KLIK KLIK

27.5.21

TTC's STORY # 12 : Suspect PCOS

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Aku turut mempunyai sahabat-sahabat yang senasib dengan aku. Yang jauh lebih lama berbanding aku. Kami buat satu whatsapp group untuk saling menaikkan semangat ikhtiar hamil. Bila semua dah buka sejarah masing-masing, seorang kawan bertanya padaku adakah aku mengidap PCOS?.


Alamak, apa pula PCOS tu?. Kali pertama aku dengar ni. Dia macam agak susah nak bagi penjelasan, akhirnya aku menjawab, biarlah aku dating dengan En.Google dulu untuk mentelaah apa itu PCOS.

PEMAKLUMAN : Aku masih lagi berjuang dalam peperangan dengan diri sendiri untuk ikhtiar hamil pada tahun ke-9. Entri ini sekadar sebuah cerita menggamit memori untuk naikkan kembali semangat perjuangan yang belum selesai ini.

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) atau dalam bahasa Melayu, Sindrom Ovari Polisistik atau erti kata lain; kecelaruan hormon. PCOS akan menyebabkan seseorang wanita mengalami masalah menghasilkan hormon wanita.Oleh kerana aku bukanlah seorang doktor, maka, pertama sekali yang aku semak tentang diri aku adalah simptom PCOS.

Antara simptom PCOS :
  1. Haid tidak teratur / tak datang langsung bertahun-tahun
  2. Pertumbuhan bulu lebih banyak di muka dan badan (hirsuitism)
  3. Rambut gugur / botak / nipis / male pattern 
  4. Berat badan berlebihan - cepat naik dan susah turun.
  5. Kulit berminyak dan berjerawat.
  6. Kemurungan & masalah psikologi.
  7. Sukar hamil
  8. Perangai macam lelaki/tomboy/minat kaum sejenis/tinggi hormon testosteron
  9. Payudaya kendur
  10. Pinggang flat. (Tak ada shape)
  11. Mood berubah-ubah
  12. Sentiasa merasa penat
  13. Nafsu seks menurun
  14. Ovarian cysts

Melihat kepada simptom-simptom ini aku yakin bahawa aku ada PCOS kerana mojoriti simptom tersebut ada pada aku. Kawan aku minta aku join group PCOS di facebook. Ya, aku join untuk mengambil sebanyak ilmu yang ada. Dalam tu, semua perempuan sahaja untuk menjaga sensitiviti ahli. Banyak juga aku belajar dari PCOSer yang berjaya hamil. Tapi, macam mana nak sahkan kita memang PCOS?. Setakat baca simptom dan nilai sendiri tak ke mana pun. Kita bukan doktor, jadi tak tahu sejauh mana kesahihannya. 

PCOSer ini boleh disahkan melalui :
  1. Ujian darah hormon yang akan menunjukkan paras testosteron yang tinggi
  2. Scan yang akan  menunjukkan ovari polististik.

Antara makanan yang perlu dielakkan :
  1. Gula
  2. Soya
  3. Proses karbo yang tinggi
  4. Kopi
  5. Seed Oil
  6. Gandum
  7. Tenusu

Satu hari, aku pergi klinik swasta selepas habis haid/istihadah aku selama 54 hari (paling panjang dalam sejarah hidup ku). Aku menceritakan masalah yang aku hadapi kepada doktor, dan minta dia scan rahim aku. Katanya, rahim aku comel je, elok je, tak ada masalah. Cyst tak ada, fibroid tak ada. Aku pun tanya sama ada aku PCOSer? Doktor cakap, melalui scan tu, tak ada tanda-tanda aku PCOSer.  Aku macam tak percaya juga. Wallahualam. Kalau begitulah bagai dikata, aku amatlah bersyukur ke hadrat Yang Maha Esa. 





 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

"Paling penting untuk membuat pemeriksaan supaya segala persoalan punya jalan penyelesaian."




39 comments:

  1. PCOS ni maslah hormon ye...
    semoga yang baik2 je utk SS,
    semoga usaha akan membuahkan hasil...
    keep it up k!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, masalah hormon.
      Amiinnn terima kasih atas kata2 semangat

      Delete
  2. Biasa juga dengar PCOS ni, cuma tak begitu ambil berat. Semoga SS kekal tabah, insyaAllah ada rezeki nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bila dah kecelaruan, tu yg amik tahu pasal semua benda yang berkait. Heheheh

      Delete
  3. cyst tu wak tau sbb bini wak pon penah operate.,.
    tapi PCOS tu pestaim dgr jugak.,
    semoga dipermudahkan ., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bini wak sehat2 selalu... aamiin .
      Terima kasih atas doa wak

      Delete
  4. Alhamdulillah I am glad everything is okay. Semoga Allah permudahkan semuanya dan semoga dimurahkan rezeki untuk dapat zuriat bila tiba masanya. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn Yaa Rabb, terima kasih atas doa dan suntikan semangat.

