KLIK KLIK

3.3.21

ATM CIMB telan duit and report failed! Apa nak buat?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua....




Seperti biasa, aku bayar duit kereta kat ATM. Masih cara lama, tapi entahlah, kenapa dalam sistem online tak boleh nak bayar atau aku yang tak jumpa cari kaedah nak bayar secara online. Jadi, seperti biasa aku ke Automatic Transfer Machine (ATM). 

Siap langkah terakhir sahkan pemindahan duit, tiba-tiba paparan di skrim ATM mengatakan 'Machine Out Of Service'. Tapi duit tak keluar. Nasib baik resit keluar seperti gambarajah di bawah cuma tak senang rasa hati bila terpampang laporan 'Transaction Timeout'. Runsing kejap sebab tak tahu duit tu bank dah terima atau belum.


Memandangkan aku ke ATM jam 6.00  petang melepasi waktu pejabat agak sulit jadinya. Sekiranya masih waktu pejabat, sebarang masalah boleh berurusan di kaunter bank. Tapi syukur, ATM tu sebelah CIMB. Lepas intai-intai dalam bank, syukur nampak ada staf dalam tu. Walaupun rasa tak sesuai nak kacau mereka bukan waktu bekerja, tapi sebab terdesak juga dan mencuba nasib manalah tahu kalau-kalau ada budi bicara staf bank kan?. Aku pun angkat-angkat tangan, lambai-lambai sambil berdoa moga-moga staf tu perasan aku kat luar yang sedang memanggil-manggil. Alhamdulillah, syukur mereka ternampak seorang perempuan terkinja-kinja memanggil di luar pintu bank.  Pintu dah kunci. Dari celah-celah pintu kami berkomunikasi. Kemudian, staff tu minta resit untuk dia semak. Syukur, ada budi bicara dia.


Mengikut kata staf bank yang muka ala-ala pelakon k-drama tu, dia tak dapat pastikan sama ada ATM telah sedia terima duit aku tu sebab aku dah terlebih bayar duit kereta. Pulaaakkkk daaaahhhh.... Dia minta untuk aku hubungi nombor yang tertera di belakang resit dan pilih saluran 3. Untuk pengetahuan semua, nombor ini beroperasi 24 jam. Alhamdulillah.

"Welcome to CIMB Call Center"
"To continue in English press one".
"Bahasa Melayu tekan dua".

"Blaa blaa blaaa..."
"Blaa blaa blaaa..."
"...untuk melaporkan kehilangan kad, penyalahgunaakan akaun dan keraguan transaksi, sila tekan 3".

Maka, untuk kes ini adalah keraguan transaksi dan silalah tekan 3. Ada operator yang akan sambut panggilan dan kemudian aku pun ceritalah apa yang terjadi. Kemudian jawab soalan-soalan operator dan dia akan buat aduan. Operator akan bagi nombor laporan aduan. Aku diminta untuk tunggu dalam tempoh 3 hari bekerja dan katanya pihak bank akan hubungi aku untuk pengesahan traksaksi tersebut.

Ok, tup tup, 4 hari berkerja dah berlalu namun aku masih tidak mendapat panggilan telefon daripada pihak bank. Makanya, usahlah kita tunggu-tunggu lagi. Ayuhlah, kita yang mulakan tindakan dengan menghubungi pihak bank. Sekali lagi aku hubungi CIMB 03-6204 7788 dan melalui langkah yang sama seperti sebelum ini. Cuma, aku bagitau yang laporan dah dibuat 4 hari bekerja sebelum ni dan memaklumkan nombor laporan aduan untuk operator semak. Tak lama pun, beberapa minit operator buat semakan, alhamdulillah mereka terima transaksi aku sebelum ini. Lega rasa hati, syukur sangat-sangat.

Seminggu selepas itu, aku terima surat ini dipos daripada pihak CIMB untuk pengesahan bertulis. Alhamdulillah hati semakin lega dan terasa lapang.


Terima kasih sudi meluangkan masa di blog ini.
"Sesuatu ilmu yang bermanfaat, wajib dikongsikan untuk kebaikan sejagat."


52 comments:

  1. Sungguh efisyen pegawai khidmat pelanggannya. Sy pernah kena, tak perasan pun transaksi tak diterima tapi duitnya ditelan. Nasib baik sy simpan resit sebab lepas sebulan macam tu baru sedar bila dapat mesej ada tunggakan. Jadi, mereka semak semula tarikh dan masa kejadian, nasib.. nasibbbb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uisshhh nasib baik sgt tu sbab masih simpan resit. biasanya tak lama nk simpan resit2 ni... boleh jadi kena bayar sekali lagi. bikin menangis nanti.

      Delete
  2. bengang kan kalo kita cemas nak ckp dgn manusia tetibe mesin yg jawab., pastu kanna tungu lagi., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah... tunggu tu memang menguji kesabaran yang luar biasa. heheheh

      Delete
  3. Nasib baik. Naya juga duit sudah diambil tapi tulis transaksi tidak berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak terima tu, menangis tak berlagu laa saya..

      Delete
  4. mest berdebar kan sbb perkara berkaitan duit ni..pernah sy mnegalaminya dlu, menggelabah jadinya tp alhmdllh tak lama lepas tu selesai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang, berdebar dan cuak habis laa... bukan sikit2 duitnya tuuu nak kena repay balik... menangis nanti.

