KLIK KLIK

19.9.20

Kari Sardin Resepi Mak

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t......

Sekali lagi, semakin hari semakin rindu nak blogging. Tapi apakan daya. Tanggungjawab lain yang perlu diutamakan dan disegerakan. Makanya sebulan lebih aku sakit menanggung rindu. Idea ada, cerita ada, tapi banyak betul dugaan nak ambil laptop, buka blogspot dan menaip. Laptop ni, aku bawa ke hulu ke hilir dengan harapan dapat blogging waktu yang terluang. Tapi naaaahh, akhirnya dapat juga taip entri ni.

Satu hari, aku macam teringin sangat nak makan kari sardin. Kari Sardin adalah salah satu lauk kegemaran aku dari air tangan mak. Kalau mak masak kari sardin, uiiisshhh, memang tak pandang lauk lain lagi dah. Comfirm menambah-nambah pinggan sekali hadap! Tak kisah kalori, tak kisah naik berat badan, Resepi TTC pun tolak tepi sehari, janji dapat makan kari sardin air tangan mak. Kari sardin je pun, simple je kan. Tapi yang simple tu lah, menjadi pujaan hati ku.

Bila dah duk jauh dari mak ni, kena laa roger mak. Bukan tak pandai nak buat, tapi terfikir kot-kot ada ramuan rahsia ke kan... heheheh. Mana laa tahu. Tapi rupanya sama je macam nak buat kari biasa.. hikhikhikhik... tak pe lah. Aku kongsikan saja Kari Sardin Resepi Mak untuk 2 orang makan dari lunch sampai ke dinner. Hehehe. Mana laa tahu, boleh jadi rujukan untuk anak, cucu, cicit nanti ke kan.... amiinnn...

Semangkuk kecil lengkap buat cicah roti.

Ini rupa halba campur ye, anak-anak. 
Kot laa tak kenal masa tu, ni nenek tunjuk gambar siap-siap.



Bawang merah, halia dan daun kari, aroma memikat kalbu.

Air asam jawa, tomato, ubi kentang dan rempah dibancuh air + bawang putih.

Aku memang dah terpengaruh dengan ibu mertua ku, bila Cap Botan menjadi pilihan.
Rasa sedap, harga murah.


Begitu juga dengan santan kotak, ibu mertua biasa pakai santan kotak.
Biasanya jenama KARA, tapi habis pula kat kedai.
First time guna Ayam Brand, not bad rasanya. 
Santan pun pekat.

Cabai ni, kena potong begini ye.
Kalau silap potong, boleh badmood 7 hari 7 malam, tau!





Bahan-bahannya adalah :
1. Halba campur dalam 2 sudu besar.
2. Bawang merah 9 biji dihiris. (Mak kata, lagi banyak bawang lagi sedap).
3. Bawang putih 5/6 ulas diketuk.
4. Halia sebesar ibu jari dihiris/diketuk.
5. Daun kari 2 tangkai.
6. Rempah kari Babas dibancuh dengan air dan diletakkan bawang putih yang diketuk.
7. Ubi kentang 3 biji dipotong dadu dan direndam.
8. Tomato 3 biji dipotong empat.
9. Air asam jawa semangkuk kecil. (Asam jawa dalam 1 sudu besar)
10. Santan dalam 3 atau 5 sudu besar.
11. Cili besar 3 tangkai dipotong panjang/dibelah dua. (Merah/Hijau)
12. Perasa (Gula, garam, secukup rasa)
13. Air
14. Minyak untuk menumis dalam 2 senduk.

Cara Penyediaannya :
1. Panaskan periuk. 
2. Masukkan minyak. Aku guna minyak zaitun. Itu je ada kat rumah.
3. Masukkan halba campur dan tumis sampai halba meletup-letup.
4. Terus masukkan daun kari + bawang dan tumis sampai bawang kekuningan/layu.
5. Masukkan rempah kari yang dibancuh air + bawang putih. 
6.Masukkan sedikit air jika perlu.
7.Tutup periuk sehingga pecah minyak.
8. Bila dah pecah minyak, masukkan ubi kentang dan tomato.
9. Masukkan air sehingga ubi tenggelam/paras air. Tutup periuk sehingga ubi empuk.
10. Bila ubi dah empuk, masukkan air asam jawa.
11. Perasakan dengan garam, gula, secukup rasa.
12. Tutup periuk sehingga pecah minyak lagi
13. Masukkan air jika perlu dan biarkan sampai menggelegak.
14. Bila dah gelegak, masukkan santan dan kacau sebati.
15. Bila sebati santan dan menggelegak, masukkan sardin, (masukkan air dalam tin sardin dan tuang dalam periuk)
16. Masukkan cili besar, tomato lebih kalau ada, bendi kalau ada.
17. Akhir sekali, boleh rasa jika bahan semua dah sebati. (Jika tak cukup masin, sila tambah garam. Jika tak cukup masam, sila tambah air asam jawa atau basuh asam keping dan campak dalam periuk). Sekiranya pekat sangat, masukkan air dan tunggu sampai gelegak.
Tutup api, dah siap!

Dah siap, sajikan bersama sayur bayam digoreng.



"Rencah rahsia sudah tentu masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang."



 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

16 comments:

  1. x pernah makan kari sardin. teringin nak cuba masak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila cuba Abam Kie, jangan tak cuba.. sdaaappp

      Delete
  2. Ada guna halba rupanya.
    Dalam halba itu macam ada jinras manis. Betul ke?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. heheheh. tak pe, sejak guna smartphone, saya semakin fasih membaca ejaan typo. Hehehe..

      Delete
  4. sedapnya kari sadin mkn dgn nasi panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak paridah. siap menambah. tak boleh diet bila menu kari ikan sardin ni.

      Delete
  5. sedapnya kari sardin, siap buh jintan tu, memang original kena pula dengan nasi dan sayur bayam SS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... mmg memadai lauk mcm tu. siap menambah. jintan tu bangkit rasa kari.

      Delete
  6. Wah! Kalau begini gaya masakannya memang confirm sedap sangat nih! Menambahlah nasi putih panas2 masuk pinggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Makin sepinggan tak puas hehehhe

      Delete
  7. x layan sdh sardin gara2 heboh tntg ada ulat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish. satu dalam 1000 je tu sis. jangan diingat-ingat sis..huhuhu...

      Delete

Klik Sekali