KLIK KLIK

8.6.20

Tahun ke-8

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Apa khabar semua? Alhamdulillah, seronok dengar berita PKP kita ni akan berakhir tak lama lagi. Apa pun, SS harap kita semua jangan laa terlalu teruja sangat sampai lupa jaga diri. Kita masih dalam kehidupan norma baharu, kebersihan dan keselamatan perlu diutamakan. Marilah kita sama-sama menjadikannya satu tempoh bertenang untuk kita semua. Sambil tu, boleh laa plan baik-baik perancangan kewangan dan aktiviti masa hadapan.

Google

Hari ni, ulangtahun perkahwinan SS ke-8. Sekejap je masa berlalu. Masih teringat lagi perjalanan mendirikan rumahtangga, bertunang, diijabkabulkan, pengembaraan ke fasa 1. dan sekarang menghampiri fasa 2 dah. Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami sebagai suami isteri.

SS dengan suami jarang sangat bergambar sekali. Kami sendiri tak tahu kenapa. Waktu nak muat turun gambar berdua kat media sosial ni pun, puas SS cari nak letak gambar yang mana. Rupanya dalam telefon kami berdua memang jarang ada gambar kami. Banyak gambar urusan kerja je. Alamaakkk...baru perasan. Mungkin sebab kami ni lebih suka bekerja belakang tabir, kurang gemar berfoto, makanya jaranglah ada dalam simpanan telefon. Bukan tak ada langsung, ada. Tapi sikit sangat.

Akibat jarang muat turun gambar peribadi dan rumahtangga dalam media sosial, SS dapat laa juga beberapa soalan cepu emas. Antaranya :
1) SS dah kahwin ke belum sebenarnya?
2) Siapa suami SS?
3) Suami SS ni 'somebody' ke?
4) Laaaa... saya ingat SS tak kahwin lagi !
5) SS dengan suami PJJ (Perhubungan Jarak Jauh) ke?

Biasanya yang tanya soalan macam ni, adalah individu yang tak berapa rapat. Kalau yang rapat tu, memang dah sedia maklum. SS ada je muat turun satu dua keping dalam media sosial. Mungkin juga mereka tu pengikut/kawan baru. Mungkin juga mereka bukan pengintip SS di media sosial. Jadi, mereka pun tak perasan. Hehehehe...

Apa pun, baguslah mereka bertanya, kan?
SS tak anggap pun mereka ni golongan 'makcik bawang.' Tapi SS anggap mereka sekadar ambil tahu. Daripada mereka terus membuat spekulasi yang tidak betul, lebih baik mereka bertanya, kan? Jadi, SS memang akan jawab jujur. Bila dah banyak kali ditanya soalan-soalan seperti diatas, SS terfikir untuk lebih kerapkan sikit muat turun gambar kami di media sosial. Mungkin dalam 30 gambar, selit la sekeping gambar kami. Haaa, macam tu. Asyik terpampang gambar kami, nanti orang meluat pula, kan? heheh.

Hari raya baru ni pun, kami masing-masing tak terfikir nak ambil gambar bersama. Sibuk dengan aktiviti lain. Sibuk merendang, melontong, menyambal... hehehheee.... maka, tahun ni tak ada gambar hari raya.. Apa daaa... tepuk dahi. Hahahah.

Sempena ulangtahun perkahwinan ke-8 ni, terjumpalah satu gambar terbaru yang diambil pada penghujung Januari 2020. Masa nak swafoto ni pun, lebih banyak ketawa dari bergambar. Asyik tak menjadi je nak berswafoto.. Sampai lenguh tangan. Hahahha... Jadi, ini sajalah hasilnya. Jadilaa, buat syarat. Hhehehhehe...


Doa ku,
" Yaa Allah, Yaa Rahman, Yaa Rahim. Alirkan rasa kasih sayang-Mu dalam rumahtangga kami agar mengalir rasa kasih dan cinta-Mu dalam jiwa kami suami dan isteri. Aamiin Yaa Rabbal 'Aalaamiinn."

