Skip to main content

Perlukah Memperbaharui Niat Puasa Setiap Malam?



Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...



Sejak dari kecil lagi, memang mak abah dah ajar niat puasa sebelum tidur malam harinya. Waktu tu tak belajar pun lagi niat puasa sebulan. Sampailah masuk sekolah menengah, bekerja, masih tak tahu pasal kewujudan niat puasa sebulan. Kat sekolah pun, ustaz dan ustazah hanya mendidik dengan niat puasa di malam hari. 

Apa bila dunia semakin canggih dan semua perkara di hujung jari, makanya barulah terjumpa dengan artikel-artikel dan video-video ceramah mengenai puasa sebulan. Rasa teruja waktu malam pertama menyambut Ramadhan ketika itu sebab boleh niat puasa untuk sebulan terus. Manalah tahu kalau-kalau terlepas niat puasa malam hari yang hari-hari tu... Tapi oleh kerana dah terbiasa dari kecil berniat puasa di malam hari, rasa janggal pula bila tidak berbuat demikian. Untuk sedapkan hati sendiri, sejak daripada itu, terus niat puasa sebulan pada malam menyambut Ramadhan dan malam-malam hari berikutnya.



Selepas baca sumber dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ni, apa lagi, rasa bertambah yakin dengan amalan sebelum ni. Sesungguhnya Islam itu mudah dan indah.


Terima kasih sudi singgah dan baca entri.
"Setiap nawaitu/niat dalam apa jua perkara haruslah sentiasa diperbaharui 
supaya hidup lebih dirahmati dan bererti."




Comments

  1. so maksudnya kalo dh niat sebulan kemudian terlupa nk niat tiap2 malam pon xper kann?
    thanks for the info., ;p

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang kita terlupa, maklumlah manusia biasa. Itulah hikmah di sebalik niat puasa sebulan.

    ReplyDelete
  3. Niat sebulan, tapi before tidur still niat yang sehari sehari tu hahaha. Dari kecik dah diajar macam tuu hehehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Terima kasih atas pencerahan. Saya kebiasaannya membaca niat berpuasa setiap hari.

    ReplyDelete
  5. masa pegang puasa niat utkpuasa sebulankalau terlupa nk niat puasa tiap mlm xjadi masalah

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah so far belum lupa niat lagi hehehe

    ReplyDelete
  7. Hari2 sblm tidur mesti akan niat puasa. Rutin dr kecik dh gitu

    ReplyDelete
  8. saya pon baru dapat tahu tentang pendapat yg ada dalam gambar tu. rasa terdiam sikit lah sebab selama ni mmg selalu dapat nasihat puasa sebulan sbb lebih sng. bagus la dgn kemudahan internet ni, kita boleh perbaiki ibadat kita

    ReplyDelete
  9. Tajuk ni hari tu dishare oleh ustaz masa pgrm pra-ramadhan utk student.. br clear lepas tu.. kalau dah niat sebulan tu kalo lupa yg tiap mlm tu pun puasa masih sah.. better baca niat lepas habis terawih tiap malam.. setel

    ReplyDelete
  10. ana pun dulu tak tahu pasal niat puasa sebulan tapi lepas dgr share dari ustaz2, alhamdulillah skrg dah makin clear hehe

    ReplyDelete
  11. Saya biasa baca selepas solat tarawih. InshaAllah tak lupa. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat :)

    ReplyDelete
  12. Wak takde masalah
    sebab setiap malam selepas solat witir di masjid, kariah akan lafaz niat puasa ramai2 mengikut imam.

    ReplyDelete
  13. buat dua2
    arwah ayah dulu awal ramadhan akan suh niat sebulan
    tp setiap kali sahur arwah akan ingatkan lg anak2 niat puasa hari2
    pesanan yg tak penah lupa

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.