Skip to main content

CELARU

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 


Dalam hidup ni selalu diberi pilihan. Nasi atau mee? Buah atau jus? Dzikir atau doa? Solat sunat atau mengaji? Kurung atau jubah? Jam atau gelang? Merah atau pink? Baik atau lagha?. Pasti yang baik perlu diutamakan. Perkara baik ni kadang-kadang kena paksa supaya biasa. Hati pun kena didik biar celik. Hari-hari tanpa perubahan, lama-lama beku fikiran. Hari ni emosional sikit, mungkin sebab stress fikir itu ini. Macam-macam persoalan yang datang dalam kepala. Tak terjawab semuanya. Doakan SS menemui jalan & beroleh ketenangan di saat buntu dalam kesesatan pemikiran.


Google




 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

"It's Okay Not To Be Okay, kan?"


Comments

  1. Tidak tahu buntu pasal apa tapi harap jumpa jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
  2. Aamiin. Moga semua dipermudahkan.

    ReplyDelete
  3. kadang yang terlihat tak sama dengan yang tersirat :)

    ReplyDelete
  4. ehe hari hari kadang2 bertemu celaru ni..
    decide nak masak apa for lunch pun rasa celaru hehe..

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan semua urusan SS

    ReplyDelete
  6. hopefully SS temui jalan yg nak ditemui tu.. amin

    ReplyDelete
  7. Kena berusaha untuk belajar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, supaya celaru dapat di atasi. In shaa Allah.

    ReplyDelete
  8. Sedang keceleruan juga ni macam macam fikir. apepun doakan yang baik baik. It's Okay Not To Be Okay sometimes :)

    ReplyDelete
  9. setiap hari, celik je mata kena mula buat pilihan. setiap tindakan kita adalah pilihan kita. jangan salah pilih.

    ReplyDelete
  10. No problem.. It's okay not to be okay! Kalau ada masalah, boleh cari orang yang dipercayai untuk meluahkan masalah dan minta nasihat... Semoga awak dapat atasi masalah ini

    ReplyDelete
  11. hidup ini banyak pilihan, semoga kita dapat memilih yang terbaik

    ReplyDelete
  12. Saya doakan SS menemui jalan & beroleh ketenangan di saat buntu dalam kesesatan pemikiran :)

    ReplyDelete
  13. perempuan ni complicated.. benda simple boleh dibuat stress. semoga dipermudahkan urusan seharian

    ReplyDelete
  14. pilihan ada dua:

    nak stress atau cool.

    kalau saya pilih yang cool

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.