KLIK KLIK

4.5.21

Mandi Wajib Selepas Masuk Waktu Subuh di Bulan Ramadhan.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.

Google

Waktu tengah hari mata mengantuk. Hari ni memandu pergi-balik 120km. Ada juga sekali dua ter-microsleep. Bahaya kan?. Tapi itulah dugaan kalau terpaksa memandu di waktu tengahari. Kalau tak puasa, boleh laa ada kudap-kudapan elak mengantuk dalam kereta. Bila puasa ni, memang terasa betul penatnya. Tapi, alhamdulillah masih selamat memandu seorang diri hingga selamat sampai destinasi pergi dan balik.



Sebab tu lah sis tak suka kalau ada mesyuarat jauh-jauh waktu macam ni. Nak selesaikan masalah mengantuk tu, konon-konon buka radio nak dengar ceramah. Tak ada maknanya, memang kelaut dalam perginya sebab rasa mengantuk lebih kuat menguasai diri. Terpaksalah beralih ke siaran radio yang lain, kalau-kalau ada lagu-lagu yang menyegarkan biji mata ni. Tup tup keluar lagu rap, apa lagi, sis pun rap je lah dalam kereta tu. Lantak laa kalau orang kiri kanan pandang serong pun, sis dah mengantuk tahap Suria Perkasa Hitam dah tadi. Kena pula lagu kegemaran berkumandang. Waris & Hattan - Gadis Jolobu (walaupun sis bukan gadis yang dimaksudkan, eh!).

Ko jolobak jo jolobu
Tuai padi tigo tangkai
kalau kono komat jolobu
tak mati badan menghasai
Gurindam dulu-dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

Wak wak makan padi si lomang dalam buluh
Kok dah dapek yang dicari jangan terlangsung semayang subuh
Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi nak siang
Kok dah dapek oghang Jolobu tak sabar nunggu malam ko siang
Dah, jari penat nak taip panjang-panjang lirik dia. Waktu ni boleh pula terfikir, apa hukum manji wajib selepas masuk waktu subuh di bulan puasa?


Cuma, bagi aku, agak rugilah kalau mandi wajib lepas Suboh sebab, banyak lagi amalan sunat boleh buat sebelum Suboh, kan?

Terima kasih sudi singgah dan baca entri.
"Sesungguhnya Islam itu mudah dan indah"



10 comments:

  1. Betulll, baik mandi before subuh, sebab boleh solat sunat 2 rakaat before subuh tu. Kalau mandi wajib lambat, nanti boleh qadar solat subuh je hehehe.

    ReplyDelete
  2. Samalah mengantuk sangat waktu siang. Malam pun lepas buka pun boleh mengantuk.

    ReplyDelete
  3. Allah.. bahaya gila microsleep tu.. huhuh .. please please take care... hmmmm risauu.. bukak lagu kuat2 sambil nyanyi2

    ReplyDelete
  4. mandi sebelum subuh menyegarkan tubuh

    ReplyDelete
  5. bahaya tu microsleep walopon beberapa saat., kalo letih memandu baik rehat 5 minit pon cukup kat tempat RnR yg selamat., aminn

    ReplyDelete
  6. bahaya tu micro sleep. saya pernah termicro sleep masa bawak moto. nasib baek tak kemalangan ke ape..

    ReplyDelete
  7. cabaran yg hebat bila memandu masa mengantuk semasa berpuasa. syukurlah sek ditutup masa Ramadhan ni di Kelantan. Dpt la PDPr. jln pun x jem.

    ReplyDelete
  8. Samalah masalah kita bila drive di bulan puasa selalu ter microsleep. Macam SS 120km memang jauh tu tak pelik kalau terrr... microsleep macam Mrs. A ni ha balik kerja petang-petang tu bila jem pun boleh juga ter microsleep.

    Jangan lupa doa sebelum drive minta padaNYA selamat sampai rumah dan amalkan ayat Kursi. InSyaAllah

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Perkongsian yang bermanfaat.

    ReplyDelete

Klik Sekali