KLIK KLIK

10.6.20

RAKA oleh Mahizan Husain

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 


Biasanya SS akan baca novel Ramle Awang Murshid sahaja. Itu je novel yang jadi pilihan sebab SS tak peruntukan banyak waktu untuk membaca novel. Memandangkan PKPP ni satu tempoh yang panjang, SS pun bacalah salah satu novel pilihan belia & remaja hari ini. Iaitu BUKU FIXI. Karya thriller tetap menjadi pilihan SS. Banyak sangat buku-bukunya sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Akhirnya SS memilih RAKA, karya Mahizan Husain : Pemenang Sayembara Buku FIXI 2017/8. Tahniah SS ucapkan. Bukan mudah kan, kawan-kawan?.

Novel ni penuh dengan unsur suspen, jenayah dan banyak persoalan. RAKA mempunyai susunan bahasa yang bagus, jalan cerita yang teratur dan tidak terkejar-kejar mencapai plot. Ceritanya mencabar minda juga. Ada cerita yang tak tercapai akal. Namun ada juga dirasakan tak mustahil berlaku.

Apa maksud RAKA? Anda kenalah baca, baru ada elemen surprise tu. Hehehe.. 

Terima kasih meluangkan masa di blog ini
"Membaca, terapi minda".

18 comments:

  1. Rasanya tak pernah lagi baca buku cerita bergenre thriller. Kalau tengok filem/drama selalulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thriller best juga kalau baca. ikot imaginasi kita sendiri. hehehe

      Delete
  2. Wahh macam menarik jerk buku ni.. Leh try usha nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila usha... kalau peminat fixi, wajib ada.

      Delete
  3. Replies
    1. Ada masa terluang boleh laa membaca, wak. =D

      Delete
  4. tqq ye singgah di blog akk

    wahh novel ,dulu2 gila jga membaca ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kak.. sekarang pun boleh kak.. saya pun, biasanya time nak tidur laa baca. dulu satu novel sehari boleh habis.. sekrang ni... makan masa sebulan pun pernah. hehhehe. janji habis.

      Delete
  5. genre thriller mmg seronok, sama dgn movie/drama..tak sabar nk tahu ending nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada orang suka baca ending dulu.. tapi saya suka baca dari cover depan. hehehe.. baru surprise.

      Delete
  6. uncle ni suka buku yang banyak gambar je... hehehe

    ReplyDelete
  7. novel thriller menarik dibaca sbb penulis brfikir kreatif

    ReplyDelete
  8. Rasa macam dah lama jugak saya tak beli buku. Selalunya pinjam je.. hehe.. Library dekat dengan rumah. Tapi buku2 macam ni kurang la. Banyak novel cintan cintun je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah lama tak pinjam buku kt library.. hehehe... nak baca pun dah kurang masa... saya suka novel thriller berbanding full cintan cintun. selit sikit2 sebagai tanda kehidupan its ok...hehehe

      Delete
  9. izzati pun ada banyak novel thriller ni hehe. happy reading ya sis!! ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan, asah imaginasi dengan bacaan luar dari kebiasaan...

      Delete

Klik Sekali