Skip to main content

Pengalaman Pertama Menggunakan Aplikasi F&N Life & Unboxing Package!

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 


Tengok kawan-kawan blogger semua pakat-pakat order online air kegemaran ni, apa lagi, untuk pertama kali SS pun turut sama terpengaruh untuk membuat pembelian secara online menggunakan aplikasi F&N Life.

Yaa Allah, Yaa Rabbi, Yaa Kariimmm...
Senang sangat rupanya. Dah laa tu, cepat, pantas dan efisyen!. Patutlah ramai yang guna aplikasi ni, bila barang dah sampai, semua ceria je... Meh, SS ceritakan macam mana nak guna applikasi tu.




Mula-mula, muat turun aplikasi F&N Life menggunakan Google Play atau Apple Apps.
Kemudian, bila dah muat turun tu, klik Open seperti gambar di bawah.



Taraaaa.... paparan seperti gambar-gambar di bawah akan muncul. Kemudian, klik Account dan masukkan butiran diri serta alamat.



Lepas dah masukkan butiran diri dan alamat, pergi balik kat muka depan dan klik kat Cik Kak tudung hijau tu heheheh, klik kat bermacam-macam jenis air tu pun boleh. Pendek kata, klik kat banner tu. Haaa, dari situ bermulalah eksplorasi rambang mata Gandakan Ganjaran Bersama F&N Life. Sungguh menguji keimanan di bulan puasa yang mulia ini.


Mana tak rambang mata. Harganya, sudahlah jauh lebih murah. Pula tu, macam-macam ada. Air bikarbonat, susu, teh tarik, soya, cincau, 100 Plus, ketupat, lemang semua ada. Aisssh... Dah semakin tidak keruan. Kali ni nak beli untuk puasa ke, untuk raya? Beli dua-dua pun boleh, kaaannn... 


6 pakej F&N Life Ramadhan Bundle ni antara cadangan terbaik untuk minuman berbuka puasa. Minum time raya pun ngam ni. Perhatikan betul-betul, renung dalam-dalam.... Harga tu jauh lebih murah tau. Lepas tu, ada pakej yang ada air bandung (tak pernah jumpa kat kedai pun ni), ada dapat sampul duit raya. Paling teruja, yang dapat tu bukan sebotol-sebotol ek.... botol besar tu, semua dapat 3 botol untuk 1 set. Soya cincau tu pula, 12 pek. Wow sangat kan?! Mana tak rambang mata dibuatnya. Sekali lagi cobaaaaannnnn......

Haa ini pula, 3 pakej untuk set F&N Life Raya Bundle, cadangan terbaik untuk juadah hari raya. Tak boleh rentas negeri kan, jadi jangan susah hati, kita chill-chill dengan Masak-masak Raya Bundle, pencuci mulut Rose Agar-agar Bundle. Hidrat Ramadhan Bundle terselit tu, tak kurang hebatnya untuk hidangan sejuk atau panas. Best kan?

2 Gift for your Family tu, sah-sah untuk berkongsi rezeki dan kebahagiaan bersama seisi keluarga di kampung atau keluarga mertua yang berdekatan. Ataupun hadiahkan kepada sahabat-sahabat yang senasib tak boleh balik kampung. Pasti, kehadiran abg courier ke rumah nanti akan membawa rasa teruja mereka disamping mengeratkan lagi ukhwah dalam persahabatan. Walau pun tak dapat rentas negeri, Hari Kemenangan tetap perlu dirai.

Fikir punya fikir punya fikir punya fikir, siap gaduh-gaduh manja dengan suami sebab dua-dua dah rambang mata, akhirnya kami jumpa kata sepakat untuk order F&N Raya Ria Bundle. Sesuai untuk berbuka dan untuk raya nanti. Cara-cara nak order adalah seperti gambar-gambar di bawah. Klik seperti anak panah berwarna ungu.







Perhatikan betul-betul gambar-gambar di atas, dah ada potongan harga. Tapi bila buat pesanan, masih ada potongan lagi. Dasyat tak dasyat F&N Life ni. Memang terbaik.



