Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
Perempuan itu unik kejadiannya. Allah S.W.T menjadikan wanita seorang makhluk yang saat indah. Kekuatan dalamanya tidak boleh dipertikaikan. Boleh buat banyak kerja dalam satu masa, dalam fikiran seorang perempuan bagaikan sebuah dunia yang tersusun rapi dengan pelbagai bidang dan tindakan. Perempuan menjadi keindahan kepada dunia lelaki. Perempuan menjadi kedamaian kepada kanak-kanak. Perempuan juga mampu menjadi pelindung kepada sesama perempuan. Kata-kata seorang perempuan mampu mejinakkan hati yang liar. Terlalu banyak ingin dipuji mengenai perempuan yang tiada taranya. Begitulah indahnya ciptaan Allah. Subhanallah. Kitaran Haid merupakan satu anugerah dari Allah untuk hambaNYA yang perempuan original.
Namun perempuan juga mempunyai sifat unik sehingga kadang-kadang sukar difahami. Emosi dan cara berfikir seorang perempuan mampu bertukar walau dalam masa yang begitu singkat. Ini kerana faktor-faktor hormon yang menakluki tubuh badan seorang perempuan. Setiap bulan Allah bagi cuti percuma daripada mengerjakan beberapa ibadah-ibadah wajib. Ya, perempuan perlu cuti supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada diri sendiri. Perempuan hidup dalam kitaran haid 28 hari yang normal. Jika tidak normal, kitaran haid juga akan beralih-alih dan ini memerlukan tumpuan yang lebih daripada kebiasaan.
Aku juga mengalami kitaran haid yang tidak normal. Aku dalam proses untuk memperbetulkan kitaran haid aku. In Shaa Allah semoga Allah permudahkan dan makbulkan. Melalui pembacaan sekian lama, melalui simptom-simptom yang dilalui tubuh badan sendiri serta melalui servey terhadap kawan-kawan terdekat, aku membuat satu jadual kitaran haid supaya boleh dijadikan rujukan dan persediaan fizikal dan mental seorang perempuan. Yang lelaki pun boleh check mood girlfriend atau isteri kesayangan anda.
Dalam tempoh menyusun jadual ini, aku temukan satu jadual kitaran yang lebih mudah faham bagi menyokong rujukan aku ini. Jadual itu seperti gambar di bawah :
Terlebih dahulu, aku mohon ampun sekiranya terdapat kesalahan dalam jadual aku. Aku bukan seorang pakar sakit perempuan, pakar perempuan atau doktor. Aku hanya serangga. Eh, tak. Aku hanya wanita biasa. Mohon perbetulkan jika aku tersilap. Dan mungkin kalian juga boleh membuat semakan terhadap perubahan-perubahan diri kalian terhadap kitaran ini. Aku mengalu-alukan teguran untuk sama-sama perbaiki dan terus belajar.
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah."
(Riwayat Muslim : 715)
Oh ada fasa-fasa kecil juga.
ReplyDeleteAda. Bila semak kat diri sendiri, in shaa Allah kita makin kenal diri dan rasa bersyukur.
DeleteAturan haid yg x tentu k ret pernah alami masa zaman remaja.. Mmg aturan nya kdg2 2 bln sekali br ada... Kdg mmg dtg tetiap bln.. Dan kdg tu bila dh kena bole smp berminggu2.. Tp lama kelamaan kitaran tu jd teratur cuma bilangan hri dtg nya haid dh berkurang plk.. Bila dh mencapai usia hampir stgh abad ni hahaha lagi laa kitaran haid nya makin kirang ggitu..
ReplyDeleteSemoga haid SS akan jd seperti biasa insyallah
TErima kasih kret share pengalaman. begitu juga apa yang saya alami dulu. TErima kasih juga atas doa. semoga Allah makbulkan.
Deletesenangkan jadi serangga, xyah risau psl kitaran haid., ;p
ReplyDeleteItu betul wak. hehehhe
Deletexpernah ambik tahu pun dulu..janji ada haid n cuti solat sat
ReplyDeletehehhee.. simple je kak paridah.
Deletegood info...tapi mood swing ni kadang2 takde tunggu datang haid..especially klu hati kita geram pada sesuatu atau manusia...hehehehehehe..kadang2 punching bag pun mogok...alahaiii..
ReplyDeletehahahha.. betul jugak tu. mood swing ni mai tetiba. heheheh jangan spoil kan mood je. habis laaa
DeleteSaya pun ada keep track juga. Kena ada rekod, selagi masih ada haid. Kalau doktor tanya, senang jawap. Tapi ada satu keburukan saya. Kafein tak boleh tinggal. Haha... adoi.. :D
ReplyDeleteWalaupun apps bukan tepat sgt, tapi boleh laa buat jadi sumber rujukan.
Delete"Aku hanya serangga"
ReplyDeleteHahahhahaha....
lirik lagu tu kan, uncle? hehehe
DeleteHehe, tetiba teringat Biology waktu SPM dulu. Menarik jugak lah topik ni.
ReplyDeletekaannn... bio mmg kaji sikit sebanyak pasal ni.
DeleteSaya pun tulis tarikh ABC. Senang nk jangka bila time cuti ✌
ReplyDeletemmg kena ada rekod kan? senang nak kira.
DeleteSha pula memang dari permulaan period sampailah sekarang tak pernah normal.. Pernah dapatkan rawatan doktor tapi doktor kata tak ada masalah apa pun.. Lepas tu sekarang nie pakai implan pula memang lagi tak normallah.. jadi tak pernah buat rekod pun.. huhuhu.. Rupanya ada fasa-fasa kecil period ye.. tq share info yang berguna dan menarik nie..
ReplyDeletebagus sharing ni. ada ramai wanita dan lelaki tak tahu pasal kitaran haid. orang lelaki pun kena ambik tahu jugak ilmu pasal haid ni sebab ada isteri dan anak-anak, kalau nak menjadi ketua keluarga yang dedikasi , memang wajib ambik tahu pasal ilmu-ilmu tentag wanita - bak kata ustaz azhar idrus
ReplyDeleteini aida sokong. suami kalu tak tahu tentang haid, payah tu.
Deletekena ada ilmu yg mendalam. lelebih jika ada perempuan.
ilmu seluas lautan, kan.
alhamdulillah. kitaran haid aida ok sejak dari mula hingga dah tua ni. bersyukur.
ReplyDeletecuma... dua anak dara aida kini kitaran haid mereka tak brape betul.
itu yg ambil tahu pasal kitaran haid. dok jaga kitaran haid mereka.
yg sulung, jarang haid. yg kedua, kerap sgt haid. 1st to 1st day less than 21 days :(
Alhamdulilah kitaran haid sy ok je
ReplyDelete