      Delete
  5. Jangan berhenti ikhtiar ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, uncle. Semangat masih kuat ni.

      Delete
  6. 54 hari? Saya 22 hari pun dah rimas dah. Ada hari tu, sebab pakai alat merancang. Saya pun baru tahu tentang PCOS ni. Semoga SS terus kuat ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mmg rimas, stress, celaru, runsing... semua ada. Bertabahlah mengharunginya sis. Tp sekali tu je kena sampai 54 hari.

      Delete
  7. baru tahu juga slps baca info ss
    semoga ss terus berusha insyaAllah ada rezeki

    ReplyDelete
  8. Kak Amie pun baru tahu tentang PCOS ni. ADa baiknya SS cuba elak 7 jenis makanan yang tersenarai tu. Mana tahu kan, itu satu ikhtiar juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelan2 jauhkan 7 makanan tu kak amy, sampai dah jemu, makan laa jugak. Kdg2 teringin. Pastu on track balik.

      Delete
  9. Akak saya pun doktor dia pernah cakap, badan dia hasilkan hormon lelaki lebih daripada hormon perempuan. Apa apapun terus bersemangat ye SS. Semoga dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa, ramai org mcm tu. Kena jumla doktor utk sahkan. Terima kasih atas doa dan kata2 semangat

      Delete
  10. Risau juga ni. Alhamdulillah lepas scan semua, doktor cakap benda yang sama gak tu. Rahim elok je, tak ada masalah. Mungkin belum sampai masanya lagi. Takpe, kita terus usaha dan doa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, yg lambat biasanya yg terbaik. Husnuzon. Dan terus semangat. Semoga ada rezeki zuriat utk kita. Aamiinn

      Delete
  11. Apabila jumpa doktor baru tahu bukan PCOS ya. Alhamdulillah.
    Harap berjaya juga dapat anak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Ya kak. Lepas jumpa doktor, doktor kata tak ada PCOS. Lega sikit rasa hati. Tq atas doa kak

      Delete
  12. moga terus tabah n xada PCOS..baru tau juga mslh ni

    ReplyDelete
  13. Semoga segala ikhtiar n usaha puan akan membuahkan hasil. In Shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, amiinn.. terima kasih atas doa abam kie

      Delete
  14. Mama doakan semoga Ada rezeki nanti ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn aamiinn amiinn ya rabbal alaamiinn. Terima kasih mama atas doa mama.

      Delete
  15. Semoga terus tabah...byk dpt ilmu psl pcos ni..baru thu jgk..tq info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga org tak tahu. So amik kesempatan ni utk sharing.

      Delete
  16. Teman pun ingat hormon lelaki mcm terlebih jer...tang perangai la..
    Dkt 9 tahun kahwin, teringin juga nak ada anak sendiri ...tapi rezeki sy dapat anak2 segera yang dah besar2...woha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kome lasak ye?
      Alhamdulillah, Allah bagi rezeki anak2 segera dan dah besar. Rezeki jugak tu. In shaa allah, ada rezeki zuriat sendiri tu aamiinn..

      Delete
  17. insya allah ada rezekinya nnt SS.. sy pn ada kwn yg mengidap pcos ni.. dia dptkan konsultation doc dan jaga mkn.. dia mmg ikut semua saranan doktor.. alhamdulillah lepas tu setiap thn berana.. usaha lg k.. doa byk²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kakmim. Waahhh... semakin bertambah semangat saya ni.

      Delete
  18. alhamdulillah
    bagus info nih
    terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  19. masalah hormon nii ada nama dia rupanyaa.
    semoga sis ada rezeki lepasnii. banyakkan berdoa. inshaallah dipermudahkan. jangan terlampau pikir apa yang orang kata kat sis.. moga sentiasa sabar ya :))

    ReplyDelete
  20. Member pun ada yg PCOS nie, tp ada rezeki anak.. maknanya peluang utk Fiza mmg masih ada.. jgn putus asa..

    ReplyDelete

Klik Sekali