Menjadi rutin SS bila dah order tu, mesti akan buat semakan. Jadi, pergi semula ke muka akak tudung hijau tu, kemudian klik seperti gambar di bawah.



Apa yang buat SS lebih teruja adalah SS membuat pesanan pada 21 April 2021, walaupun dalam sistem SS memilih Normal Delivery - Delivery 3-8 days, namun, keesokkan harinya SS dah dapat pesanan ringkas dari GD Express sedang membuat penghantaran ke lokasi SS disertakan nombor tracking. SS pun berlalalalalaaa lah, ingatkan esok/lusa baru sampai. Baru saja SS nak semak tracking number tu, tup tup orang kat rumah dah call ;
"kau beli apa yang beraaaaatt sangat niiii???". 
Terbuntang biji mata SS. Sah! Ni mesti bundle F&N Life ni. Terkejut sambil tersenyum SS dibuatnya. Berbunga-bunga rasa hati tak sabar nak balik buka kotak tu. Terima kasih F&N Life dan abg GD Express atas perkhidmatan yang sangat cepat, cekap, dan efisyen!. 


Kemudian apa lagi? Kita unboxing laa. (trend sekarang kan?). SS ada buat Reels kat instagram. First time buat reels tu. Seronok juga rupanya. Boleh singgah di Instagram SS : Fizass

Tak sabar sangat nak buka kotak keriangan ni. Guna je apa yang boleh. 


Wah, nampak plastik biru ni SS dah tahu dah F&N memang menjaga kualiti barang.

Kotak keriangan saya!

Bila dah banyak ni, tak tahu pula nak minum yang mana satu.

Kita mulakan dengan air oren kerana, air oren ni menggamit kenangan sejak kecil. 


Paling menarik adalah harga yang murah termasuk kos penghantaran, jimat kos, jimat masa, jimat tenaga. Pembelian melalui F&N Life adalah tindakan bijak di musim pandemik Covid-19.

Inginkan lebih keriangan sila layari :




 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Perkara yang baik harus dikongsi bersama agar orang lain turut sama merasai manfaatnya."


Comments

  1. tq tq... seriusly kita pun br tau ni..
    tq sharing...

    ReplyDelete
  2. tapi air pepsi dgn coca cola xde erk?

    servis yg baik tuuh., ;p

    ReplyDelete
  3. Nice sharing SS. Baru tahu kewujudan apps ni.
    Nanti raya boleh la beli air ni sebab family biasa hidang air f&n ni :D

    ReplyDelete
  4. Hehe teringat Uwan saya beli air gas jenama F&N. Siap ada peraduan, ambil pelekat botol.

    ReplyDelete
  5. Wah! Ada bideo unbox! Aaauummm...!

    ReplyDelete
  6. menariknyaaaa nak order jugak la...

    ReplyDelete
  7. bagusnya.. tengok pun ada raya vibes disitu hehe
    raya mood is on haha

    ReplyDelete
  8. Ai beli set agar2 guna apps ni. Nanti nak buat agar2 sirap.

    ReplyDelete
  9. Lama betul xminum sarsi. Terliur lak nengoknya

    ReplyDelete
  10. Banyak jenis air ada.. F&N ni memang jad pilihan wakti raya.. Mudah sekrg beli online. Bukan satu tapi bundle

    ReplyDelete
  11. Jenama F&N ni memang dah dipercayai sejak turun-temurun kan... Kalau ingat air je terus terbayang F&N... Sekarang ni lebih mudah, hanya di hujung jari je ye... Bolehlah cuba nanti...

    ReplyDelete
  12. Syokk beli banyak2...Raya nt nk oder lah bundle mcm ni DEKAt apps ni

    ReplyDelete
  13. Biasa beli kat kedai berat nak angkat masuk kereta, sampai rumah mengangkut lagi sekali. Beli online lah tahun ni..sedar2 dah sampai depan pintu.

    ReplyDelete
  14. Wah ada aplikasi F&N la...juju baru tau ni. Okey nak download kt playstore senang bebila boleh order. Tqqqq fiza.

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.