Skip to main content

TTC's Story #9 : Perlu Sokongan



Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t......
 

 
SS mengambil masa yang lama juga rupanya untuk update cerita pasal usaha-usaha dan perkongsian mengenai perjalanan SS ikhtiar hamil. SS bukan jenis yang suka nak bercerita pasal perihal peribadi. SS rasa tak menarik pun. Tapi sejak sejak PKP tahun lepas akibat terperap dalam rumah, SS banyak habiskan masa untuk kembali aktifkan blog. Simptom biasa bila menaip entri, tiba-tiba tak ada idea. Kemudian itu lah muncul idea untuk tulis pasal TTC ni. 
 
 
Dah terbuka hati untuk kongsi usaha SS dalam perjalanan ikhtiar hamil.Tujuannya adalah supaya,
cepat-cepat kembali bersemangat, 
bila rasa penat.
 
cepat-cepat pujuk hati, 
bila rasa down mula terbit dalam diri. 
 
cepat-cepat stand up, 
bila rasa give up.
 
Betullah, kali pertama taip entri pun rasa takut-takut, rasa tak bersedia, rasa down. Tapi bila beranikan diri. Anggap sebagai diari untuk pulihkan semangat dan menggamit memori.  Lepas dah post entri, dan mendapat respon yang baik-baik dan doa-doa di ruangan komen, SS syukur rasa betul-betul rasa lebih bersemangat untuk terus berkongsi tentang ini.
 
Sama seperti hidup ini, kita perlukan sokongan dari orang-orang sekeliling untuk melonjakkan semangat dan potensi diri. Dan ini salah satu cara untuk terapi dan motivasi. Mana laa tahu, tepat waktunya ada antara doa-doa rakan-rakan blogger dimakbulkan Allah. In Shaa Allah. Amiin.

My TTC's Story : Klik link ini.

Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
 
 
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain"
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Comments

  1. Siapa pun kita, kita tetap perlukan orang lain menjadi penyokong kan. Bagi PC itu sangat penting. Sokongan atau kata-kata semangat.

    ReplyDelete
  2. Insya Allah. Hehe saya pula berharap untuk bertemu jodoh yang baik.
    Harap hajat SS dikabulkan. Insya Allah.

    ReplyDelete
  3. Sokongan dan semangat daripada orang yang kita sayang amatlah penting. Moga SS terus bersemangat. Kakak saya pun susah mengandung, almost 11 tahun berkahwin, in shaa Allah bulan 5 ni keluar anak pertama :)

    ReplyDelete
  4. SS - Aamiin.. moga tercapai. Teringat kwn Kak Sam yg 5 thn dulu mintak tip dgn kami2 ni, ternampak kt mall aritu ank dia alhamdulillah dah besar dah.

    ReplyDelete
  5. Bila berkongsi, rasa lebih tenang. Mungkin juga perkongsian tu boleh jadi panduan untuk mereka yang senasib. Semoga SS terus tabah menjalani kehidupan. Kami semua doa yang baik-baik untuk SS walaupun tak kenal each other

    ReplyDelete
  6. kekata shbt sekitar kdg mampu menyegarkan jiwa yg lemah

    ReplyDelete
  7. Semua dipermudahkan dan diiringi doa yang baik baik... Aminnnn 🤲🤲

    ReplyDelete
  8. be strong!
    jgn mudah patah semangat....
    be happy juga..
    semoga dipermudahkan segala urusan k :)

    senyum sokmo!!

    ReplyDelete
  9. Betul, sokongan tu sangat penting supaya kita tak terus down. Semoga yang baik baik kita dapat di hari yang mendatang. InshaAllah.
    Aaminn...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..kita doakan yang baik-baik je, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  11. Sometimes ada yg perlu diluah utk dpt ketenangan, moga segalanyaaaa menjadi makin baik buat SS... amin amin

    ReplyDelete
  12. saya pun tengah ikhtiar hamil, jangan patah semangat, Allah akan bagi pada waktu yang tepat. stay strong ss

    ReplyDelete
  13. Teruskan menulis ye.. semoga perkongsian ini akan memberi semangat dan juga panduan pada mereka yang memerlukan.. Chayook!! Chayook..

    ReplyDelete
  14. teruskan usaha & berdoa..Allah Maha Melihat usaha hamba2Nya..

    ReplyDelete
  15. Done follow #582 . Teruskan usaha..Insha Allah, Allah pasti perkenankan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda