Skip to main content

TTC's Story #15 : Cek Long

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. 


Teringat aku pada tahun 2015 yang lalu. Sewaktu usia perkahwinan mencecah 3 tahun dan masih aktif check UPT setiap bulan, namun masih tiada double line yang muncul. Aku dan suami tetap melaluinya dengan tabah dan bahagia.

Kemudian, adik aku dah mula mengandung. Aku gembira kerana mendapat anak sedara pertama. Mak dan abah pun akan dapat cucu pertama. Sedikit pun aku tidak rasa sedih atau terasa hati. Tapi jauh di sudut hati ada sedikit rasa 'down' dengan diri sendiri. Lagipun adik aku kahwin lebih awal dari aku. Langkah bendul. Kehadiran cahaya mata seorang anak sedara ini semakin mengeratkan lagi perhubungan kami. 


Sejak dari hari itu hingga sekarang, tak lekang namanya di bibir kami setiap kali berbual, berjumpa, dan video call. Khairina Arissa namanya. Sekarang dah berusia 6 tahun, dah bersekolah. Dah pandai membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Petah bercakap dan sangat aktif.

Aku bahasakan diri aku sebagai Cek Long. Ntah laa kenapa aku rasa perkataan Cek ni macam serasi je dengan aku. Macam orang dulu-dulu. Lagipun belah ayahnya, ramai mak-mak sedara, mak-mak sepupu, jadi dah terlalu ramai untuk dipanggil Mak Long. Jadi dengan panggilan Cek Long ni, membuatkan si anak dapat membezakan mak-mak sedara sebelah ibu dan ayahnya.

Cuma apa yang aku nak sampaikan disini, apabila dah ada anak sedara ni, perasaan menjadi seorang ibu itu terasa lebih kuat. Jadi, aku ambillah semangat itu secara positif untuk meningkatkan aura dan semangat diri. Anak sedara kita, sama seperti anak-anak kita sendiri. Itu yang selalu mak dan abah pesan dan terapkan kepada kami.

Gambar-gambar adalah sebelum Coronavirus menyerang Malaysia. 




Lokasi: Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang

Tengok laa si cilik ini beraksi di hadapan kamera.

Sekali lagi beraksi tanpa di suruh. 


Walaupun takut nak naik, tapi waktu pandang kamera muka kena confident! 


Cek Long, Nana dan Mummy


Terima kasih sudi singgah dan baca entry.
"Pupuk diri dengan sifat positif dan kemanusiaan, 
agar keharmonian keluarga, agama bangsa dan negara terpelihara"


Comments

  1. Alaaa comel je muka takut naik kuda tu hahaha, tetap maintain sengeh depan camera.
    Semoga Allah memberi peluang kepada SS dan suami untuk mempunyai anak. Terus bersemangat ya SS :)

    ReplyDelete
  2. Comelnya nana.. insya allah nnt nana akn dpt kazen jugak.. dont give up k SS

    ReplyDelete
  3. Pernah melawat muzium ini.
    Saya pun Mak Long juga. Asal-asal anak saudara pertama saya panggil Auong. Unik juga nama.

    ReplyDelete
  4. Hehe, pandai bergaya depan camera, Nana. :)

    ReplyDelete
  5. Oooo... naik kuda tu hanya lakonan je la? hehehe

    ReplyDelete
  6. Baca entry ni rasa rindu pada anak-anak saudara. Terpisah angkara pandemik. Tak rugi kan SS bila kita sayang kanak-kanak ni. Ada je nanti nikmat Allah bagi pada kita

    ReplyDelete
  7. comel Nana, pandai posing..seronok bila ada anak saudara..betul, ambik semangat & aura positif..

    ReplyDelete
  8. Comelnya nana.. jgn sedih SS. Nk tanya sepanjang berkahwin ni ada amalkan apa2 yg boleh ganggu kesuburan ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.