Skip to main content

TTC's STORY #10 : SUSPECT CYST

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t......
OGOS 2014 :  Usia perkahwinan dah 2 tahun dah masih hidup berdua. Jadi, aku terbuka hati untuk rujuk klinik keluarga. Aku ke klinik Ummu Roihan di bandar Pekan, jumpa doktor dan terangkan masalah aku yang aku alami iaitu haid tidak teratur. Istihadah teruk. Setiap bulan tempoh haid lebih daripada 15 hari. Doktor di klinik Ummu Roihan tu sangat baik dan lemah lembut. Agak-agak umurnya awal 50an ketika itu.
 
Doktor siap ambil kalkulator haid & ovolusi. (kad bulat boleh putar-putar macam roda impian). Tapi aku dah lupa dah bila tarikh untuk aku. Macam susah juga doktor nak kirakan hari tu. Itupun katanya anggaran sahaja. Lama juga konsultan dengan doktor tu. Memang puas hati. Kemudian, doktor bagitau juga untuk semak kesuburan melalui cecair vagina. Kata doktor, cecair tersebut bersifat seperti putih telur dan sukar untuk dibersihkan. Jadi, bila dah jumpa waktu itu, maka, eloklah 'bersama'. Ini adalah ilmu baru untuk aku.
 
Kemudian, doktor buat imbasan rahim. Waktu ni lah, doktor suspek aku ada cyst (sejenis ketumbuhan). Tapi katanya kecil sahaja. Doktor hanya suspek dan minta aku buat rawatan susulan. Hanya hospital yang boleh buat pengesahan sama ada cyst atau bukan. Hati yang tadi berbunga-bunga lepas dapat ilmu baru, terus bertukar jadi galau, risau, gundah-gulana. Doktor kata, ada ubat-ubatan atau kaedah yang boleh rawat cyst.

Balik rumah, terus aku Google dan cari info-info pasal cyst ni. Aku rasa suami aku lebih risau berbanding diri aku sendiri. Ye lah, aku boleh relax lagi sebab doktor sendiri pun tak pasti. Tapi risau tu tetap ada. Banyak info-info dari blog-blog yang aku baca, makin bertambah ilmu aku pasal cyst ni. Suami sarankan aku buat pemeriksaan kesihatan di hospital swasta. Kata suami, tak mengapa bayar mahal sikit asalkan cepat dapat keputusan, dan cepat merawat.

Bersambung...
(Asalnya nak cerita habis je, tapi kesian pula korg lama-lama kat blog aku ni. Hehehe.)

 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Apabila punca dikenalpasti, segelah bertindak hingga ke akar umbi."


Comments

  1. SS mudah-mudahan baik2 saja ye :)
    saya doakan yg terbaik..utk kalian!

    ReplyDelete
  2. Aha harap ada pengakhiran yang baik.

    ReplyDelete
  3. Insyallah miga yang baik2 aje k

    ReplyDelete
  4. moga selamat semua n tiada masalah

    ReplyDelete
  5. one of the things kan, mostly susah preggy.. ini la penyebabnyaa

    ReplyDelete
  6. moga di permudahkan semuanya dik...

    teringat aritu lepas akak masuk ward tahun 2017 lepas buat ct scan doc cakap akak ada cyst di rahim tapi kecil. Cuma doktor tanya pasal kitaran haid akak teratur atau tak, akak memang akan catatkan waktu period akak setiap bulan. dan bila dok tengok setiap bulan akak period dan teratur dia kata cyst tu mungkin boleh hilang bila akak masih lagi period.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. lega bila dengar cakap dr tu kan...
      Terima kasih sharing this, kak.

      Delete
  7. Semoga dipermudahkan segala kesulitan sis 🤗

    ReplyDelete
  8. mugo dipermudahkan.. aminn

    tringt dulu bini wak penah kene operate cyst..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn...

      memang kena operate kalau ade cyst.

      Delete
  9. semoga dipermudahkan sis.. insyaAllah ada rezeki nanti :)

    ReplyDelete
  10. bersambung pulak. Semoga pengakhiran yang baik untuk Semut Senyum.

    ReplyDelete
  11. Cyst ni semua perempuan akan ada antara membesar dan tidak. SS kena baca makanan apa yg menggalakkan tumbesaran cyst sbb dr situ boleh elakkan makan makanan yg tak sepatutnya. Semoga dipermudahkan urusan utk dpt zuriat

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin Yaa Rab. Terima kasih atas doa dan sharing dari sis.

      Betul tu. dr pun ada pesan macam tu.

      Delete
  12. Better buat detail scan utk detect cyst tu SS.. at least kalau confirm senang doc nk buat keputusan.. cthnya kalau besar kena buang, kalau kecil kena elakkan mknn yg boleh trigger cyst.. semua pempuan mmg ada cyst bezanya kecil atau besar je.. doa selalu k.. pas jumpa doc nnt update lg kt sini utk info kpd psgn yg ttc yg lain... kakmim doakan semoga ada rezeki baby tu nnt.. insyallah... doa byk² bln ramadhan ni

    ReplyDelete
  13. Semoga dipermudah semua urusan dan dikurniakan kesihatan yang sempurna.

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.