KLIK KLIK

4.3.21

Spontaneous Thursday #10

Bismillahirahmanirrahim 
 Assalamualaikum w.b.t...... 

Google



Keadaan di pejabat agak genting sejak pagi. Aku terlibat dengan mesyuarat bersama wakil pelajar secara bersemuka dengan kawalan S.O.P. Tadi pun sedang kami mesyuarat, ada pihak polis dari luar datang. Buat  pemeriksaan mengejut S.O.P agaknya. Nasib baik kami semua memang  patuh S.O.P.

Selesai mesyuarat tengahari tadi waktu rehat kami. Kali ni aku memang betul-betul rehat, sebab rasa tak berapa sihat sikit. Tapi itu bukan point yang aku nak cerita. 

Selepas waktu Zohor, posmen masuk ke pejabat untuk hantar barang. Dia jumpa kawan aku dan bagitau ada pelajar berbogel kat depan. Allahu kami cepat-cepat carikan apa-apa kain untuk selimutkan dia. Aku capai je kain yang sedia ada dalam kotak. Kawan aku pula dah balut dengan sejadah. Pelajar itu kelihatan agak meronta-ronta. Dia menjerit-jerit kalimah Allah 'Laailaahaillallah' dengan begitu kuat dan berterusan. Aku yang menyaksikan kejadian itu turut rasa menggigil seluruh badan. Allahu. Sukar untuk aku gambarkan perasaan itu. Pejabat aku beberapa langkah saja dah boleh sampai ke masjid. Maka sesiapa saja yang ada di situ membantu membawa pelajar itu ke masjid dan menenangkannya. Aku percaya pada rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang membantu semuanya dengan niat yang satu.

Aku tak tahu apa punca sebenar pelajar ini berkelakuan begitu. Berdasarkan 10 tahun pengalaman aku di sini, kebiasaannya terjadi begini akibat terlampau tertekan dengan belajar, kehidupan, kenangan pahit ataupun histeria dan menuntut ilmu yang salah.

Allahu, apa nak jadi dengan dunia hari ini?. Hidup serba mencabar. Jika fikiran tidak tercapai dek akal, apa saja boleh berlaku di luar jangkaan. Semoga Allah lindungi pelajar itu, lindungi kita semua, serta seluruh ahli keluarga kita. Dugaan ini bukan untuk dia sahaja, tapi untuk aku dan untuk sesiapa yang Allah pilih.


 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Walau sekelumit iman, in shaa Allah, mampu menyelamatkan".


27 comments:

  1. Allahu..kesian pelajar tu, semoga pulih spt biasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. pelajar tu dah sedar, boleh mengucap dengan baik dan mak ayah dia pun datang ambil dia.

      Delete
  2. Kalut juga. Takut juga tertekan sampai histeria.
    Harap dapat dipulihkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Dia perlu refer pakar. Sama-samama-samalah kita doakan.

      Delete
  3. masyaAllah sedihnya tekanan jiwa hilang kendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Ada yang semakin bijak semakin terteka

      Delete
  4. Allahu semoga tiada apa2 yang serius :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tak ada apa2 yg serius berlaku kepadanya dan orang lain.

      Delete
  5. semoga pelajar itu dpt dipulihkan. mungkin stress belajar kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dok tahu punca dia abe kie. Biasanya gitulah. Stress belajar, tak bersosial.

      Delete
  6. Allah, tak dapat bayangkan kalau diri sendiri jumpa tu. tergamam sudah semestinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err... jangan bayangkan. Mmg tergamam. Kitorg ni pun sbb dah dilatih berfikir dgn kreatif sampai kotak dan guni pos pun kitorg rasa nak serkup je budak tu. Tapi nasib baik jumpa kain.

      Delete
  7. Allahuakhbar...
    Moga pelajar tu pulih mcm biasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Dah pulih waktu kejadian tu. Semoga tidak berulang. Aamiinn.

      Delete
  8. Alamak, kenapa dgn dia? hmmm kesiannyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu apa sebab dia jadi tak boleh berfikir mcm tu, atau apa ada dk pemikiran dia waktu itu. Memang kesian sbb tu kena tolong dia.

      Delete
    2. depression kalau kesiannya hmmm

      Delete
  9. kesiannya... syukur juga dia x buat sesuatu yg mengancam nyawa dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Itulah paling kitorg takot. Nasib baik dia meronta2 je dan tak pegang apa2 barang yg boleh memudaratkan.

      Delete
  10. Kesiannya. Harap tak ada apa yang memudaratkan dia.

    ReplyDelete
  11. semoga pelajar tu ok.. tiada masalah yg serius

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Dia dah selamat dijemput pulang oleh keluarganya. Tambahan pulak sekarang PKPb/PKP... makin risau dibuatnya.

      Delete
  12. Allahu..semoga dia baik-baik je keadaannya. Aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... 3,4 jam jugak tu nak sedarkan dia.

      Delete
  13. Allah.. semoga keadaan pelajar itu baik-baik sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, ss pun doakan dia segera sembuh dan tidak berulang.

      Delete

Klik Sekali