Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum ...
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dimanfaatkan dengan salah satu aktiviti terapi SS iaitu membaca novel. Bila Carlos dah sampai di tangan, hati melonjak penuh keterujaan.
Sebelum membaca karya Ramle Awang Murshid (RAM), minda, hati dan jiwa SS perlu berada dalam keadaan bersedia. Setiap karya beliau menguji minda. Apa pula kejutan dalam Carlos kali ini?.
Carlos,
Sebuah cerita yang menguji fokus dan mencabar minda.
Sebuah karya yang seakan wujud di alam nyata.
Sebuah kenangan yang kembali menggamit perasaan.
Sebuah perjalanan yang menyorong jiwaku bersamanya.
Fokus - Tanpa fokus, kita mungkin tidak dapat memahami perjalanan Carlos. Baca tak boleh skip-skip. Kaedah penyampaiannya mampu manipulasi psikologi dan minda.
Realiti - Carlos hanya bacaan fiksyen. Tapi olahannya membuatkan setiap situasi bagai berlaku disekeliling kita. Bahkan seperti membawa kita ke dalam setiap watak.
Kenangan - Watak Carlos terkait dengan novel-novel sebelumnya seperti Mandatori dan Anding Ayangan.
Sorong - Carlos mengembalikan kepuasan cerita thriller hingga akhirnya.
Terima kasih sudi meluangkan masa di blog ini.
"Minda terasa luas dengan imaginasi walaupun fizikal terkurung dari bahaya Covid-19.
Hidup perlu dinikmati."
Selamat membaca.
ReplyDeleteTidak pernah lagi baca karya Ramle Awang Murshid.
ReplyDeletewaaa mcm best ja cerita ni
ReplyDeleteBoleh try cari novel ni nanti...
ReplyDeleteMenarik. Review kebanyakannya 5/5 bintang. Nak kena cari juga lah.
ReplyDeleteawang mursyid novelis terbaik
ReplyDeleteDah lama x membaca novel menarik jug boleh isi Masa lapang kalau wfh 😁
ReplyDeleteDah lama tak baca novel
ReplyDeleteTak pernh tengokagi
ReplyDeleteNi yang baru yee karya RAM? ..boleh laa cari ni..
ReplyDeletenovel baru yek... nak try cari lah
ReplyDeleteSelamat mengulat buku.
ReplyDeleteulat buku ni ^_^ ... mcm menarik je jadi teringin lak nak cari..
ReplyDeleteMenarik cover dia. Moden. Biasa nampak yang cover cerita klasik lama² je
ReplyDelete