Skip to main content

Kayuhan Santai

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Menghitung hari bila nak taip entri baru. Akhirnya dapat juga rezeki mengadap laptop dan menaip entri ini. Alhamdulillah. Mudah-mudahan dapat juga blogwalking ke blog sahabat-sahabat aku yang lain mengeratkan ukhwah.

Kali ni nak jadikan kenangan tentang aktiviti kayuhan seorang aku. Cerita yang agak lapuk untuk aku menggamit kembali. Kayuhan santai. Tak lain tak bukan, cerita pasal kayuh basikal je puuuuunnnn. Sebenarnya aku ni bukanlah seorang yang suka ikut trend. Lebih-lebih lagi dalam arena sukan. Nak dijadikan cerita pasal aku berbasikal ni beginilah alkisahnya bermulaaa........

Program Kayuhan Santai 2020 yang aku join ini adalah salah satu program yang diadakan oleh jabatan aku, sempena meraikan sambutan Hari Malaysia. Niat asal aku, sekadar ingin menyokong program anjuran jabatan sahaja. Lagipun, setakat berbasikal pusing-pusing apalah sangat fikir. Chill saja-lah. Enjoy saja-lah.

Aku memang tak ada basikal pun, tapi gigih juga aku pinjam basikal dari jabatan lain. Selepas pinjam basikal tu, aku happy. Aku berlalalalaa lagi. Aku yak yak yeh, yak yak yeh lagi. Aku huahuahua lagi. Aku naik basikal pusing-pusing kawasan yang sekangkang kera tu. Aku ketawa girang. Seronok. Maklumlah dah lama tak main basikal. Kali terakhir aku naik basikal pun waktu sekolah menengah dulu. 20 tahun yang lalu.

Pagi keesokkan harinya, aku bangun dengan penuh semangat untuk mengeluarkan adrenaline hari itu. Ye la, pergi tapak program, tak fikir pasal kerja. Tak fikir pasal tugasan. Menikmati saat-saat menjadi salah seorang peserta. Itu dah cukup seronok untuk aku. Semalam dah try naik basikal. Tempat duduknya memang keras. Kalau kayuh ni, memang boleh naik kematu bontot!. Nak beli seluar khas tu, macam tak berbaloi. Aku bukan serius berbasikal pun. Jadi, pagi tu, aku akalkan dengan menampal 2 lapis tuala wanita supaya tebal dan selesa waktu kayuhan. Selesai masalah. 

 Waktu daftar, jumpa kawan-kawan, ambil-ambil gambar, sembang-sembang, borak-borak, semuanya seronok. Sehinggalah aku bertanya "Nanti kita pusing-pusing mana ye?". Dan jawapan yang diberi oleh kawan aku adalah "dari sini, kita ke Tg. Selangor, lalu Air Putih, masuk simpang trafic light Taman Perdana, terus masuk gate utama dan ending di sini." Gulp! Aku terdiam. Air botol yang dah aku buka penutupnya, aku biarkan saja. Tak jadi nak minum. Otak mula membayangkan tempat-tempat yang disebut kawan ku itu. Tinggal setengah jam lagi sebelum bermula kayuhan baru aku tahu bahawa kami semua akan mengayuh sejauh 24km. Blank kejap otak aku. Bluuurrr... Aku sangka kayuhan santai dalam kampus saja. *tepuk dahi.

Aku join semata-mata atas niat nak menyokong program rakan setugas sahaja. Aku memang ada tengok poster. Tapi aku cuma tengok sebab poster tu cantik. Aku sikit pun tak baca detail yang ada kat poster tu. Aku tak bersedia fizikal dan mental pun. Waktu mengelamun jauh tu, aku tiba-tiba terdetik dalam hati "mampukah aku?".

10 minit berlalu begitu sahaja sebelum mula berbasikal. Dan aku masih lagi terpegun disitu. Basikal yang aku pinjam itu pun, aku masih tak berani nak sentuh. Aku masih berfikir sama ada ingin meneruskan niat murni ini atau masih sempat batalkan hasrat. 24km tu, bukan dekat. Polis trafik yang sedang bagi taklimat kat depan tu aku tak berapa dengar sangat. Aku sibuk melayan pelbagai persoalan dalam benak fikiran aku. Bila aku fokus kat polis trafik tu aku dengar katanya berbunyi begini "Kalau body tak fit, batalkan sajalah hasrat anda, kami tidak menggalakkan anda berbasikal. Berdasarkan pengalaman kami, anda akan menyusahkan banyak pihak sewaktu dalam kayuhan nanti." Betul juga tu. Mula terbit rasa bersalah dalam hati. "Habislah, kecundanglah aku tengah jalan nanti." Saat ini aku dah terbayang aku masuk ambulan, basikal angkut naik lori. Terbayang semua peserta akan marah-marah aku sebab buat mereka lambat. Alamak...

Dalam masa bersoal-jawab dengan diri sendiri setengah jam itu, aku masih cuba berfikiran positif. Cuba mengumpul kembali semangat diri yang makin menjauh. Menyeru keberanian meresap dalam diri. Walaupun rasa takut dan bersalah menyelubungi. Kawan-kawan sekeliling turut sama memberi sokongan. Akhirnya aku nekad. Change mindset! Ok! Aku akan sahut cabaran berbasikal ini untuk menguji stamina aku. Aku akan buat setakat yang aku mampu. Mata aku tertumpu pada backdrop "Kayuhan Santai". Aku tersenyum. Ini bukan satu perlumbaan. Maka, kayuhlah dengan santai dan dengan hati yang gembira.