      Delete
  5. Nasib baik boleh solve. Alhamdulillah. Pengalaman berguna ni. Tak silap boleh bayar melalui online banking. Apa² pun terima kasih sudi follow blog Fiza ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pandai sangat, tapi lepas ni kena explore lagi lah. kalau online ni mudah, ada resit detail siap2. tq jugak follow saya.

      Delete
  6. fuh, nasib baik settle dah, kalau tau mmg runsing tak hilang la kan...

    ReplyDelete
  7. kita sama macam awak masih menggunakan khidmat ATM utk byr duit kete di AMBANK hahha..
    kita terlupa no acc tu yg smp kesudah gi je ATM sbb kat ATM just letak no kereta aje hhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah... nombor kereta wajib kena ingat. nanti boleh termasuk kereta orang lain. hehehe sis ada pengalaman tu dah. hahaha

      Delete
  8. fuhhhh nasib baik ada budi bicara staff cimb tu ye SS. mujur jugak lepas call semula dapat jawapan sedap hati... sy bayar kereta secara tolak terus dari akaun hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki jugak tu. Mungkin kena buat mcm tu jugak.

      Delete
  9. abe kie byr kereta online je. x kuasa nak menapak ke ATM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kena ikot jejak langkah abe kie pulak laa pah ni.

      Delete
  10. nasib baik dapat juga settle kan masalah tu. kalau saya, dah gelisah dah sepanjang hari memikir hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun memang gelisah, duit bukan senang nak cari tuuuuu

      Delete
  11. Memang rasa risau kalau berlaku keadaan begini. Kak Amie buat potongan akaun jew untuk bayar kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nmpknya saya pun kena buat macm tu utk lebih selamat.

      Delete
  12. Alhamdulillah, selamat duit. Saya pun bayor duit kereta kat cash deposit machine juga. Thank you, SS, share pengalaman.

    ReplyDelete
  13. Kalau saya pun dah gelabah dah. lepas ni mungkin boleh cuba bayar online pulak. call no hotline tu juga. Alhamdulillah urusan dipermudahkan :) lega dah settle satu hal. Risau juga tu kalau takde transaction tapi dah bayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Azhafizah, Nak lebih selamat memang kena buat bayaran online. Ada statement sekali kan.

      Delete
  14. ngeri ni... memang tak leh tido selagi tak settle kan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt tu... 4,5 hari tunggu tu pun rsa tak tenang tidur malam menghitung hari.

      Delete
  15. Kalau kena kat uncle, seriau juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab duit kan uncle. mmg seriu. duit memang boleh cari, tapi tak mudah nak cari jugak.

      Delete
  16. Lega!!! Mujur akhirnya dah terima duit tu...

    ReplyDelete
  17. ALHAMDULILLAH SELESAI MASALAHNYA

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah selesai. Selagi tak selesai, tak senang hati dibuatnya.

    ReplyDelete
  19. Syukur dipermudahkan.
    Memanglah kalau Mrs. A pun selagi tak dapat hitam putih dari pihak bank haru-biru rasa hidup

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah...lega, dah terima..

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah.. dipermudahkn..
    sy kena jg thn lps tp sbb mesin ATM reboot...

    ReplyDelete
  22. syukur lah duit tak kene telan ngan mesin

    ReplyDelete
  23. Saya terkena semalam . Takde resit ape smua . Msokkan duit full then kluar sparuh sbb berlipat ke koyak ke xpasti then belom ssempat sy msokkan balek dh tetutup tmot duit cdm tu then mesin tergendala . Ya allah . Sy kne 7 mlm . Sy xdpt resit . Sys terus call no blkng resit tu . Dia dh report dn mntk tggu 5-7 hari bkerja . Nti dia terus masok akaun saya sendiri dan dptmesej . . Ni bru hari kedua . Xsenang duduk btul risau sgt sbb xde resit kan . Nak g bank ke tak ye untuk kepastian report tu dh dibuat ? Saya rosau lah harini bru hari kedua bank tutup pkol 3 tdi tak sempat nak pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je nak pergi bank tanya.Sekurangnya hati rasa lega sikit bila face to face dengan pegawai bank tu. Tapi kalau laporan dah dibuat, in shaa Allah, dorang dlm proses tu. Saya doakan saudara/saudari ni, berjayalah buat transaksi tu. Semoga Allah permudahkan. Amiin.

      Delete
  24. Alhamdulillah dipermudahkan.. Sha pernah kena juga tapi atm bank islam.. seram rasanya.. sebab guna atm bank islam untuk keluarkan duit dari akaun maybank, malangnya duit tak keluar tapi dari akaun dia dah tolak duit.. Jenuh jugalah call bank untuk settlekan.. dalam 3 ke seminggu macam tu kes settle..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kecut perut rasa kan... Baru tahu standard pihak bank nak selesaikan ni makan masa seminggu jugak. Ye lah, dorg kena siasat betul2.. sekarang kan banyak penipu and scammer. Kita yg tak bersalah pun kena laa ikot prosedur pihak bank.

      Delete
  25. Sy nak tanya..kalau kes ayah sy pulak duit kena telan balik lambat sgt ambik tapi dekat resit tulis transaksi berjaya. Bila cek baki, duit mmg kena tolak. Macam mana ye kalau gitu?? Ada yg tau tak? ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena cepat2 hubungi pihak bank. Resit tu jangan buang supaya boleh jadi bahan bukti.

      Delete

Klik Sekali