Skip to main content

Soda Bandung Resepi Aplikasi F&N Life Sepantas Kilat.

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Waktu bulan puasa ni, biasanya air akan menjadi keutamaan. Tambahan pula sekarang dah masuk pertengahan Ramadhan, sekali iftar, terus 2 gelas air. Air juga menjadi pembuka selera setiap hari. Suami biasanya akan bertanya :
"Nak buat air apa hari ni?"

Biasanya suami memang sukarela untuk buat air.Erm, air apa yang kami belum buat lagi ye? Tak perlu susah-susah nak fikir jauh-jauh, applikasi F&N Life kan ada (bunyi macam iklan tak?). Macam-macam menu makanan dan minuman ada dalam tu. 

Seperti biasa, buka aplikasi F&N Life di telefon pintar masing-masing, dan ikut saja anak panah warna ungu seperti gambar-gambar di bawah :



Sebelum ni, duk fikir-fikir air apa nak buat sambil check-check bahan di dapur. Kadang-kadang blank juga dibuatnya. Apabila dah buka aplikasi, tak tahu pula nak pilih menu yang mana satu. Begitulah lumrah manusia, kan? Tapi tak mengapa kerana aplikasi F&N Life ni ada panduan mengikut bahan yang kita ada, tempoh masa penyediaan dan pelbagai course. Oleh kerana kat rumah masih ada stok air bikarbonat F&N, jadi masa ni lah nak godek-godek resepi. Special diet pun ade tau.







Sebelum jari klik-klik sampai ke resepi air, cuci-cuci mata dulu dengan kepelbagaian resepi-resepi menarik. Semuanya dari bahan-bahan F&N. Menggugat iman betullah. 



Sekali lagi lepas gaduh-gaduh manja dengan suami sebab tak tahu nak pilih resepi yang mana satu, sedar tak sedar, lagi 10 minit nak masuk waktu berbuka, minuman pilihan masih belum diputuskan. Alamakkk!!! Jangan gusar, jangan kalut, kita buat menu paling ringkas, sepantas kilat sabung-menyabung di dapur.

Soda Bandung adalah minuman paling pantas yang mendapat kata putus kami suami isteri. Akhirnya!




Walaupun sepantas kilat penyediaannya, lepas dah masuk jag semua, kami masukkan ais dan simpan sekejap dalam peti sejuk beku supaya air terasa lebih sejuk untuk ganti balik 5 minit tempoh penyediaan yang hilang itu.


Sirap Rose F&N tu memang dah guna awal, tu pasal dalam gambar ni nampak sikit. Membesar dgn produk F&N, sampai sekarang pun F&N menjadi pilihan. Memang selalu ada stok kat rumah.

Tadaaa.....sedia utk diminum seisi keluarga.

Nasib baik siap beberapa saat sebelum azan, kalau siap awal ni telan air liur dululah jawabnya... heheheh... 



Ini, kalau menjamu anak-anak perempuan ni, pasti teruja. Air warna pink dengan krim putar yang ditabur chocolate rice berwarna-warni. 

**Doakan SS cepat hamil ye. Mana laa tahu ada doa-doa rakan blogger yang Allah segera makbulkan. Aamiinn.

Inginkan lebih keriangan sila layari :


 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Walau dilanda ribut taufan sekalipun, selagi ada persefahaman dan kebersamaan, In Shaa Allah, tidakkan goyah rumahtangga yang dibina."


Comments

  1. kalo takut dilambung ongbak.. jgnla berumahtanga byk2 ditefian fantaii.. 😅

    ReplyDelete
  2. Wowww siap letak krim...!! Ini mrmang lir biasa bandung dia ni hahaa..pat kan jauh kan.. Klu dkt, dh bole minta secawan ni hehe

    ReplyDelete
  3. Aduh! Ini memang menduga iman puasa!

    ReplyDelete
  4. Wahhh siap ada resipi nak buat lagi ye, majuuuu hahaha

    ReplyDelete
  5. Wak doakan semoga hasrat SS dimakbulkan Allah

    ReplyDelete
  6. Cantik persembahan air soda.
    Amin, moga dipermudahkan perjalanan untuk mendapat anak.

    ReplyDelete
  7. wah soda bandung resepi baru sedap tu

    ReplyDelete
  8. terima kasih. baru tau app F&N Life ni :)

    ReplyDelete
  9. pergghhhh
    ada apps rupanya
    baru tahu
    boleh terjah tengok resipi
    hehehe

    ReplyDelete
  10. sedap nyer soda bandung.. lama dah tak jumpe soda bandung ni

    ReplyDelete
  11. woooow canggih, rupa pun mantap...
    akak dari awal puasa sampai sekarang menu utama air teh o panas je dik, lagilah batuk memang tak minum ais lagi heheheh

    ReplyDelete
  12. Betullah bila time berbuka air yang dikejar duluan hehehee...
    Sedap nampak soda bandung tu
    Mrs. A lebih suka air panas dari air sejuk time awal-awal berbuka tu.
    Oh! baru tahu ada apps nih!

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.