KLIK KLIK

3.7.21

FILEM TURKI: SU VE ATES (WATER & FIRE)

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Pengarah : Ozcan Deniz    |    Penulis : Ozcan Deniz, Avni Tuna Diligil
Produksi Penerbitan : Avsar Film, Dnz Film, SUMS Film and Media
Tarikh Pelancaran : 15/11/2013     |    Durasi : 1 jam 53 minit
Pelakon : Ozcan Deniz (Hasmet.Kemal), Yasemin Allen (Yagmur), Pelin Akil (Nupelda), Yusuf Akgun (Turhan), Irem Candar (Irem).



PKP kali ni, muncul di timeline facebook dengan kerap kawan-kawan perempuan kongsi pasal filem-filem Turki. Rata-rata terpesona dengan heronya. SS pula, akibat dah hilang idea apa nak buat time Plan Pemulihan Negara Fasa 1 ini, makanya SS pun tengok la filem Turki ni untuk pertama kali. Su Ve Ates (Water & Fire). Filem tahun 2013. Dah lama rupanya. Tapi ok laa, buat isi masa terluang. 

Genre filem rasanya romantik dan thriller. Tapi kekuatan cerita pada genre romantik. Patutlah menjadi kegilaan kawan-kawan perempuan SS. Cerita dia tak berat. Ok lah untuk SS layan. Dah meningkat umur ni, SS suka layan cerita santai-santai saja. 

"Fire met water, but neither the water evaporated, nor the fire went out" 

Petikan di awal cerita menggamit rasa ingin tahu. 

Hasmet seorang kongsi gelap di Istanbul telah membunuh orang Turki dan melarikan diri ke London. Hasmet mempunyai kesan luka dalam di dada yang menyebabkannya jua hampir terbunuh. Hasmet dan Yagmur bertemu di dalam kapal terbang sewaktu perjalanan ke London. Yagmur seorang wanita biasa yang takut berada di tepi tingkap kapal terbang. Sementara pramugari mencarikan tempat duduk lain untuk keselesaan Yagmur, peramugari meminta Yagmur untuk duduk sekejap di bahagian business class kerana cuaca ketika penerbangan tidak begitu selamat untuk Yagmur berdiri. Yagmur akur dan ditempatkan di sebelah Hasmet. Ketika kapal terbang melanggar awan, Yagmur terkejut dan takut lalu terpegang tangan Hasmet dengan kuat sehingga berdarah. Belum sempat Hasmet ingin menegur Yagmur, pramugari telah mempelawa Yagmur untuk kembali ke tempat duduk yang baru di bahagian ekonomi.

Hasmet dan Yagmur kembali bertemu di hospital tanpa sengaja. Hasmet ingin merawat luka di dadanya, manakala Yagmur menemani kawan baiknya yang mempunyai alahan terhadap kacang. Mereka mula berkenalan. Hasmet memperkenalkan diri sebagai Kemal. Bermula dari situ mereka kerap berjumpa dan jatuh cinta. 

Konflik bermula apabila Hasmet terpaksa pulang ke Istanbul kerana masalah keluarga. Yagmur telah mengandung ketika itu, dan dia tidak dibenarkan untuk memberitahu hal itu kepada Hasmet. Untuk menyelesaikan masalah keluarga di Istanbul, Hasmet dipaksa untuk berkahwin dengan musuh keluarganya. Bakal isterinya telah lama sukakan Hasmet sejak mereka kanak-kanak lagi. 

Ketika Hasmet di Istanbul, adik dan abang ipar Hasmet berpakat untuk memberitahu hal sebenar tentang Hasmet kepada Yagmur. Mereka juga berpakat untuk gugurkan kandungan Yagmur. Tetapi Yagmur berjaya melarikan diri namun dia dilanggar kereta. Turhan, adik tiri Hasmet rasa bersalah. Dia kembali selamatkan Yagmur. Di hospital, Turhan memohon Yagmur untuk menjauhkan diri daripada Hasmet demi menyelamatkan Hasmet dan keluarga mereka. Yagmur pula melarikan diri ke rumah Irem. Lepas Hasmet kembali ke London, dia mula mencari Yagmur. Hasmet terus ke rumah Irem, namun Irem juga tidak membenarkan Hasmet untuk berjumpa Yagmur demi keselamatan Yagmur. Yagmur telah menceritakan siapa Hasmet sebenarnya kepada Irem. Kemudian Yagmur pulang ke kampung halaman dan tinggal bersama bapanya. Beberapa bulan tinggal bersama bapa, akhirnya Yagmur memberitahu tentang kehamilannya. Bapa Yagmur sangat sedih dan enggan menerima Yagmur dan kandunganya. Bapanya berasa malu dan bersalah kerana tidak mendidik Yagmur dengan baik. 

