Skip to main content

Satu Perjalanan Yang Panjang


Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Apa khabar semua rakan-rakan blogger SS? Macam mana situasi Covid-19 dan banjir di tempat anda? SS cuma nak kongsi cerita dan pengalaman  SS baru-baru ni.

SS mula bercuti pada 30 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021. 5 hari je cuti. 
SS ambil cuti sempena adik ipar SS yang ke-4 nak kahwin pada 1 Januari 2021.

Al-kisahnya bermula pada 30 Disember 2020 pada hari Rabu lepas. Majlis sepatutnya berlangsung di rumah mertua telah ditukar ke rumah adik ipar SS disebabkan banjir di rumah mertua. Jadi kami semua mula bergotong-royong mengemas rumah adik ipar. 

31 DISEMBER 2020 - MALAM BERINAI
Dimusim Covid-19 ni kami tak menggalakkan ramai sedara-mara untuk datang membantu. Jadi yang banyak menguruskan semua adalah ayah mertua, bakal pengantin, Adik ipar ke-2 bersama suami & anak-anak sahaja. Suami SS pula tak dapat cuti hari ni. Pulangnya jam 2,3 pagi juga. Ibu mertua SS hilang kudrat sikit disebabkan baru-baru ni, kepala lulut kaki kanannya teralih ke belakang. Kami dah panggil tukang urut datang ke rumah dan kepala lutut mak telah dibetulkan. Cuma mak tetap mengalami masalah nak berjalan kerana masih sakit dan faktor berat badan. Tapi kami tak ada masalah untuk tu, boleh juga mak rehat dan tolong benda yang ringkas-ringkas sahaja. Malam 31hb tu, bakal pengantin perempuan ni nak berinai, kami semua layankan aje sambil-sambil buat kerja-kerja masukkan goodies,  buat sireh junjung, set up meja makan pengantin. Malam berinai secara ringkas-ringkas saja sekadar ambil mood. Kami semua tidur di rumah adik ipar untuk mudahkan urusan kenduri di esok hari. Malam tu, waktu semua orang dah tidur, sementara menunggu suami pulang dari kerja, SS akhiri hari SS dengan menyiapkan bunga tangan pengantin. 

Malam berinai bersama keluarga mertua.

Malam berinai dengan tema baju kelawar.

1 JANUARI 2021 - HARI PERNIKAHAN & PERSANDINGAN
SS bangun lebih awal. Pagi ni SS akan menatarias pengantin untuk nikah. Jadi, seawal 7.00 pagi dah kena mula make-up. Ini first time SS make-up untuk nikah pengantin dan siap-siapkan pengantin. Nervous juga. Tapi kena yakin sajalah. Alhamdulillah pengantin berpuas hati. 


Hasil tatarias pengantin.
Kesan cahaya daripada langsir berwarna pink,
tak dapek nak nolong eh sampai muko den pun bertuko jadi warna pink.

Lepas tugas jadi mak andam, SS dan suami hantar pengantin ke Pejabat Agama untuk sesi pernikahan. Ramai pengantin di sekitar pejabat agama untuk giliran bernikah. Hanya 4 orang sahaja dibenarkan masuk. Jadi, ayah mertua, adik ipar, pasangannya dan bakal ibu mertuanya sahaja yang masuk ke pejabat. SS dan suami hanya tunggu dalam kereta disebabkan hujan. Kata adik ipar, dalam pejabat tu dah siap ruang untuk bergambar. Saksi pula, memang pejabat agama dah sediakan. Musim Covid-19 ni tak ramai orang akan dibenarkan masuk. Kita kena faham dan tak boleh berkecil hati.

Sementara menanti pengantin diijabkabulkan, kita posing dulu.

Kemudian, balik rumah dan bersiap-siap untuk menerima kunjungan dari pihak keluarga pengantin lelaki. Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat majlis akan diadakan pada jam 3.00 hingga 6.00 petang. Waktu ini pun ditetapkan oleh wakil pihak Kementerian Kesihatan Malaysia disamping S.O.P yang lain seperti perlu ada pemeriksaan suhu, QR Code My Sejahtera dan hand sanitizer. Waktu makan juga kami perlu pastikan tidak terlalu sesak dengan jarak 1 meter seorang. Makan secara buffet pula, perlu ada seorang atau dua orang yang tolong cedokkan. (part ni sebenarnya SS tak suka sebab nampak macam nak catu makanan, tapi apakan daya, ini semua prosedur.) Memandangkan kami dah tak cukup kaki tangan,  SS pun import adik lelaki SS untuk membantu. Tugas SS selepas jadi mak andam dan pengiring, adalah untuk menyambut pihak lelaki di meja makan pengantin. SS dan adik ipar ke-2 tolong serve untuk mereka. Lepas tugas itu, SS sambung tugas untuk menambah lauk pauk yang hampir habis. Kemudian, petang tu, SS jadi driver pula hantar pasangan pengantin untuk photoshoot. Bukan setakat itu, SS juga jadi photografer. Pakai guna phone je. Jimat. Jadi, part posing semua SS yang aturkan. Bukan susah pun heheeeh. 

