Skip to main content

TTC's Story #13 : Hormon

 Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 



Sekali lagi dimaklumkan ini adalah entri diari yang mengimbau kenangan dan hasil usaha dan ikhtiar hamil agar dapat mengembalikan semangat untuk terus berusaha. Tahun ini tahun ke-9 usaha masih diteruskan. Boleh klik cerita TTC (Try To Conveice) aku di SINI. 

Dipendekkan cerita pada 2014 yang lalu, aku didapati mempunya kadar hormon progresteron yang rendah. Hormon progesteron adalah hormon yang paling penting untuk kehamilan. Badan perempuan ada hormon estrogen dan progesteron. Kedua-dua hormon ini perlu seimbang. Jika salah satunya terlebih atau terkurang, maka tubuh badan akan berlaku komplikasi.

Secara lumrahnya, badan wanita merembeskan hormon estrogen dan progestron. Meh, aku cerita sikit secara ringkas dan mudah faham tentang dua hormon ini. Harapan aku agar pembaca sekalian betul-betul faham dengan penerangan aku ni.





Melalui pembacaan aku, rata-rata menyifatkan fungsi estrogen dan progesteron seperti berikut:

Fungsi estrogen - melancarkan peredaran haid, membantu kesuburan dan kehamilan, menyuntik sifat-sifat kewanitaan, kecantikan, bentuk badan, fungsi seks dan sebagainya

Fungsi Progesteron - HANYA dirembeskan ketika wanita mengalami penetasan telur atau dipanggil ovulasi.

Tindakan hormon estrogen kepada tisu-tisu yang berkaitan fungsi-fungsi di atas, akan diseimbangkan oleh hormon progesteron. Jadi, apabila kadar hormon progesteron ni rendah, makanya kadar estrogen akan meninggi. Estrogen mula besar kepala, jadi samseng dan bermaharajalela dalam tubuh. Itu yang menyebabkan period tingtong (tidak teratur), mood swing (perubahan perasaan) tak kena tempat dan bermacam-macam lagi kesanya. Dari situ, timbullah masalah kesuburan seperti endometriosis, PCOS (Polycystic Ovaries Syndrome), keguguruan berulang-ulang dan sebagainya.

Sifirnya adalah, apabila progesteron rendah, sudah pasti estrogen akan meninggi. Ini juga dikenali sebagai Dominasi Estrogen. Estrogen tidak sepatutnya begitu. Tidak sepatutnya mendominasi dalam tubuh wanita. Yang perlu berlaku adalah hormon estrogen dan progesteron perlu seimbang. Adil dan saksama bekerja dalam tubuh. Keseimbangan mereka berdua ni, amat penting untuk tubuh badan wanita.

"Estrogen - hormon yang membentuk wanita dengan sifat kewanitaan.

"Progesteron - hormon seks wanita yang mengawal haid dan subur" 

Progesteron adalah pelengkap kepada estrogen. Saling melengkapi seperti sahabat karib sejati. Tidak boleh salah satu melebihi antara satu sama lain.

Jadi, dalam konteks sekarang ini, aku perlu fokus untuk rendahkan estrogen dan tingkatkan progesteron supaya mereka seimbang, agar aku dapat hamil secara semulajadi. Bila doktor bagitau hormon progesteron aku rendah, ini berkemungkinan implantasi telur yang disenyawakan juga rendah sehingga mengurangkan peluang untuk aku hamil.

Apa yang menyebabkan progesteron menjadi rendah?. Sukar juga untuk dibicarakan kerana fungsi dan keadaan tubuh setiap wanita itu berbeza. Jadi, nak pastikan penyebabnya memang bukan 100% tepat. Tapi, ada beberapa perkara yang boleh mempengaruhi progesteron menjadi rendah dan kebanyakkan puncanya adalah disebabkan oleh :

Berat badan yang meningkat. Senang cakap gemuk atau obesiti. Apa logiknya? 

Lemak-lemak yang lebih inilah yang akan menggalakkan pembentukan estrogen (Dominasi Estogen)  dan mengurangkan progesteron. Jahat lemak-lemak ni. Jadi batu api! Apabila estrogen termakan dengan hasutan lemak-lemak ni, mula lah dia jadi samseng kawasan, progesteron yang baik ni pula akan cepat mengalah. 

Selain obesiti yang menjadi punca dominan, antara faktor-faktor lain yang menyebabkan Dominasi Estrogen adalah faktor persekitaran yang tidak sihat dan negatif, ketidaktahanan insulin dalam tubuh, stress, kurang bersenam dan penggunaan ubat-ubat tertentu. 