Tahun ke-8 ni. Kami masih berdua. Aku masih menggelarkan Fasa Honeymoon. Masih mengenal antara satu sama lain. Masih menyesuaikan diri. Rupanya masih banyak perlu dipelajari dalam rumahtangga ini. Semoga Tahun depan kami dah bertiga. In shaa Allah, aamiinn. SS dan suami masih berjuang untuk SS hamil. Tolong doakan kami. Mana laa tahu ada doa rakan-rakan blogger dimakbulkan Allah. In Shaa Allah, Aamiin.

 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Pernikahan itu adalah kompromi & toleransi.
Bahagia rumahtangga kerana memberi, bukan memiliki."

46 comments:

  1. uwahhh happy anniversary

    ReplyDelete
  2. Happy anniversary SS...trus sukses dlm blogging

    ReplyDelete
  3. Selamat ulangtahun perkahwinan ke-8.
    Masalah saya ialah orang tanya umur. Untuk pengetahuan saya lahir tahun 1979 @)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Serius? Saya ingat NA baru 20an...

      Delete
  4. Happy anniversary, salam kenal ;)

    ReplyDelete
  5. wahh bini org rupanya.. 8 tahun masih xde anak tu rare.. semoda dipermudahkan urusan semut n suami ye.. aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amminn.. Terima kasih atas doa wak... Hehe, aah bini orang wak. =D

      Delete
  6. tahniahh! selamat ulang tahun May Allah bless ur marriage..insyaAllah soon akan dpt anak soleh solehah allahumma aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin..Amiin .. Amiin Ya Rabbal Alaamiinn... TErima kasih atas doa.

      Delete
  7. Semoga SS dan suami bakal menimang cahayamata nanti. Yg penting teruskan berusaha ye. Pasti ada jalanNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn.. Terima kasih abg kie utk kata2 pembakar semangat!

      Delete
  8. alhmadulillah...

    moga perkahwinan terus kekal ke jannah..aamiin

    ReplyDelete
  9. Happy Anniversary SS. semoga kekal bahagia hingga ke jannah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammiinn.. Terima kasih Tiara utk doa itu.. =D

      Delete
  10. Happy Anniversary SS..amiin utk doanya..semoga dimakbul Allah swt..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah, happy anniversary buat SS dan suami!

    ReplyDelete
  12. Wah! Dah BIG 8...! Tahniah!Dua-dua wajah'sejuk'

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time dapat komen dua2 wajah sejuk... Terima kasih uncle.

      Delete
  13. wahh, so sweet and cute!! happy anniversary sis!! moga kekal hingga ke Jannah Allah!! Aamiin aamin. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn Ya Rabbal Alaamiinn.. Terima kasih Izzati.

      Delete
  14. selamat ulang tahun!! semoga berbahagia hingga ke jannah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammiinn.. Terima kasih utk doa, Siti Hazreen =D

      Delete
  15. happy anniversary SS. semoga bahagia selalu, till jannah. amin amin amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin.. amin... amiinn.. Terima kasih ShirVen =D

      Delete
  16. Alhamdulillah...semoga kekal bahagia hingga ke akhir usia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin Yaa Rabb... Terima kasih Azian Khalil atas doa.

      Delete
  17. Happi anniversari
    semoga kekal bahagia selamanya.
    Mudah2an dianugerahi zuriat yang soleh dan solehah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammiin Yaa Rabbal Alaamiin.. Terima kasih Wak atas doa dan ucapan. =D

      Delete
  18. alhamdulillah tahniah SS dan suami

    ReplyDelete
  19. silah pun baru tau masa entry sebelum2 ni yang ss dah kawin. hehehe. serius dari segi penulisan nampak awet muda sangat.. apa pun semoga berbahagia selalu dalam Rahmat dan Kasih sayangNya sis~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn Yaa Rabbal 'Aalamiinn... Terima kasih silah.. eh. ye ke.. boleh tengok mcam tu kat tulisan ke... hehehe, tanda jiwa muda agaknya. kihkihkih.=D

      Delete
  20. Happy anniversary. Semoga berbahagia sampai ke syurga. Aaminn...

    Sama this year 8th anniversary. mine is august nanti. semoga Allah berikan hadiah paling bermakna buat kita nanti. Aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn Ya Rabbal Alaamiinn. Terima kasih Fizah. Saya pun doakan semoga hajat kita ditunaikan Allah. Aamiiin..

      Delete

Klik Sekali