Beberapa bulan selepas kelahiran anak Yagmur, Hasmet sekali lagi dapat mencari Yagmur. Namun, dia tidak tahu bahawa Yagmur mempunyai anak. Yagmur menipu dengan mengatakan dia telah berkahwin. Hasmet pun berlalu pergi. Beberapa tahun selepas itu, seorang doktor yang merupakan kawan kepada Yagmur mengajak Yagmur dan anaknya bercuti ke Istanbul. Kebetulan, Hasmet dan isterinya juga bercuti dan menginap di hotel yang sama. Hasmet terserempak dengan Yagmur ketika dalam lif. Yagmur tidak perasan. Kemudian, Hasmet terdengar Yagmur memanggil anaknya dengan nama Kemal. Hasmet terpana. Dia teringat sebelum berpisah dengan Yagmur di kota London, Yagmur mengatakan ada kejutan untuk Hasmet apabila Hasmet kembali ke London semula. Hasmet menyiasat tentang Yagmur dan perkahwinannya. Dia dapat tahu yang Yagmur hanya menipu untuk mengelak darinya.

Apa berlaku lepas itu, kenalah tengok. Jalan cerita agak perlahan, tapi mudah untuk faham. Walaupun SS tak suka pengakhiran cerita ini, namun Su Ve Ates memberi penyelesaian yang luar dari jangkaan. Ayuhlah, kita tonton sama-sama. 


 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Menonton filem merupakan salah satu cara untuk mengatasi rasa tertekan akibat hari-hari melihat angka kes covid yang semakin meningkat. Carilah sesuatu untuk menghiburkan hati dan merehatkan minda."


33 comments:

  1. Ya, jalan cerita terlalu perlahan tapi genre thriller romantis.. sy tak mampu tengok sampai habis, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak tengok sampai habis... boring ekk cerita slow heheeh

      Delete
  2. Selamat menonton dan moga bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. menarik..boleh masuk list..

    ReplyDelete
  4. Rasanya red ladyplanner pernah beritahu sinopsis cerita ini.

    ReplyDelete
  5. romantic patut digilai ramai he hee
    ada masa nak try juga tgk

    ReplyDelete
  6. wow menarik tapi dh xde masa nnk menontonnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni pun sbb ada terluang dan dah lama x tengok cerita. Hehehe bosan sgt PKP ni terperap.

      Delete
  7. ala sedih la kne paksa kahwin..aaaa nak cari cerita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa je yg suka kena paksa kan... haaa, cari! Cari! Hehehe

      Delete
  8. eh! kita baru tengok semalam la...mmg best..tapi hero kurang handsome sket..hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh... kite pun tak minat hero tu. Bukan taste hehehe.

      Delete
  9. owh..the most cute thing..handplast kat tang hasmet 'hello kitty'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeeessss.... saya pun suka part tu. Siap rewind balik hehehe comel kan

      Delete
  10. jarang layan cerita turki ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun first time layan. Nak tengok kelainan selain filem Melayu & Inggeris.

      Delete
  11. hai sis. hehe. ha cerita ni la asik lalu lalang fb saya lately. ramai yang kata best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya nk kata best sgt tu x juga. Tapi kawan2 saya ramau kata best. Sbb cerita romantik kot... tapi tak cukup romantik utk saya. Hehehehe saya bagi 3 bintang je kot

      Delete
  12. Tak pernah lagi tengok cerita Turki :)

    ReplyDelete
  13. Sesekali tgk cite bukan omputih dan melayu ok jgk cari kelainan 😀

    ReplyDelete
  14. tq ye terjah blog aida. done include blog SS dlm bloglist aida. tq again.

    movie ni ada frens yg review di blog.
    hmmm review dia amat = spoiler :) ha ha ah ha.
    aida lom sempat tonton lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy blogging aida. Tq masukkan dlm bloglist. Nanti kita terjah balik blog aida.

      Delete
  15. ramai kata tak best movie ni. huhu
    entah la pandangan masing2 tp nina tak pernah layan movie turki lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah pandangan masing. Kawan2 saya suggest cerita best nļ tp bg saya so-so je... boleh laaa..

      Delete
  16. Ada nmpak jugak orang post pasal cerita ni. Tapi masih belum ada kesempatan nak tengok sebab ada cerita lain yang masih ada dalam wishlist 😁

    ReplyDelete

Klik Sekali