KLIK KLIK

9.2.21

TTC's Story #7: Not Very Long Distance Relationship

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 




2010 - Aku bertukar tempat kerja jauh dari rumah. Buat pertama kali aku hidup menyewa dengan orang yang aku tak kenal. Mereka satu kampus, cuma lain jabatan. Aku tak pernah masak kat rumah sewa tu. Ye lah, barang orang kan. Dah laa ketua rumah tu garang, tak pernah menegur pun. Bila aku kat ruang tamu nak borak-borak dengan dia, cepat-cepat dia lari masuk bilik. Aku pun tak tahu kenapa. Teman serumah bagitau memang macam tu perangai dia. Terima sajalah. Jadi, aku hanya perlu korbankan cara aku. Tak perlu minta dia ikut cara aku. Cukup sekadar menghormati cara mereka.

2011- Waktu tu, aku masih tak ada kenderaan. Selalu tumpang kawan balik kerja. Kesian juga. Dah laa aku setiap hari balik lewat malam. Kemudian aku menumpang rumah kawan dalam kampus. Selalu sangat tumpang, akhirnya kawan ajak tinggal sekali, maka pindahlah aku ke rumah felo dalam kampus. Waktu ni seronok sebab teman serumah sporting. Buat aktiviti sama-sama. Masak sama-sama, makan sama-sama, kemas sama-sama. Sekali sekala makan kat luar, karaoke, tengok wayang atau pun pusing-pusing bandar Kuantan. November tahun ni aku dah bergelar tunangan orang. Waktu ini komitmen terhadap kerja sangat tinggi. Tambahan pula aku perlu kerja lebih masa untuk tabung perkahwinanku. Jadi aku banyak korbankan masa aku untuk bersama kawan-kawan. 

2012 - Aku dapat surat tawaran tukar kampus. Dapatlah rumah sewa tak jauh dari tempat kerja. Alhamdulillah. Tinggal dengan kawan sepejabat. Kat rumah memang tak ada dapur. Jadi kami selalu makan kat luar saja. Pernah juga aku bincang nak beli dapur dan kelengkapan. Tapi semua macam tak setuju sebab melibatkan banyak kos. Ok aku fleksibel. Mana-mana pun boleh. Hujung minggu, rakan serumah akan pulang ke rumah keluarga mereka. Aku pula memang akan stay home je. Keluarga aku semua dah pindah ke Johor. Barang-barang penting dari Kuantan aku bawa ke rumah sewa di Pekan. Bila tak ada kenderaan, pergerakkan aku agak terbatas. Jadi tunang aku sekali sekala ambil aku bawa ke rumah ibunya. Sempatlah aku belajar sesuaikan diri sedikit sebanyak. Rumah mak mertua aku di Pekan sahaja. Hebatkan percaturan Allah. Aku dipindahkan sebelum berkahwin di daerah yang sama dengan keluarga mertua. Aku perlu berkorban untuk berjumpa keluarga aku atas faktor kekangan dari segi masa (aku jarang boleh cuti lama dan setiap hari memang akan kerja sampai lewat pagi), kenderaan, dan simpanan untuk persiapan kahwin.

2013 - Setahun lepas kahwin, suami masih bekerja di Kuantan dan aku di Pekan. Jarak perjalanan dari Kuantan ke Pekan dalam sejam. Kami tinggal sementara di rumah mertua memandangkan suami satu-satunya anak lelaki mertua ku. Aku tak ada masalah untuk itu. Kewajipan seorang suami adalah utamakan ibunya. Mak dan abah aku juga sentiasa pesan pasal perkara ni. Setiap hari suami akan hantar aku pergi kerja. Hampir setahun juga suami terpaksa berulang-alik, jadi kos minyak dan masa juga meningkat. Sehinggalah kami mengambil keputusan untuk PJJ (Perhubungan Jarak Jauh). Hujung minggu sahaja balik rumah mak mertua. Itu pun kalau masing-masing tak kerja. Hampir dua tahun juga kami PJJ. Ini salah satu pengorbanan kami. Seakan kembali kepada kehidupan bujang, bezanya kami perlu sedar status masing-masing dan jaga batas. Ujian ada di mana-mana sahaja.

Masa begitu pantas. Bujang - Kahwin. 
Hidup bujang dan berkahwin memang jauh berbeza. Terlalu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan terhadap diri sendiri, keluarga dan pasangan. Tapi itu semua mematangkan kita melalui hari-hari kita. Setiap hari berfikir apa lagi yang perlu aku perbaiki diri aku untuk kebaikan dalam kehidupan aku, suami dan keluarga?. Waktu bujang dulu, hanya fikir diri sendiri, mak abah dan adik-adik. Waktu mula-mula kahwin, aku cuba cari keserasian aku dalam kehidupan berumahtangga. Aku perlu sesuaikan diri. Waktu tu, aku tak pasti apa perbezaan rasa menjadi orang bujang dan berkahwin. Tapi bila dah kahwin, semuanya akan jadi berganda sebab kita dah mula hidup berkongsi. Perkara mula-mula yang buat aku sedar betapa aku perlu sentiasa bersedia dan menerima keadaan aku yang telah berkahwin adalah apabila aku perlu membasuh baju dua kali ganda. Nampak macam tak ada apa-apa kan? Tapi itulah perkara pertama yang buat aku berfikir bahawa alam perkahwinan ini adalah satu kehidupan untuk upgrade diri kita sendiri. Kenapa pasal basuh baju tu?. Ye laa, waktu bujang aku hanya basuh baju seminggu sekali. Itu pun sebakul sahaja. Tapi bila kahwin, walaupun basuh seminggu sekali tapi kuantiti bertambah menjadi dua bakul. Jadi, aku mula sedar dari situ apa saja aktiviti waktu bujang aku, aku perlu gandakan aktiviti itu dalam kehidupan berumahtangga. Basuh baju, masak nasi, lauk-pauk, semuanya kena upgrade. Dan semua ini tidak akan terjadi tanpa sebuah perngorbanan. 