Lokasi di Padang Polo, Pekan

Lokasi di Muzium Pekan.

Menjadi fotografer tidak bertauliah ni, kena laa pastikan raja sehari berpuas hati.
Kalau tak puas juga, kita ambil sampai puas. Heheheh....


2 JANUARI 2020 - PERJALANAN KE JOHOR
Malam tu, adik lelaki SS dari Kuantan, tidur rumah SS. Kami nak bincang pasal nikah kahwin adik SS pula. Mak dan abah luar dari Pahang. Adik SS pun, apa-apa hal akan cari SS dulu nak bincang. Jadi, memandangkan cuti kami ni tak lama,  entah macam mana malam tu, kami decide nak balik Johor jumpa mak, nak bincang sikit sebanyak dan kenalkan bakal menantu. Jam 4.30 pagi, dari rumah SS, adik lelaki SS balik ke Kuantan, bersiap dan bawa kawan dia ke Pekan. Jam 8.00 pagi mereka sampai, siap sarapan semua, kami terus gerak ke Johor. Walau pun badan masih penat, tapi biarlah sekali penat saja. SS dan suami naik satu kereta dengan adik dan kawannya. Perjalanan ke Johor makan masa 6 jam, berikutan terdapat sesetengah kawasan yang mula dinaiki air. Suami SS sentiasa update info-info jalan yang banjir supaya memudahkan perjalanan balik nanti. 

Dalam perjalanan menuju ke Kota Tinggi, kami cuak jugak apabila air melimpah ke tengah jalan. Kami berhenti di tepi meninjau keadaan. Nampaknya sebuah kereta Myvi berwarna Ozzy Orrange mendahului merentas air banjir diikuti kereta-kereta lain. Dasyat juga Myvi ni. Kami pun ambil keputusan untuk meredah juga. Kami tempuh 3 kawasan yang dinaiki air. Hujan sepanjang jalan menyebabkan kami mengambil masa selama 6jam untuk sampai ke Johor Bahru. 



HARI YANG SAMA - PERJALANAN PULANG KE PAHANG
Selesai berbincang dengan keluarga, kami terpaksa bertolak balik kerana esok ada majlis sebelah suami SS pula. Dari sinilah bermula sebuah pengembaraan yang memberi seribu erti dan pengalaman berharga untuk kami. Jeng jeng jengg...

Suami maklumkan bahawa terdapat tanah runtuh di Segamat dan kami tak dapat balik melalui jalan yang sama. Selepas hubungi orang-orang tertentu dan semak  peta melalui aplikasi Waze, kami buat keputusan untuk ikut jalan kampung/jalan lama buat pertama kali. Memang bergantung semata-mata terhadap Waze.

Lebih kurang 3 jam perjalanan, kami memasuki Felda Redong. Dijangka laluan ini akan keluar ke Muadzam Shah - Rompin - Pekan, Pahang. Jam waktu itu menunjukkan pukul 9.40 malam. Kiri kanan ladang kelapa sawit, jalan lurus tanpa lampu jalan. Kereta juga tidak ada yang lalu melainkan kereta kami. Tiba-tiba sampai dipertengahan jalan kami ternampak papan tanda 'Dilarang Masuk'. Kami berhenti. 

Inilah papantanda di tengah-tengah jalan yang bikin kami semua kebuntuan.

Kami tidak pasti sama ada jalan ini memang dilarang masuk, atau bermaksud jalan yang rosak? Atau jalan dihadapan dinaiki air? Atau dihadapan berlaku tanah runtuh? Atau sedang membaiki jalan? Bermacam persoalan diminda. Sama ada ingin teruskan atau berpatah balik? Andai kata kami teruskan, apa akan berlaku di hadapan? Kalau berpatah balik, ke mana dan berapa lama? Allahu, semua persoalan ini terpancul dari mulut kami. Ketegangan mula dirasai. Suasana hening, dalam gelap gelita dan tak ada satu kenderaan pun lalu di situ. Rangkaian telefon juga terputus. Aplikasi Waze pun tak dapat membantu. Kami telah berada diluar kawasan liputan. Kami cuma ada 1 jalan sahaja jika berpatah balik iaitu  melalui Lebuhraya Utara-Selatan diikuti Lebuhraya Pantai Timur.
Di saat semua kebuntuan, SS baca doa ini. Sempat SS Google sepanjang perjalanan sebelum kami buntu begini. Tapi SS dah lupa ayat apa yang SS baca.
Yang penting SS faham maksudnya untuk memberi sepenuh jiwa raga meraih keyakinan untuk Allah bantu kami.




