBAIK

    ReplyDelete
  8. Betul tu, bila kita suka berkira, rasa diri sangat terkongkong!

    ReplyDelete
  9. Saya setuju, learn from our experiences. Kdg kita rasa berkira tu menjimatkan, tapi kalau dah sampai tahap buat kita kusut kan merugikan tu. Lagi satu, saya tak suka berkira sampai tahap menyusahkan diri sendiri. Kadang pyh juga tinggal dkt hostel ni, paham je la nak jimat tapi kalau sampai tahap ekstrem, rimas pula saya

    ReplyDelete
  10. betul tu, tak boleh nak berkira sangat. jika kita berkira tuk memberi, rezeki pun berkira juga nak datang.berkongsi rezeki dgn org2 tersayang, org yg memerlukan

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yang bagus. Terima kasih sharing.

    ReplyDelete
  12. betul. yang bab makan tu dari dlu nenek dah pesan kalau makan jgn nak berkira. lagi-lagi kalau berjalan di luar negara jgn berkira sampai nak ikat perut sebab makanan mhl.

    ReplyDelete
  13. Amalan yang baik.. Allah akan gantikan apa yang kita berikan

    ReplyDelete
  14. Betul tu, jangan terlalu berkira. Dalam rezeki kita ada juga rezeki org lain. Sama2 kita kongsi rezeki

    ReplyDelete
  15. Mak ai selalu pesan, makan jangan berkira. Tapi masih kena ukur baju di badan sendiri. Done follow back #535.

    ReplyDelete
  16. hehehe
    dulu2 masa awal2 kerja memang Hans buat kira-kira
    tapi rasa macam stress pula sebab still lari je budget
    sekarang xbuat kira2...tetapkan terus dalam kepala otak jer nak simpan apa...nak belanja apa..nak makan apa...
    alhamdulillah boleh pula saving banyak
    hahaha

    ReplyDelete
  17. dalam hidup ni banyak kena give and take hehe

    ReplyDelete
  18. Setuju sangat tu dengan diri sendiri kalau berkira sangat hilang keceriaan.
    Biarlah beli aje apa yang dirasakan perlu ikut common senselah.
    Mrs. A ada terbaca amalan paling disukai oleh Allah adalah sedekah kerana sedekah itu mampu menggembirakan orang lain. InSyaAllah.

    ReplyDelete
  19. Based on my experience, kalau kita terlalu berkira nanti hati tak tenang. InshaAllah lebih banyak kita memberi, lagi banyak kita akan terima. Rezeki Allah kan luas 🥰

    ReplyDelete
  20. alhamdulilah.. semua termasuk criteria pada akak tu.
    tapi tak pinggan mangkuk tu kan. confuse at first. thot jangan berkira nak beli pinggan mangkuk. heheheee.

    ReplyDelete
  21. sharing is caring! kalau kita share ii rezeki dengan ya lain, Allah akan bagi lebih lagi. hihi. ❤️

    ReplyDelete
  22. sdg kn Allah x penah berkira dgn hambaNya... so why kita nk berkira?

    ReplyDelete
  23. Betul tu, sedangkan Allah tak berkira dengan kita, kenapa kita selalu nak berkira sesama kita. Sedikit rezeki yg dikongsi bersama inshaAllah Allah beri lebih lagi :)

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.