Dah ada anak nanti, lagi nak kena upgrade. 
Upgrade dari punya seorang anak kepada dua orang anak, ketiga dan seterusnya. Aku sangat kagum dan hormat kepada ibu-ibu yang anak ramai tapi masih mampu menguruskan rumahtangga dengan baik. Doakan ada rezeki anak untuk aku. Amiin Yaa Rabb.

  Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Perkahwinan adalah rezeki dari Allah,
 jika tidak didunia pasti dijodohkan di syurga."



42 comments:

  1. Semoga diberi anak. Amin.
    Bagus emak abah sporting dan nasihat untuk kebaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn. Terima kasih atas doa. Alhamdulillah, rezeki saya ada mak abah yang sampai sekrang masih sentiasa nasihatkan saya.

      Delete
  2. ehh smlm TT citer psl xde anak., 8 tahun tuuh., tp kekadang wak terfikir gak hidup rumahtangga bestkann hari2 hanimun., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye... saya masih berusaha dapatkan anak. Jadi kena la prepare diri sendiri sebelum dapat anak, kan... kahwin laa wak. hehehe

      Delete
  3. bersedia dgn apa saja perubahan dlm kehidupan

    ReplyDelete
  4. bila dah kawin ni mmg banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan. semoga semua urusan kita dipermudahkan Allah.. amin..

    ReplyDelete
  5. Bujang dan berkahwin banyak bezanya. Kena fikir banyak perkara, kerja pun berganda dan banyak hal lagi untuk dihadapi. Kagum juga dengan mak mak yang punya anak ramai. Lagilah struggle untuk mengurusakan rumahtangga. Semoga kita juga berpeluang untuk menikmatinya. InshaAllah. semoga Allah berikan kita rezeki anak dan peluang itu. Aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, rezeki tu pasti ada. Yang lambat selalunya yang terbaik. In shaa Allah, amiinn

      Delete
  6. Aaamiin.. fasa hidup yang berbeza yang akan kita alami..
    Kena bersedia dalam pelnagai hal.. moga ada rezekinya nanti ..

    ReplyDelete
  7. Asyik sy baca pengalaman pn SS. Ada lagu Dato SM Salim tentang sebelum n selepas kahwin ni. Sgt mendalam maksud liriknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu menjeling2 tu kan? heheheh saya ingat kan lagu SM Salim Dulu lain.. sekarang lainnnn.... hehehe

      Delete
  8. hopefully tahun ni dikurniakan rezeki, amin amin

    ReplyDelete
  9. betul tu pengorbanan itu lebih mematangkan diri kita...

    ReplyDelete
  10. kak ana doakan semoga SS akan di kurniakan zuriat, aamiin In Shaa Allah. Begitulah bezanya alam bujang dengan rumahtangga yang paling ketara adalah dari segi tanggung jawab ye dak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin Yaa Rabbal Alamiinn. Terima kasih kak ana. =D

      Delete
  11. InsyaAllah ada rezeki... nampak SS ni seorang yg well plan orangnya...

    ReplyDelete
  12. Bila dah ada anak, lagilah banyak benda kena korban. Masa untuk diri sendiri pun dah takde. Nak berak pun tahan, nak mandi pun kelam-kabut. Hehe. But slowly akan ada masa tu, bila anak-anak dah besar.
    Insya-Allah, nanti ada rezeki SS nanti menimang anak. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, amiinn. terima kasih atas doa. Saya pun banyak dengar cerita keadaan kawan2 ada anak. semoga enjoy membesarkan anak.

      Delete
  13. Inshaa Allah Amin..AMin..Amin..shida doakan untuk SS :)

    ReplyDelete
  14. Insya Allahhhh ada rezkinya nanti....

    ReplyDelete
  15. Hidup bujang dan berkahwin memang banyak bezanya dari segi tanggunggjawab. Semoga SS dikurniakan rezeki anak, Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, amiinn.. Dah ada anak nanti lagi bertambah tanggungjawab.

      Delete
  16. Sy x penah tgl menyewa.. dr zaman kampus sampailah keja... teringin jgk nk tgl dgn kwn² sbnrnya tp rezeki dpt keja di tmpt sendiri takkan nk menyewa pulak.. bila dh kahwin, ditakdirkan pjj dgn ada anak, lg lah mencabar.. tp itulah asam garam rumah tangga dan kehidupan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pasti ada hikmahnya tu. Rezeki dpt tmpat dekat2,

      Delete
  17. sy bujang & kawan2 yg sebaya dah ramai yg kawen dan mula tanya bila lagi saya ni nak kawen. doakan saya cepat dpt jodoh ya. moga awak cepat dapat anak aminnnn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, Allah percepatkan jodoh awak... yang lambat biasanya yang terbaik,. in shaa Allah. amiin

      Delete
  18. kita datang jenguk...
    bg kita kawen ke x kawaen,, kejer umah tetap sama byk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih menjenguk hehhehe
      btul keje rumah mmg tak pernah selesai

      Delete
  19. byk perbezaan he hee
    moga dikurniakan zuriat yg sehat dan comel ,penyeri hidup berumahtangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammiinn.. amiinn.. amiinn ya rabbal alamiinn..
      SEmoga Allah makbulkan doa mama sara nur.

      Delete

Klik Sekali