Skip to main content

TTC'S Story #6 : Supplement



Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t.


sumber : Google


2013 - Setahun berumahtangga, masih belum ada tanda-tanda hamil. Kemudian, adik ipar waktu tu, memang ada jual supplement (makanan tambahan untuk kesihatan). Termasuklah pakej supplement untuk kesuburan. Sebelum ni aku pernah dah makan supplement tu untuk masalah pencernaan. Orang lain makan elok-elok je lawas. Tapi bila aku makan, sekali dua je ok, lepas tu memang tak ada kesan dah untuk aku walau dah habis sebotol. Tapi untuk kali ni kami cuba lagi jenama yang terkenal ni. Lagipun nak sokong perniagaan kecil adik ipar ni. Tapi nampaknya masih tiada perubahan. Lagi pun, aku tak boleh nak telan serbuk susu tu. Soya base. Aku memang tak boleh minum soya sejak kecil. Tak tahu nak kata alahan atau tak, setiap kali minum soya, aku mesti akan pening-pening kepala ni walau pun telah dicampur dengan buah, kopi atau coklat. Badan jadi tak selesa. Jadi kalau nak amal balik rasanya tak berapa enjoy dan sedikit stress dengan soya ni. Lagipun jenuh nak menghabiskan. Kalau tak habis, membazir pula beli mahal-mahal.

2021 : Masuk tahun ke-9 untuk aku dan suami ikhtiar zuriat.


#5 : Bekam

Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Semangat dan lemah itu bersilih ganti.
Apa daya kita sebagai manusia selain terus berusaha, doa dan tawakal kepada NYA."






Comments

  1. Waalaikumussalam..jangan paksa diri, tapi itulah kadang2 adik beradik, ahli keluarga, kita serba salah nak tolak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi nasib baik sekali tu je... kalau tak, saya fikir, saya akan hadiahkan je kat siapa2. =D

      Delete
  2. Insya Allah yang penting usaha.
    Oh jangan paksa diri kalau tidak boleh makan.

    ReplyDelete
  3. KALAU BADAN XSERASI DGN SUPLEMENT TU TINGGALKAM SAJA

    ReplyDelete
  4. INsyallah usaha tangga kejayaan hhee.
    Rezeki itu datang dariNYA..
    teruskan berusaha k..

    ReplyDelete
  5. Uncle setuju dengan semua komen di atas. Jangan berhenti berusaha. Nasihat doktor sangat penting dan patut diutamakan.... (pengalaman uncle sendiri)

    ReplyDelete
  6. moga moga ada rezeki tak lama lagi.. amin amin.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, amiinn. Terima kasih atas doa.

      Delete
  7. Jika memudaratkan diri, kita cuba cara lain ye kak. Semoga Allah makbulkan doa kita yang TTC ni mendapat zuriat. Aaminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam cara akan diusahakan. semoga kita tergolong dalam orang-orang yang terus berusaha dan besemangat. amiinn.

      Delete
    2. Semoga kita juga bakal masuk group mak-mak nanti. Aaaminn

      Delete
  8. maaf ye TT.. wak nk share je citer psl kawen tp x dpt anak ni.. dulu penah kes ada 2 pasangan kat kampung kawen lama x dpt anak.. pastu mereka bercerai n kawen dgn pasangan masing2.. dgn izin Allah mereka pon dpt zuriat masing2 pastu.. tupon usaha jugak khann.. wallahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe wak, saya faham. Saya pun ada pengalaman kawan-kawan mcm ni... tapi tak kan lah saya nak buat mcm tu. hehehe... suami saya baik. heheh

      Delete
  9. InsyaAllah ada rezeki awak berdua satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah. amiinn.. terima kasih atas doa.

      Delete
  10. moga allah berikan rezeki anak untuk awak & suami :)

    *sy masuk link blog awak dlm favourite list blog di blog sy ya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabb. terima kasih atas doa anamizu..
      Wahh, sekali lagi terima kasih kerana pilih saya jadi favourite list anamizu... terima kasih.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda