Skip to main content

Kenangan Ramadhan 2021

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum....

Tahun lepas, sebulan tak dapat aura solat jemaah macam ni. Kali pertama PKP kan, solat pun kat rumah saja. Tapi tetap bersyukur sebab hikmahnya boleh belajar cara solat terawih sendiri. Pengalaman juga tu. Waktu tu juga, ambil peluang untuk aktif blogging semula setelah sekian lama blog bersawang. Banyak masa kat rumah kan, data internet pun dapat percuma kan waktu tu? Apa lagi, laptop memang terpasang 24jam lah. Walaupun begitu, tetap merindukan aura solat berjemaah di masjid, rindu bau waktu terawih tu. 


Tahun ni, alhamdulillah, dapat hadir ke surau berdekatan rumah untuk kembalikan aura solat terawih berjemaah tetapi dalam suasana menjaga S.O.P. SS abadikan pengalaman dan kenangan ini dalam blog. Sekurangnya ada sesuatu untuk dikenangkan. 

Suasana solat terawih di surau patuh S.O.P. Ada penjarakkan dan solat pakai pelitup muka. 

Apa pun, tetap merindukan solat terawih seperti sediakala, namun apakan daya, hanya perlu bersyukur dapat jejak surau dan merasai suasana sebegini. Solat terawih hanya dibenarkan sehingga jam 10.00 malam sahaja. Makanya, hanya 8 rakaat terawih, dan 2+1 witir sahaja sehingga ke waktu 10.00 malam. 

Selesai solat sunat witir, tak ada lagi bersalam-salaman. Hanya laungan selawat sahaja yang berkumandang. Sayu juga rasa hati. Tapi hidup mesti terus dalam arena norma baharu.

Sebelum masuk surau, perlu scan My Sejahtera terlebih dahulu. Betapa besarnya gegantung di pintu masuk. Kalau tak nampak juga, tak tahu lah. Hanya pintu masuk kecil sahaja yang dibuka untuk mengelak orang berpusu-pusu masuk. 

Ini kali pertama SS solat di surau ini. Sebelum ni, SS tinggal di kawasan tengah bandar Pekan. Jadi, solat di masjid lain. Kemudian SS berpindah di kawasan berhampiran tempat kerja. Maka, surau inilah yang menjadi sasaran SS dan suami. Cuma sedikit perbezaan solat di sini. Biasanya imam akan baca doa setiap selesai 4 rakaat. Tapi di sini, setiap 2 rakaat imam akan baca doa. Lepas habis solat witir dan selawat, jemaah akan baca niat puasa sebanyak 3kali. 

Semalam, malam terakhir terawih, syahdu betul doa imam. Doa akhir Ramadhan. Menusuk kalbu betul. Insaf rasa hati. Rindu dah pada Ramadhan.


Tahun ni adik bongsu tinggal dengan SS. Dia praktikal kat tempat kerja SS. Jadi, manfaatkan masa kami bersama-sama sehingga Julai ni. 



Terima kasih sudi singgah dan baca entri.
"Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan dipertemukan dengan Ramadhan berikutnya.
Ramadhan, dengan berat hati membiarkanmu pergi."

Comments

  1. alhamdulillah.,. semoga dipermudahkan segala urusan kita., aminn

    selamat hariraya maaf zahir batin ye cik semut tuuh., ;p

    ReplyDelete
  2. Sama solat tarawih di masjid tahun ini. Kenangan.

    ReplyDelete
  3. Ye la, kenangan kan. Terawih pakai mask, dengan penjarakkan. Alhamdulillah... dari tahun lepas, cuma dapat kat rumah je.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dapat juga SS mengabadikan kenangan gini.
    InsyaAllah moga tahun depan suasana kembali normal.

    ReplyDelete
  5. Semoga Ramadan yang telah berlalu ini memberikan banyak peroleh pahala yang berlipat kali ganda. Insyaallah

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya cik semut. stat je pkp, saya dah tak dapat solat teawih berjemaah sebab selangor hanya benarkan jemaah lelaki. Tapi syukur jugak, merasa berbanding tahun lepas

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, selesai ramadan.
    Sambut rayalah pulak.

    ReplyDelete
  8. SALAM AIDILFITRI SS N FAMILI

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
    Maaf Zahir dan Batin

    ReplyDelete
  10. Semoga lepas ni hari-hari boleh berjemaah.

    ReplyDelete
  11. singgah sini.. salam aidilfitri maaf zahir batin..
    stay safe..

    jemput join GA di blog :
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete
  12. meriah sikit tahun ni kan boleh juga terawih di surau atau masjid, best lah ada adik dapat beraya sekali.. tambah meriahla

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah.. dpt juga terawih.. moga tahun dpn kembali normal la kan..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah dpt solat terawih. Bukan semua org dpt nikmat ni. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, dapat juga merasa kan...

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah..ada kelonggaran sikit PKP masa Ramadan tahun ni. Masa yang ada, kita gunakan sebaiknya :)

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah Ada adik yg boleh sama2 sambut Raya. Salam lebaran Dari mama maaf zahir batin ye

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.