1) Logik juga sebab dah terlalu lama aku menjadi work-a-holic walaupun aku sedar keadaan itu tidak bagus untuk diri aku. Kerja tak ingat dunia!. Aktiviti harian yang banyak dan berpanjangan memang menyumbang kepada faktor-faktor di atas. Apabila terlalu banyak tekanan, badan kita akan merembeskan pula hormon tekanan yang dikenali sebagai hormon kortisol. Bila kortisol muncul, dan estrogen mendominasi, mereka boleh jadi geng bergabung bagi menakluki perkara-perkara negatif dalam diri, macam-macam penyakit boleh muncul. Dan progesteron akan terus mengalah, tak mau masuk campur. Dia sedih sahabatnya berpaling arah. Progesteron akan menjadi semakin kurang. Dah la, kawan baik estrogen berubah lepas termakan hasutan lemak-lemak jahat, datang pula kortisol yang ingin bersekongkol dengan estrogen. Dan estrogen terus dengan sikap buruknya tanpa memperdulikan progesteron. Kesian progesteron.

Antara simptom-simptom rendah progesteron adalah :

  1. Migrane
  2. Sembelit
  3. Insomnia
  4. Perut buncit
  5. Sengal sendi
  6. Kurang tidur
  7. Kemurungan
  8. Fibromyalgia
  9. Perubahan emosi
  10. Kerap sakit kepala
  11. Haid terlalu banyak 
  12. Keletihan melampau
  13. Haid dan kitaran tidak teratur

Jadi, apakah jalan penyelesaiannya?
Aku perlu mengawal hormon estrogen dan meningkatkan hormon progesteron. Antara usaha yang aku dah laksanakan walaupun on off, on off adalah :
  1. Turunkan berat badan. Sedikit pun tak apa, janji ada penurunan.
  2. Lakukan senaman tetapi tidak berlebihan. Tak boleh stress waktu bersenam sebab tak nak kortisel muncul. 
  3. Kawal stress dengan baca Al-Quran, berzikir, solat, selawat, tambah ilmu dalam pengurusan stress, baca buku-buku motivasi, buku-buku cerita dan paling mudah amalkan deep breathing excersice (tarik nafas 5 saat dalam-dalam, dan hembus 8-10 saat perlahan-lahan).
  4. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
  5. Banyakkan makanan seperti :
    • Oat
    • Kunyit
    • Berries
    • Bawang
    • Spirulina
    • Chia Seed
    • Cendawan
    • Daun kucai
    • Buah delima
    • Minyak zaitun
    • Kulit kayu manis
    • Buah-buahan citrus
    • Minyak kelapa dara

Semoga seorang aku terus semangat dan punya kesempatan hamil dan menjadi seorang ibu. Amiinn Yaa Rabbal Alamiin.

 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Tak kenal, maka tak cinta. Kenal masalah, cari penyelesaian, dan terus bertindak."


Comments

  1. Aamiin ya Allah
    Makbulkanlah hasrat hambamu ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiiin Yaa Rabbal Aalaamiin, Terima kasih atas doa wak.

      Delete
  2. Apalah perkembangan SS dalam turunkan estrogen.

    ReplyDelete
  3. ayat no 3 tu typo kot.. kawal stress dgn baca alquran..

    aminn ya robbal Alamein

    ReplyDelete
  4. banyak gen gen ni tingat masa sekolah pula nama-nama gas...hihihi

    ReplyDelete
  5. elakka semua perkara yg menyebabkan diri xsihat n subur

    ReplyDelete
  6. banyak juga effect kalau ada masalah hormon ni. terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  7. semoga adik akn diberikan rezeki zuruat
    aaminn
    tqq info bermanfaat ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin Yaa Rabbal Alaamiinn...
      Terima kasih kak atas doa.

      Delete
  8. semoga di mudahkan urusan sis dan suami :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Yaa Rabbal Alaamin.. terima kasih atas doa.

      Delete
  9. RA doakan awak terus bersemangat dan tak putus asa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih RA atas kata2 pembakar semangat ni. Yeaaahhh!!!

      Delete
  10. Semoga Allah permudahkan, SS :) Stay positive ya, InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  11. Amin, amin ya rabbal alamin....

    ReplyDelete
  12. Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🤲

    ReplyDelete
  13. Eza pun tengah berusaha jugak. Doakan yang baik-baik, semoga segala doa dimakbulkan Allah. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  14. Moga Allah makbulkan permintaan hamba-Nya ini.

    ReplyDelete
  15. Tahun ni nk msk tahun ke 3 perkahwinan shida..pun msh usaha utk pregnnt..bulan 3 yg lepas keguguran huhuu..xde rezki lagi ni..

    ReplyDelete
  16. shida doakan semua yg ikhtiar hamil..beroleh kehamilan AMIN!

    ReplyDelete
  17. Insyallah, moga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  18. inshaAllah semoga dipermudahkan semua ya.. usaha yang berterusan pasti membuahkan hasil :)

    ReplyDelete
  19. amiin..Ya Rabbalalamin..

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.