Walaupun aku bukan dikalangan yang sampai awal ke garisan, namun tidak juga yang terkebelakang. Akhirnya, alhamdulillah dalam masa 1jam 30minit, aku berjaya kayu 24km dengan penuh senyuman sepanjang kayuhan. Ini menjadi salah satu kenangan terindah dalam hidup aku.

Tidak ku sangka.
Aku mampu!

Ni gambar candid yang paling aku suka, keluar siong aku sebab happy sangat.
Memang nampak betul aku ikhlas dan puas sepanjang berbasikal.

Ini baru sampai check point pertama di Tanjung Selangor, Pekan.
Aku masih steady.

Masih di check point pertama. Terselit aku di situ. 
Waktu ini, kami menanti sekumpulan yang jauh di belakang untuk sama-sama bergerak seiring. Nama pun, satu pasukan, kan?.

Ini waktu aku agak terkedepan walaupun dah semput sangat ni, tapi perjalanan masih jauh.
Yang penting, aku tetap tersenyum. Nasib baik mampu angkat sebelah tangan. 
Skill lepas dua tangan dah lama terkubur. 

Aku bersama rakan seiringan. Dah janji untuk saling tidak meninggalkan terlalu jauh.
Waktu ini, kami di check point kedua. Berhenti rehat. Minum dulu! 
Dah 19km berkayuh. Tidak ku sangka, masih mampu tersenyum begini. 
Tinggal lagi 5km untuk diperjuangkan!

Masih tersenyum. Sempat ajak YH. Prof. Dato' Mejor (K) Ts. Dr. Rosli bin Ab Bakar,
Pengarah Pusat Sukan & Kebudayaan UMP. Kami gelarkan beliau sebagai 'Abah' je sebab
beliau sangat berpewatakkan ayah-ayah.

Kayuh seiringan. Kami tetap bersemangat waja!
Masih kekal kayuh dengan senyuman. 
Tinggal beberapa kilometer saja lagi sebelum garisan penamat.

Sampai juga akhirnya.
Turun saja, terus tak rasa ada kaki. Kebas semacam.
Jalan-jalan kasi turun suhu. Kemudian buat cooling down supaya
esok tak sakit badan dan tak jalan macam king kong. Hehehe. 

Wajah-wajah ceria kami. 
Aku dan sahabat-sahabat urusetia yang melaksanakan penganjuran ini.
Tahniah aku ucapkan.

Sebenarnya 100 orang telah menyertai Kayuhan Santai ini.
Semua orang happy. Semua orang rasa puas!
Challenge accepted!



Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Semuanya tentang cara berfikir. Bagilah peluang kepada diri sendiri.
Dan kita akan sedar bahawa kita jauh lebih mampu dari apa yang kita fikirkan."



 

Comments

  1. Alhamdulillah dapat selesaikan kayuhan dengan gembira.
    Kata buat-buat santai pun tiada ketinggalan kebelakang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Risau jugak kalau-kalau kejang waktu dalam kayuhan. Alhamdulillah. Selamat sampai penamat.

      Delete
  2. seronok bila dapat beraktiviti ramai2 kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa puas hati, maklum lah, lama sgt rasa tak bersosial gaya hidup sihat ni akibat pandemik.

      Delete
  3. SEONOKNYA BERKAYUH SANTAI RAMAI2 RIHATKAN MINDA

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam...seronoknya aktiviti sihat mcm ni..dah lama tk naik basikal..huhu..

    ReplyDelete
  5. Wah stedy ya SS..skrg ni lihat kwan2 pun trend suka mengayuh basikal sebagai hobi..keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun sekadar ingin menguji diri. Tak sangka dapat kayuh sampai ke penamat. Sekali sekala berbasikal ok laa..

      Delete
  6. Aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Lama tak kayuh badikal.... Ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. kalau dapat kayuh dengan kawan2 beramai2, jarak yang jauh pun terasa dekat.

      Delete
  7. wahhh bestnya, 24km kalau jalan biasa je takde kene naik bukit dan ramai2 memang best je...
    teringat masa akak dulu pernah sewa basikal dari kampus uitm jengka ke bandar pusat, menangis betis hahahha
    sebab kat sana berbukit, masa nak sampai bandar pusat seksa oooiiiii tapi masa balik tu laju je hehehe, pengalaman tu seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... saya faham perasaan naik bukit tu mcm mana.. mmg gigih. kalau tak break tu, takot terngundur sendiri ke belakang, itu paling takot. saya ni24km, ada juga bukit2 sikit sikit tu...

      Delete
  8. baru dpt singgah sini.. lama tak join aktiviti sihat lepas pkp. entah bila boleh ramai2 beriadah mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah. Saya pun malam ni baru dapat blogwalking ...

      Delete
  9. wahhh, bestnya. sy ni lama dah x kayuh basikal

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom kayuh. skrang ni kan trending juga ramai orang suka berkayuh. tapi saya tak minat sangat. agaknya sbb dah puas berkayuh zaman sekolah dulu. tambahan skrang berat badan pun boleh tahan . hehehe... utk jadikan berbasikal ni salah satu pilihan riadah boleh laa.. tak laa jemu sgt.

      Delete
  10. tahniah
    masih larat mengayuh sampai 24 km

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... menguji stamina juga tu wak

      Delete
  11. skarang dah jadi trend ya.. mengayuh ni hehe..
    kalau weekends di Putrajaya haih.. seram tngk cyclers ni semua.. apa2 pun bagus amalan gaya idop sehat..
    suka juga tingat kecik2 blaja naik beskal.. tapi xdak beskal hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah, trend menular. biasanya bermusim. tapi tak pastilah. Saya pun tak ada basikal juga bila dah besar2 mcm ni. hehehe

      Delete
  12. wahh., kayuh basikal santai2 gituuu

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.