Skip to main content

Help Me, Please.

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t......

I'm back! Setelah sekian lama mengintai waktu untuk menaip entri. Rasanya lepas ni kena set kt handphone laa. Boleh taip di mana saja berada. Sebenarnya banyak cerita untuk dikongsikan bersama tetapi kekangan waktu untuk meluangkan masa dengan laptop. 

Satu saja permintaan ku dalam entri kali ini, boleh tak share macam mana kaedah rakan-rakan blogger sekalian menguruskan waktu untuk meluangkan masa bersama blog kesayangan masing-masing?

Google


Malam ni aku nak terjah blog rakan-rakan yang dah lama aku tak ziarah... 

Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

"Ziarah-menziarah mengeratkan silaturrahim."


Comments

  1. tulis n3 kalau ada kelapangan waktu..ilhamnya sedikit tulislah sikit heh..heh,,

    ReplyDelete
  2. Tulis blog dalam telefon bimbit, senang akses dan jalan-jalan ke blog orang lain. Tulis selalunya di hujung minggu. Idea dapat simpan dalam kepala sampai karang-karang ayat dalam hati atau tulis secara kasar di jurnal. Itu cara saya. Hehe.

    ReplyDelete
  3. as for me, klu time tu ada mood nak menulis.. il do few more entry in once and put in schedule ... tapi disebabkan my life is not that interesting. ... so i buat movie review ja...

    ReplyDelete
  4. Uncle kalau terpaksa baru update dari fon... maklomlah orang tua. Mata rabun. jari montok... hehehe. Laptop pilihan utama.

    ReplyDelete
  5. Ada masa buat autopublish, hehe.. selalu weekend. Oh, berkenaan header yang SS tanya tu, saya buat sendiri je, guna canva. Gambar pula saya edit dulu guna Photo Lab 😁

    ReplyDelete
  6. terima kasih ziarah blog saya ^_^ dan sebagai blogger yg baru dtg sejak bulan julai, saya sangatlah tak layak nak bagi tips lol

    ReplyDelete
  7. Cuya pon takde cara tertentu..hari2 ade kelas..kalau rajin dan ada masa .....terus up entri..
    tak tetap gak update entri..uhuks

    ReplyDelete
  8. Kak Amie tidak ada waktu khusus untuk menulis entri dan tidak rancang bahan yang hendak dipublish. Ada kesempatan, terus tulis. Kalau tangguh tulis, memang tak jadilah entri. Menulis blog sekadar memenuhi hobi, dan hilangkan tekanan.

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam SS..

    Akk takde tips, bila ada masa lapang baru update blog..selalunya weekend, prepare draft, weekdays just touch-up sikit2..kalau busy, just tulis entry santai-santai..

    semoga dipermudahkan utk SS..

    ReplyDelete
  10. akak berblog kat hp sbb kebanakan gambar dok dlm hp...bila2 masa free hahh godek la hp

    ReplyDelete
  11. Alaikumsalam,

    Cekalkan hati untuk menaip..hehehehehe

    ReplyDelete
  12. Cheq cuma hapdet blog bila ada kelapangan dan mood saja hihi..sungguh tidak membantu komen ni..😂

    Makasih SS ziarah dan follow blog cheq, cheq follow kembali #553 🌼

    ReplyDelete
  13. Saya mmg blogging via phone ja.. Lebih mudah dan senang.. Gmbar pun semua dekat phone kan.. Lebih mudah n pantas.. Dan rasa janggal bila nak blogging guna laptop skrg ni

    ReplyDelete
  14. saya tak ada waktu specific.. sbb ikut mood. kalau rajin adala entry kalau x mmg berhabuk.
    tapi saya cuba paksa diri at least adala entry sminggu satu.. saya suka blogwalking waktu malam.. mcm skrng ni.. hehe..

    ReplyDelete
  15. Selamat kembali. Sadly, saya tak ada kaedah yang betul. Masih ikut mana yang sempat dan kalau ada idea je. Tak ada idea sepi je lah blog. huhu

    ReplyDelete
  16. Selamat kembali! Hehe... Cik TK pun baru muncul kembali beberapa bulan yang lepas setelah beberapa tahun menyepi. Macam sekarang, untuk betblogging ni Cik TK biasa up sekali beberapa entri (scheduled) sebab jarang pegang laptop. Kalau entri jenis pendek ringkas, boleh je update dari fon. Kalau blogwalking pula, mang Cik TK pakai fon.

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.