Adik SS berhenti di sebuah kedai makan. Dia diam. Keluar dari kereta terus menuju ke kedai. SS tahu, adik SS sedang tertekan dan kebuntuan. Suami SS pun diam. Agaknya bertafakur. Kawan adik SS juga diam sambil melihat sekeliling. SS menyaksikan suasana itu.  Jarum meter minyak dah hampir ke bawah. Adik SS masuk kereta membawa dua bungkus french fries. Adik bersuara "minyak dah tak ada ni." Kami sepakat untuk ke stesyen minyak terdekat dan bertanya staf di situ. Sampai saja di stesyen minyak, SS dan suami terus turun untuk bertanya staff di situ. Yaa, mereka juga mengatakan laluan kami tadi adalah laluan untuk ke Pahang dan mereka pun tak pasti kalau jalan itu ditutup. Permainan apakah ini semua?? Bertenang...bertenang...


Kalau ada doa-doa lain, SS memang dah tak ingat. Memang dah buntu sangat. Cuma sepanjang masa hanya 3 zikir ini sahaja yang mampu SS lafazkan bersilih ganti. 
 💜- Bismillahi Tawakkaltu Alallah Waala Hawla Walaa Quwwata Illa Billahil Aliyyil Adziim
(Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-NYA Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung.)

💜- Allahumma Yaa Bari', Yaa Bari', Yaa Bari'
(Ya Allah Yang Maha Perancang, Yang Maha Perancang, Yang Maha Perancang).

💜- Robbi Yaasir Walaa Tu'Aasir, Robbi Tammim Bil Khair
(Ya Allah, Kau permudahkanlah dan jangan Kau susahkan, Ya Allah Kau akhirkan dengan kebaikan.)

Kami menimbang-tara baik dan buruk sama ada mahu melalui lebuhraya atau dengan selamba melalui jalan No Entry itu. Lebuhraya akan sampai lambat, cuma akan melibatkan kos tol dan minyak berganda. Laluan No Entry, akan cepat sampai tapi adakah selamat untuk dilalui?.

Akhirnya kami ambil keputusan untuk berpatah balik ke Yong Peng dan terus ke laluan lebuhraya. Biar lambat, asalkan selamat. Biar duit melayang, asal selamat pulang. Itu yang kami pegang. 
Maka, perjalanan diteruskan dari Johor - Kuala Lumpur - Negeri Sembilan - Melaka selama 15 jam untuk sampai ke Pahang. Cuaca masih tidak baik. Hujan tidak mahu berhenti. Sampai dirumah jam 8.00pagi. Sempat kami rehat sejam dua. 1 hari yang terasa sangat panjang.

3 Januari 2021 - Majlis Sambut Menantu.
Jam 10.00pagi, kami bersiap-siap untuk hantar adik ipar ke Majlis Menyambut Menantu di Balok, Kuantan. Badan masih penat, tapi syukur ayah mertua sukarela untuk drive. Banyak tempat juga dinaiki air. Tapi kami sampai dengan selamat. Selesai majlis  kami dapat berita bahawa laluan KL - Maran - Gambang ditutup kerana terdapat tanah runtuh dan banjir besar. ALLAHU...kami bersyukur kerana kami selamat sampai destinasi melalui jalan itu. Kami panjatkan doa semoga Allah permudahkan urusan mangsa-mangsa bencana. Aamiinn.

Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Mencipta sebuah kenangan. Semoga ukhwah semakin erat kesan kebersamaan ini.Amiin"


Comments

  1. Dugaan tapi nasib baik tidak terperangkap dalam banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah..syukur sgt2 Allah masih selamatkan.

      Delete
  2. Waalaikumussalam. semoga segala urusan mangsa banjir dipermudahkan oleh-Nya. aamiin

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah selamat sudah majlis adik ipar. Jauh betul perjalanan nak sampai ke destinasi...

    https://naimyart.blogspot.com/2021/01/giveaway-minyak-herba-asmak-by-kak-ecah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. jauh betul perjalanannya... pusing separuh Malaysia.

      Delete
  4. Tahniah buat pengantin.
    banyak cabaran pada musim banjir ini

    ReplyDelete
  5. mencabar betul dugaan nak melangsungkan majlis ya.. apa pun tahniah

    ReplyDelete
  6. mencabar perjalanan musim2 banjir ini...kena bersedia sebarang kemungkinan diluar jangkaan.

    ReplyDelete
  7. Tahniah untuk pengantin.
    Jauh perjalanan tu. Syukur semuanya selamat.

    ReplyDelete
  8. Itulah namanya jodoh di tangan takdir. Apa pun yang halangannya, kun fayakun. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai. Selamat menempuh gerbang hidup sebagai suami isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, amiiin.. Terima kasih kak amie.

      Delete
  9. Alhamdullillah moga kekalhingga ke jannah buat adik ipar SS

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah akhirnya dipermudahkan jugak hingga selesai walaupun penuh cabaran dan pancaroba.. mst akn kekal dlm ingatan pengantin peristiwa ni

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah urusan dipermudahkan allah walaupun byk halangan. selamat pergi dan balik SS sekeluarga

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.